Cubaan Membuat Onion Chutney
Tuesday, 21 December 2021
Cubaan buat Onion Chutney. Tak pernah makan tapi buat sebab bawang banyak sangat...takut rosak.
Overall rasa dia sangat sedap...masam manis gitu. Rasanya sesuai juga dimakan dengan nasi minyak atau nasi beriani. Kalau mat saleh dia makan dengan biskut atau mcm tu je (tgk blog)
Saya banyak derhaka resipi sebab ikut barang yang ada di dapur.
---
Chutney saya sangat berair, sebab tak keringkan dulu betul-betul. Next time buat kena tos kan dulu bawang yang dah dimayang halus atau slow cook sampai kering.
Laksa Nyonya (Kari Laksa)
Wednesday, 1 December 2021
Resipi asal yang saya guna adalah dari Azlita Masam Manis, dan diolah ikut kuantiti dan tekak sendiri.
LAKSA LEMAK NYONYA MELAKA
1 bungkus laksa beras ~ di rebus hingga lembut, angkat dan toskan (saya guna 2 bungkus laksa jati, untuk 12 - 15 orang makan)
2 batang timun ~ di potong halus mancis(tak habis pun)
1 cawan taugeh (kena lebihkan siki lagi, tak cukup, dan dimakan mentah)
1 ikat daun kesum ~ di hiris halus (guna 1/2 ikat, xcukup)
1 labu bawang besar ~ hiris halus
1 kuntum bunga kantan ~ hiris halus (kena buat 2 kuntum sbb 1 tak cukup)
3 keping tauhu ~ di goreng dan hiris nipis (xguna sbb xde)
2 keping fish cake ~ di goreng dan hiris nipis (6-7 keping fish cake saiz mydin pun xcukup)
Telur rebus ~ jika suka (8-10 biji, rebus, kopek dan belah 2)
Kuah laksa
Sambal tumis
KUAH LAKSA
Bahan Kisar
15 ulas bawang merah (lebihkan dalam 20-22 biji
4 inc lengkuas (6 inci lebih2 sikit)
1 inc kunyit hidup (2 inci)
20 tangkai cili kering ~ rendam lembut (cili sedia ada berkulat, so guna cili boh dalam 2 senduk)
6 biji buah keras (guna 8-12 biji)
1/2 cawan udang kering ~ rendam lembut(sis guna 100gm)
2 inc belacan (1.5 inci sbb ramai gadun dengan belacan)
2 batang serai (sis guna 4 batang saiz biasa)
1 ikan daun kesum - sama
2 kuntum bunga kantan - sama
6 keping asam keping - guna dalam 8 keping
2 kiub ikan bilis - boleh maintain atau tambah lagi setengah kiub
1 keping gula Melaka (dan sis tambah sikit lagi Molasses)
1 cawan santan (sis guna 2 kotak kecil kara, tapi rasanya boleh tambah setengah hingga sekotak lg jika guna rempah ayah mat 24g)
10 biji fish ball - sis guna yang mydin, beli dalam RM7-8...xcukup lg 😂
10 ekor udang (sis guna dalam 15 ekor udang saiz sederhana, tambah lagi udang sedia ada saiz kecil sikit, dalam 15 ekor lg...muat tipuware kecil felcon)
Stock udang secukupnya (1.7L)
Garam dan gula secukup rasa (1.2L ok dah, buat 1.7L mcm cair sket)
24g rempah kari ayah mat (rempah kari jenamq ni mmg kaw sgt...masa 1st time buat resipi ni guna separuh je...tp klu nak tambah santan jd 3 kotak, boleh guna sebungkus rempah kari terus
Udang di buang kepala dan kulitnya.
Kulit dan kepala udang di kisar dengan air untuk di jadikan stock udang
Selepas kisar , tapis
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan stock udang
Masukkan juga daun kesum
Biarkan kuah mendidih
Bila kuah dah didih, masukkan kiub ikan bilis, asam keping dan gula Melaka
Kemudian masukkan bunga kantan dan santan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan bebola ikan dan udang
Biar kuah didih
Ayam Stim
Friday, 8 October 2021
Geng suka makan ayam stim..masukkkk
ayam stim chinese yg simple sangat..rasanya...paduuuu👍👍👍😋
ok buat geng grup semuanya minta resepi ye.....terlalu simple sgt semua boleh buat..tapi terpulang pada skill memasing lah yer ..
Ayam Stim Chinese
--------------------------------
.
ayam - potong kecil-kecil
3sb kicap cair
2st minyak bijan
1st serbuk lada hitam
2st gula
garam
daun bawang
halia 2"
.
caranya:
ayam diperap bersama kicap..myk bijan n serbuk lada hitam..gula dn garam sedikit..(agak2 masinnya)
perapkan selama sejam
kemudian aturkan didlm loyang pengukus n taburkan dgn halia dn daun bwg..kukus hingga ayam masak.. siap...👍
.
Sumber : Zarina Ayna
------
Masakan ni paling simple & cepat. Mkn dgn nasi panas2. Siapa yg nak cuba kat bwh sy sertakan resepi😀
Ayam Kukus Halia
1. Ayam - di potong2
♧Bahan2 Perap♧
1. 3 cm Halia - hiris kecil2
2. 2 ulas Bawang Putih - cincang
3. Kicap Cair - 1/2 sd mkn
4. Sedikit Garam
5. Serbuk lada putih - jika suka
6. Minyak Bijan -1/2 sd mkn
7. Daun bawang - di hiris
☆☆Cara Masak☆☆
♡perap ayam dgn bahan2 perap selama 30min
♡kukus 10min -15min
*kukus bergantung kpd brp byk ayam korang masak
♡tabur hirisan daun bawang..siap👍
Kredit resepi ini kepada Jo Isabelle Joannes
Sos Cheesy
Tuesday, 28 September 2021
Tak payah lah beli serbuk cheese yang dah siap tu, baik buat sendiri je, puas hati.😋
Ok ni bahan2nya
Butter 1/2 ketol
Susu cair 1/2 tin
Tpg gandum 1sudu besar, bancuh dgn ckit air
Cheese 4 keping
1sudu kecik serbuk lada hitam
Pewarna kuning
1 ketol Kuib ayam
Garam
Cara2nya...
Cairkan butter,pastu masukkan susu cair,tepung gaul rata,kmudian masukkan cheese,kacau lagi pastu masukkan serbuk lada hitam,kuib ayam,garam dan pewarna,kacau sebati..boleh tambah air kalo pekat.
Ok semoga berjaya
Kredit: NizSa Mil
Roti canai
Sy halal kn resepi ni untuk semua...
-Tepung gandung 1kg
-gula
-garam
-air suam
-planta 2sudu
-minyak masak 3sudu
-kuning telur sahaja(sebijik)
-larut kan garam,gula bersama air suam..
-planta,telur dan minyak masak gaulkan bersama tepung td..
-masuk kan air td sedikit demi sedikit..
-uli sampai doh x melekat di tangan
(Jika lembik tambah kn tepung...klu keras renjis kan air dan uli semula
-siap di uli biarkan dlm 10 minit..kemudian boleh buat doh bulat2..
-doh td sapu dengan Planta,,biar semalaman esok pg baru tebar..
Kredit: resepi MAMA
Kuew Teaw Goreng Chinese Style
Monday, 27 September 2021
Memang sedap
KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE 😋😋
Bahan-bahan
(A)
1/2 kg kuey teow
3 biji telur - pukul hancur sahaja
(B)
5-7 ulas bawang putih - cincang halus
Udang dan sotong jika suka
minyak secukupnya untuk menumis
(C)
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdt kicap cair
1sdt kicap pekat manis - Sue tambah
1/2 sdt kicap pekat - untuk warna sahaja
1/2 sdt pitis otak udang - Sue tambah
1 sdm sos cili - Sue tambah
*Satukan sebati*
Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka
Cara
1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*
Credit: sue
Resipi Kek Span Coklat
Monday, 20 September 2021
Resepi sponge milky cocolate cakes
bahan2
5 biji telur gred B
1 sb ovalate
1 cawan gula halus (200-210g)
2 cawan tepung self rising(200g)
4sb /30g serbuk koko
1sb emolco coklat
1sk esen creamy vanila
1/4 cawan (60g) susu kotak coklat ducth lady
mix semua guna low speed
dah sebati guna hight speed sampai warna dark brown jd soft brown (bergantung kelajuan mixer masing2)
matikan mixer
masukkan 1/2 cawan butter cair kalau xde minyak jagung pn boleh..(70-80g)
alas loyang 6 dgn baking paper
tuang adunan 420g akan dapat 2 loyang
panas kan oven dulu 180 5 mnt
hentak sket loyang dan bakar suhu 170 masa 45 mnt api atas bawah
dah siap tebalik kan di board yg dilapik tisu dapur kemudian tebalik kan semula ya.
done kek geboo kite.mudah je kan🤩sape kate buat kek susah
Kredit resipi Azlina Ina
Resipi Bakso
Monday, 6 September 2021
RESEPI KUAH BAKSO
Credit wawa
🍲Bahan A:
Bwg putih = 2 labu
Bawang besar = 5 biji
Lada hitam(biji)= 2 paket kecil
Halia sekerat jari / 2 cm
👉Tumbuk@blend halus bahan A.
🍲Bahan B
=Daging 1kg (rebus hga empuk)
=Bebola bakso 1 paket
Cara2nya:
1) masukkan bahan A dlm periuk.
2) masukkan air (saya letak 3 jug blender)
3) masuk bahan B (termasuk air rebusan daging)
4) Garam secukup rasa.
**Bebola bakso tu, just nak bagi rebus seketika saja. Dah lembut, angkat bebola bakso (jgn biar dlm periuk bersama kuah terlalu lama SEBAB nanti hilang sedap bebola tu)
P/S: kalau rasa kurang garam, tambah2 la ye.
Cabai bakso🌶
(Blend kesemua ini)
1) 10 biji cabai burung
2) 10 biji cabai kering
3) 2 biji cabai merah
4) 3 sudu cuka makan
5) sedikit garam
6) 5-6 ulas bwg putih
7) sedikit air masak
🍲Kuah bakso, tidak perlu dimasak sesedap rasa SEBAB nanti kita kena makan bersama Cabai + Kicap + Sos cili.
(Campur perasa2 ini waktu nak makan)
📌Hidangan bakso, paling penting kna pndai main 3 bahan ni masa nak makan ( kicap, sos & cabai) JANGAN TERlebih & JANGAN TERkurang. Kena pandai alter😉
🍾Saya guna Kicap Pekat Mudim, sos cili kimball.
Selamat mencuba 😊
Resipi Kuah Satay Sate
Sunday, 5 September 2021
KUAH SATAY ATAU KUAH KACANG
Untuk juadah Hujung Minggu
》600 gm kacang tanah ~ digoreng, dibuang kulit dan separuh blender halus dan separuh lagi tumbuk kasar dengan batu lesung.
Bahan Kisar
》4 biji buah keras
》1 sudu kecil serbuk jintan putih ~ di sangai dan kisar halus
》1 sudu besar biji ketumbar ~ di sangai dan kisar halus
》20 gm udang kering ~ rendam sebentar dan cuci bersih
》5 biji bawang merah ros ~ belah 4 dan di goreng dengan sedikit minyak
》3 ulas bawang putih ~ di belah 2 dan di goreng dengan sedikit minyak
》20 tangkai cili kering ~ di goreng dengan sedikit minyak
》3 batang serai ~ ambil bahagian putih sahaja
》3 cm lengkuas
》1/2 inc belacan bakar
Sangai jintan dan biji ketumbar dahulu, angkat dan ketepikan
Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih
Setelah layur angkat dan ketepikan
Kemudian goreng pula lada kering, jangan sampai hangus ya nanti kuahnya pahit.
Satukan semua bahan dan kisar halus.
Bahan Lain
》1 cawan gula Melaka atau gula kabung
》1/2 cawan minyak untuk menumis
》1/2 cawan santan
》1 batang serai ~ di titik
》40 gm asam jawa ~ di campur air dan ambil jusnya
》Garam dan gula secukup rasa
》Air secukupnya ~ air anggaran 5 cawan bila di campur dengan air lebihan perapan daging
》Air lebihan perapan daging
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai yang telah di titik
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air perapan daging, renihkan hingga terbit minyak
Kemudian masukkan kacang tanah yang di tumbuk halus sedikit-sedikit sambil di kacau hingga kacang sebati dan betul-betul masak.
Jika kuah agak pekat, tambahkan air. Kuah satay ni kalau dia sejuk nanti dia akan pekat, jadi pandai-pandai agak sukatan air.
Renihkan hingga mendidih
Kemudian masukkan gula Melaka, air asam , garam dan gula secukup rasa.
Kuah satay ni dia kena manis-manis pedas baru sedap!
Akhir sekali masukkan santan
Masak hingga kuah sedikit pekat
Dah siap boleh lah di hidangkan bersama satay kita tadi.
Tapi biasa buat kuah dahulu tau sebelum bakar satay. Kuah dah siap baru kita bakar satay
, baru sedap makan satay panas dengan kuah lemak manis!
Resipi Donut Gebu
Saturday, 4 September 2021
Resepi donat lembut dan gebu!
250g tpg high protein @ tpg gandum
3 Sudu B gula kastor
2 Sudu B susu tpg (tk letak pn boleh)
1/2 Sudu B (1/2 paket) yis-akak gna saf
1/2 Sudu k garam
1/2 Sudu k cream super kfine
30g Marjerin
Air sejuk dr peti + 1 biji kuning telur jadikan 135ml @ 135g
.
-Akak uli guna breadmaker
-masukkan dahulu bhn cecair diikuti bhn2 kering
-uli selama lbih kurang 40 minit hingga doh jadi licin dan elastik
-lpas uli timbang doh dan rounding cantik2 ye..supaya hasilnya pn cun gitew..
-habis rounding terus leperkan sedikit doh dan tebuk lubang
-Perap selama 30-40 min sehingga doh jadi ringan baru la goreng
-guna air sejuk dr peti hanya utk yg uli guna breadmaker @ mixer je ye..tujuannya utk menggelakkan doh jdi panas
-jika uli guna tgn guna air suam & air biasa je..
-sukatan cwn akak guna cwn metrik
.
Sumber : Rahmah Rosmin
Pokok Bunga Cantik Yang Boleh Ditanam Keliling Rumah Untuk Kelulut
Thursday, 8 July 2021
Resipi Kerutuk Kelantan
Thursday, 3 June 2021
Dapur Kak Yah
Bahan-bahan
- 1 ekor serati yang disalai atas api sekejap
- 3 inci lengkuas
- 3 sudu besar rempah kerutuk
- 1 sb cili giling
- lengkuas
- 1 batang serai
- 2 sb kerisek
- gula melaka
- 1/2 keping asam keping
- sehelai daun pandan
- ubi kentang
- cili hijau
Bahan Tumis
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 biji bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- cengkih
Bahan kisar
- 5 ulas bawang merah saiz besar
- 7 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan ibu rempah (sangai & kisar)
- 3 sb jintan manis
- 3 sb jintan putih
- 2 sb lada hitam
- 6 sb ketumbar
Cara penyediaan
- Tumis rempah 3 sekawan dan bahan kisar + cili giling + serbuk kerutuk. kacau. + lengkuas + serai
- Masukkan serati salai + air + daun pandan + gula melaka + asam keping + garam. Tutup periuk. Biarkan reneh hingga masak
- Masukkan santan + ubi kentang + cili hijau + bawang besar potong 4. tutup tudung periuk, reneh
- Masukkan 1 st ibu rempah + kerisek + 2 sb kicap pekat (depends atas warna) + garam + gula + aji
Resipi dari Masak Apa Kita Mak
https://www.youtube.com/watch?v=fwSgUWY2I10
Kandungan rempah kerutub
1.ketumbar
2.jintan manis
3. Jintan putih
4.bunga cengkih
5.buah pelaga
6.kulit kayu manis
7.lada hitam
Bahan
Cara Penyediaan:
- Tumis serai + 4 sekawan + bahan kisar kacau sampai garing.
- + serbuk cili + 5 sb rempah kerutuk + air
- + daging. biar air dading keluar
- asam jawa + gula melaka
- + santan dan reneh sampai daing empuk. + kentang
- + garam + kerisek
- + cili + bawang
1st trial note:
- Rasa kick gile, rasa kerutuk piaw dan pedas rempah
- Masa ni guna daging + ayam yang nak buat sate. Perapan tu masa nqk buat juadah raya tapi xjadi. So, buat masa 24 syawal.
- Perapan sate tu agak kurang rasa... Total kg dalam 1.5kg kut. So defrost, keluarkan pagi petang atau lps maghrib baru masak
- Masa nak masak daging saya basuh balik sebab takut bercampur rasa sate dengan kerutuk
- Bancuhan kerutuk oleh suami... Masa tu dia tambah cengkih sesudu kecil nipis
- Tambah air sikit je utk tak nak bagi rempah hangit.
- Reneh sekali dengan gula melaka, garam, asam keping dan sebagainya
- Lembut baru masuk santan reneh sekali lagi. Masukkn kerisik lada besar dan kentang
2nd trial
- Buat 2kg daging. Daging xperap apa
- Air terlebih... Next time air tu ken letak taknak bgi rempah hangit je
Note:
- Perap daging dengan rempah kerutuk
- dan tambah sikit bahan macam nak buat sate (light) https://nuraziatie.blogspot.com/2021/05/resipi-sate-goreng.html?m=1
Ma Po Tofu
Sunday, 9 May 2021
Bahan-bahan
- Silky tofu
- Daging cincang
- 4 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang merah
- 1 inci halia - racik halus
Bancuh dalam mangkuk kecil:
- 2 sb chili bean sauce (toban dijan)
- 2 sb sos cili
- 1 sb sos tiram
- 1/2 sb kicap cair
- 1/2 sb minyak bijan
- Sedikit gula
Penyediaan
- Tumis bawang dan halia hingga wangi. Masukkan daging cincang.
- Apabila daging dah masak, masukkan sos yang dibancuh dalam mangkuk tadi. Kacau dan masukkan air sedikit untuk elak hangit. Rasakan manis dan masin.
- Apabila sudah mendidih, masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
- Masukkan tofu dengam berhati-hati kerana tofu mudah hancur. Elakkan potong kecil.
- Siap. Taburkan daun sup dan daun bawang apabila dihidang
Baca Ini Apabila Mendengar Perkhabaran Duka
Saturday, 8 May 2021
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيْبَتِي وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا؛ إِلاَّ أَخْلَفَ اللهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala atas (musibah) yang menimpaku, dan berilah ganti bagiku yang lebih baik darinya; kecuali Allah memberikan kepadanya yang lebih baik darinya"
Rujukan:
Bahan-bahan
- 250g butter
- 375g tepung gandum
- 10g tepung jagung
- 50g gula aising
- 1 biji kuning telur
- 1 tsp esen vanila
- Hiasan: Kuning telur
Bahan Inti
- 5 cawan nenas parut
- 2 - 2 1/2 cawan gula
- dimasak hingga air kering dan bertukar warna
Catatan
- 7 biji nenas kecil = 5 cawan
Penyediaan
- Pukul butter dan gula aising hingga putih.
- Masukkan kuning telur, esen vanila dan tepung
- Bentuk menjadi doh dan paip mengikut acuan, letak inti
- Bakar pada suhu 175 degree selama 10 minit
Resipi dari Che Nom
Bahan untuk rempah tumis:
- 1 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
- 6 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai, hiris nipis
- 10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
- 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.
- 4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
Bahan untuk Kuah:
- 500 gram ayam, potong kecil
- 2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang
- 2 cawan santan cair
- 2 cawan santan pekat
- 10-15 biji bebola ikan (fish ball)
- 3 keping kek ikan (fish cake)
- 1 kg kerang, rebus dan ambil isi
- 300 gram udang, buang kulit
- 2 keping asam gelugor
- 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus
- (Jika guna santan kotak, 1 kotak santan + air secukupnya)
Bahan Pelengkap Hidangan:
- 1 kg mee kuning - dicelur seketika dan ditos
- 4 biji telur rebus, potong dua
- 2 tangkai sawi, potong dan rebus
- bawang goreng
- limau kasturi, potong dua
- taugeh
- daun bawang
- cili merah
- tauhu kering goreng
- *saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa
Bahan-bahan:
- Daging batang pinang ( untuk dapatkan daging yang lembut )
- Bawang besar (hiris)
- Bawang putih (hiris)
- Halia (hiris)
- Kunyit hidup (pilihan)
- Rempah kari daging
- Rempah kari ikan
- Rempah kurma
- Gula melaka sebesar ibu jari (pilihan)
- Garam
Penyediaan:
- Daging yang dah di potong tu gaulkan dengan bahan hirisan tadi. Campur rempah kari daging, rempah kari ikan dan rempah kurma. Biarkan sekejap dalam 10 minit
- Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang putih, bawang merah , halia dan kunyit hidup (ambik sikit daripada yang kita nak buat perap tadi)
- Masukkan daging. Sebatikan. Jika nak berkuah sedikit, masukkan sedikit air. Masak hingga daging empuk dan pecah minyak.
- Perasakan dengan garam dan gula
- Tutup api, taburkan bawang hiris dan daun sup.
Resipi Sate Goreng
Wednesday, 5 May 2021
Resipi dari Azie Kitchen
Bahan bahan:
- 600 gram daging batang pinang/isi dada ayam
- 1 cawan gula pasir
- 2 batang serai
- 2 sudu besar kacang tanah
- 1 sudu besar garam
- 1 sudu besar serbuk kunyit
Cara cara:
- Daging dibersih2kan urat urat dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya.
- Ricik serai dan tumbuk halus, ketepikan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan dalam besen semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata. Pastu masukkan daging tadi dan gaul sampai rata betul betul.
- Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam.
- Pastu, cucuklah guna lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang.
- Ambik sebatang serai diketuk ketuk sikit, Kemudian bubuh sikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa bakar. Balik balikkan. Hati hati jangan terbakar lidinya atau daging hangus.
- Nota: Kalau nak buat satay goreng, tak payah dicucuk daging perap. Goreng daging perap dalam minyak terendam, agak basah basah sedikit. Semasa dihidangkan dalam pinggan, curahkan kuah diatasnya.
- Atau dimasukkan satay yang telah digoreng dalam periuk kuah. Namun kali ini, saya cucuk dengan lidi buluh dan digoreng.
Kuah Satay
Bahan bahan
- 600 gm kacang tanah - disangai
- 5 biji bawang besar
- ½ cawan cili kering - dikisar
- 1 cawan gula melaka
- 1 sudu besar gula pasir - saya tambah
- 1 cawan minyak mazola
- 2-3 cawan air
- Garam secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halus
Cara-cara
- Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.
- Bawang besar dimayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.
- Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air.
- Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam. Kuah kacang mesti ada rasa manis sikit.
- Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak diletak.
- Nota:
- Sedap dimakan dengan satay, nasi himpit, bawang hiris, timun dan cili api bubuh kicap.
Mencari Lailatul Qadar
Monday, 3 May 2021
*Berdoa Untuk 10 Malam Terakhir Semoga Dimakbulkan Allah SWT.*
*Bahagian 1 – Pengampunan Dosa*
1. Minta ampun ke atas dosa2 diri sendiri
2. Minta ampun ke atas dosa ibu bapa
3. Minta ampun ke atas dosa pasangan
4. Minta ampun ke atas dosa anak-anak.
5. Minta ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik)
6. Minta ampun ke atas dosa guru2/ustaz/ustazah
7. Minta ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)
*Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan*
1. Dimurahkan rezeki
2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga
3. Anak-anak diperlihara oleh Allah
4. Minta rezeki diberkati
5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit
6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung
7. Minta hati anak-anak kita tidak berpecah belah
8. Minta orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita
9. Dijauhkan dari orang yg dengki khianat, iri hati, cemburu kpd kita
*Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian*
1. Mohon Mati dalam husnul khatimah
2. Mohon Mati dijauhkan dari fitnah
3. Mohon Dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, muhammadur rasulullah”
4. Minta mati sedang dalam beribadah
*Bahagian 4 – Alam Barzakh*
1. Jadikan kuburku nanti dari taman-taman syurga
2. Jangan jadikan kuburku dari lubang, lubang api neraka
3. Ya Allah, aku takut gelap (terangkanlah kuburku)
4. Ya Allah, aku takut sempit (luaskanlah kuburku)
5. Ya Allah Engkau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang
6. Engkau berikanlah rezeki pada ku didalam kubur nanti
7. Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat dudukku di dalam syurga
*Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar*
1. Ya Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar
2. Jadikan aku orang yang duduk dibawah perlindungan arashmu
3. Ya Allah, jangan Engkau seksa aku di padang mahsyar
4. Berikanlah suratan amal dari tangan kanan
5. Padamkan dosa-dosaku di dalam kitab2 amal
6. Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosaku yang dulu aku lakukan di tayangan amal
7. Tutup dan lindungilah aib-aibku,dosa-dosaku dan kesilapanku dulu
8. Beratkan timbangan amal di sebelah kananku
9. Masukkan aku di dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab.
*Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat*
1. Permudahkanlah aku milintasi titan sirat
2. Jangan jatuhkanku ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat
3. Ya Allah, tolonglah aku ketika melintas titian sirat
4. Ya Allah, percepatkanlah aku melintas titian sirat sepantas kilat.
*Bahagian 7 – Masuk Syurga*
1. Ya Allah, kurniakan aku syurga firdaus
2. Bangkitkan aku bersama nabi Muhammad saw di syurga firdaus
3. berilah aku dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW
4. Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api neraka.
Ameen ya rabal alamin.❤
Resipi dari Che Nom
Bahan-bahan
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 ketul kenyit hidup
- 1 biji bawang besar
- 1 batang serai
- 10-15 tangkai cili api hijau
- sedikit air
- ½ sudu besar jintan manis
- ½ sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- ½ ekor ayam
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam
- ½ cawan minyak masak
- 1-2 batang serai (dititik)
- sedikit gula
- garam secukup rasa
01 Syawal 1442H | 13 Mei 2021 (Khamis)
- Rendang Daging + Nasi Impit
- Nasi Dagang Terengganu + Gulai Ikan Tongkol + Sambal atau
- Nasi Beriani + Acar + Sambal
- Basque Burnt Cheesecake
- Brownies
02 Syawal 1442H | 14 Mei 2021 (Jumaat)
- Nasi Minyak + Ayam Masak Tumis Bawang + Acar + Sambal
03 - 08 Syawal 1442H Puasa Enam
Steamboat @ yong tau fu
09 Syawal 1442H | 21 Mei 2021 (Jumaat)
- Soto
- Fairlady Cheesecake
10 Syawal 1442H | 22 Mei 2021 (Sabtu)
- Mee Kari
Kuih Kaswi Gedik
Saturday, 1 May 2021
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan jus pandan (6-7 helai daun pandan + 1 cawan air, blender dan tapiskan)
- 2 3/4 cawan air
- 1 1/4 cawan gula – nak manis lagi boleh tambah
- Sedikit air kapur makan
- Sedikit pewarna hijau
- 1/2 biji kelapa putih gaul dengan sedikit garam
Cara-cara
1. Bancuh semua bahan atau blender halus, kemudian tapiskan.
2. Guna loyang saiz 8 dan sapu dengan sedikit minyak. Panaskan loyang dalam 2 minit.
3. Tuang adunan dalam loyang, kukus 30 minit.
4. Kalau ada wap air jatuh, terus je lap/alas dengan tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap. Buat dengan perlahan-lahan agar tak merosakkan permukaan kuih.
5.Tunggu betul-betul sejuk, baru potong dan gaul dengan kelapa.
Oleh: Puan Zura Zul
Nasi Minyak
Resipi dari Azie Kitchen
Bahan bahan
- 5 pot beras Basmathi – basuh dan tos
- 1-2 sudu besar minyak sapi
- 2 sudu besar majerin Planta
- 3 bunga lawang, 1 kayu manis, 3 buah pelaga
- 5 biji bawang merah - hiris
- 2 inci halia - kisar dan ambil jus
- 1 sudu besar jus Sunquick
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna kuning telur
- Sedikit susu cair
Cara cara
- Panaskan minyak sapi dan majerin planta. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
- Kemudian masukkan bawang merah hiris. Nota: boleh lebihkan minyak sapi jika suka nasi minyak yang rasa kuat.
- Bila bawang telah wangi dan keperangan, tuang air yang telah disukat mengikut sukatan beras. Nyalakan api. Kacau dan masukkan sedikit garam. Nota: sukatan air = 1 pot= 1 ¼ pot air
- Bila air telah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Kacau rata. Biarkan seketika.
- Masukkan air halia dan sunquick. Tutup periuk dan masak seperti biasa.
- Apabila nasi telah hampir kering, tuangkan susu cair ke atas nasi. Gaulkan nasi hingga sebati.
- Titiskan beberapa titis pewarna kuning di atas nasi yang hampir masak. Jangan gaulkan nasi. Tutup periuk dan bila nasi telah masak, baru dikacau rata dan sedia untuk dihidangkan.
- Nota: boleh juga masukkan kismis dan biji gajus yang digoreng.
Boleh dihidang bersama Ayam Masak Merah atau Ayam Masak Bawang Tumis dan Acar Timun
Biskut Arab
Biskut Arab
Ini cara yang saya buat berdasarkan kedua-dua resipi di bawah
- Saya guna sukatan ikut resipi Che Nom
- Ayak tepung sebelum sangai dan selepas sangai. Tujuan pertama adalah untuk buang sebarang bendasing dalam tepung kerana tepung yang disimpan cenderung untuk ada bubuk dll. Ayak selepas sangai pula untuk haluskan kembali tekstur tepung kerana proses sangai yang bertujuan untuk ringankan tekstur tepung tu membuatkan tepung jadi berketul sikit
- Kuantiti gula dan minyak sapi yang saya guna masing-masing adalah 145g dan 125g.
- Saya sebatikan gula dengan minyak sapi dan kacau hingga warnanya berubah menjadi pucat
- Saya tak guna sebarang pewarna
- Masa bentukkan adunan menjadi bulat, teksturnya ala-ala magnatic sand tapi boleh dibentuk
- Saya salut biskut yang dah disejukkan dengan susu tepung
- Menurut penggemar tegar (hubby) biskut arab, rasa biskut yang dibuat adalah sangat sempurna, lembut dan cair di dalam mulut. Tapi bagi saya personally agak manis. Saya bercadang untuk kurangkan gula apabila buat next time (tapi hubby sis cakap tak perlu dan maintain resipi sebagaimana yang saya buat)
- Saya guna sukatan ikut resipi Che Nom
- Ayak tepung sebelum sangai dan selepas sangai. Tujuan pertama adalah untuk buang sebarang bendasing dalam tepung kerana tepung yang disimpan cenderung untuk ada bubuk dll. Ayak selepas sangai pula untuk haluskan kembali tekstur tepung kerana proses sangai yang bertujuan untuk ringankan tekstur tepung tu membuatkan tepung jadi berketul sikit
- Kuantiti gula dan minyak sapi yang saya guna masing-masing adalah 145g dan 125g.
- Saya sebatikan gula dengan minyak sapi dan kacau hingga warnanya berubah menjadi pucat
- Saya tak guna sebarang pewarna
- Masa bentukkan adunan menjadi bulat, teksturnya ala-ala magnatic sand tapi boleh dibentuk
- Saya salut biskut yang dah disejukkan dengan susu tepung
- Menurut penggemar tegar (hubby) biskut arab, rasa biskut yang dibuat adalah sangat sempurna, lembut dan cair di dalam mulut. Tapi bagi saya personally agak manis. Saya bercadang untuk kurangkan gula apabila buat next time (tapi hubby sis cakap tak perlu dan maintain resipi sebagaimana yang saya buat)
Bahan A
- 200 gm gula perang
- 250 gm butter
- 2 biji telur
- 220 gm gula pasir
- 1 tsp vanilla
Bahan B
- 250 gm tepung red rose
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil garam halus
Bahan C
- 100 gm chocolate masakan - dicincang kasar
- 200 gm oatmeal
- 50 gm walnuts - dibakar
- 200 gm chocolate chips
- 100 gm almond nibs - dibakar
Cara
- Untuk bahan A, pukul gula pasir, gula perang dan butter hingga kembang. kemudian masukan vanilla bersama telur satu persatu. selepas tu putar hingga rata.
- Untuk bahan B, sediakan bekas atau mangkuk kemudian satukan dengan bahan C dan gaul hingga rata. jika sudah rata campurkan dengan bahan A dan gaul hingga menjadi doh.
- Siapkan loyang pembakar yang sudah digris kemudian sudukan doh tadi ke dalam loyang dan bakar pada oven bersuhu 160'C selama lebih kurang 20 minit.
- Akhir sekali, bila warna dah nampak cantik boleh diangkat dan sejukan terlebih dahulu sebelum disimpan di bekas kedap udara.
- Nota: resepi biskut oat crunchy yang saya share ini mungkin agak manis anda boleh kurangkan gula mengikut citarasa.
Bahan-Bahan
- 1 Cawan (125 gram) Tepung Serbaguna
- 1/4 Sudu Kecil Serbuk Penaik
- 1/4 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
- 1/4 Sudu Kecil Garam
- 1/2 Cawan @ 113 gram Mentega Asli Tanpa Garam
- 1/2 Cawan Gula Kastor
- 1 Biji Telur (gred A)
- 1 Sudu Kecil Esen Vanila
- 1 Cawan Oat Yogood Blissful Blueberry & Cranberry
- 1/2 Cawan Oat Yogood Nuts & Chia
Cara-Cara
- Ayak tepung serbaguna bersama serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan dahulu.
- Pukul mentega tanpa garam dan gula sehingga gebu dan ringan serta mentega bertukar menjadi pucat.
- Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung tadi dan gaulkan dengan menggunakan spatula sahaja sehingga sebati.
- Tambahkan Oat Yogood Blissful Blueberry & Cranberry dan Oat Yogood Nuts & Chia ke dalam adunan dan gaul sehingga rata dan sekata.
- Sementara itu, panaskan oven lebih kurang 10 minit.
- Sudukan atau scoopkan adunan biskut ke atas tray atau loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar mengikut saiz yang sesuai dan disukai.
- Bakar pada suhu 180°C selama 15 hingga 18 atau sehingga keperangan bergantung kepada saiz biskut dan oven masing-masing. Siap! Sedia untuk dimakan.
Ayam Masak Bawang Tumis
Friday, 30 April 2021
Dalam peti ais saya banyak sangat lebihan tomato puree. Disebabkan tak muat nak letak barang basah yang baru dibeli, terpaksalah tomato puree yang berbaki setengah tin besar dikeluarkan.
Sebab takut rosak, saya masak tomato puree dengan pre-cook bahan tumis (bawang merah, bawang putih dan cili kering) yang dah siap.
Tambah sikit sos tiram dan sebab dah lewat malam, saya simpan balik dalam peti 😂😂😂
Jadi untuk juadah berbuka nanti fikir nak guna tumisan tomato puree tu untuk masak ayam. Sebelum tu, saya shop idea dulu di vlog che nom dan terjumpa dengan resipi ayam masak bawang (link saya letak kat bawah). Resipi asal yang dikongsi oleh Che Nom adalah:
(A) Bahan-bahan rempah 4 sekawan:
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
(B) Bahan kisar halus:
- 2-3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar
(C) Bahan untuk bawang goreng:
- 2 biji bawang bombay besar - hiris nipis
Bahan-bahan lain:
- 1 ½ cawan minyak masak
- ½ ekor/ 800g ayam (lumur dengan 1 sudu kecil garam & 1 sudu kecil serbuk kunyit)
- 2 helai daun pandan
- 1 tangkai daun kari
- 1 ½ sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk kari daging (saya guna rempah cap ayah mat)
- ½ sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- ½ sudu kecil serbuk garam masala (saya letak 1 sudu besar rempah sup cap ayah mat jugak)
- 2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram (tak masuk sebab dah ada dalam tumisan tomato puree)2 susu besar sos tomato(tak masuk sebab dah ada dalam tumisan tomato puree)- air tapisan bahan kisar halus/air biasa
- garam secukup rasa
Cara masak yang beliau tunjukkan seperti kita masak ayam masak merah atau ayam masak tumis.
Dan ini pula olahan mengikut bahan yang ada didapur saya:
- Tumis bahan A seketika. Keluarkan dari minyak.
- Kemudian, dari minyak yang sama, tumis pula bahan C hingga kekuningan, jangan garing sangat - keluarkan dan tos bawang tersebut.
- Dari minyak yang sama juga, goreng ayam hingga 3/4 masak. Keluarkan dan tos.
- Keluarkan sedikit minyak tersebut dan masukkan tumisan tomato puree dan bahan-bahan lain - bahan B saya skip sebab dah ada tumisan tomato puree yang saya buat awal-awal
- Apabila bahan tersebut dah pecah minyak, masukkan ayam yang dah digoreng dan masak seketika.
- Akhir sekali, masukkan bawang goreng dan sebatikan. Jika nak kuah pekat, masak dengan api kecil dan tutup periuk.
Ini adalah hasilnya! Memang sedap sangat...
Gambar dari Vlog Che Nom
Link: https://www.youtube.com/watch?v=i6UI53uUSms
Bahan-bahan kisar halus:
- 4 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- 3 inci lengkuas
- 2 inci halia
- 2-3 biji cili merah besar
- 5-6 helai daun limau purut
- 15-20 tangkai cili kering
- 1 sudu besar udang kering
- 1 cawan pati asam jawa
- sedikit air jika perlu
Bahan-bahan lain :
- ½ cawan minyak masak
- 1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
- 3 sudu besar sos ikan Thai
- 1-2 sudu besar gula nisan atau gula melaka
Jus limau nipis dan daun ketumbar letak last sekali
Bahan-bahan
- 500g krim keju
- ⅔ cawan /150g gula kastor
- 4 biji telur saiz B (Saiz A 3 biji)
- 1 cawan /250ml dairy whipping cream
- 2 sudu besar /15g tepung gandum
- ¼ sudu kecil garam halus
- 1 sudu besar jus lemon
Cara
- Pukul cream cheese dan gula kastor sampai lembut. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kaup balik.
- Masukkan whipping cream. Masukkan tepung gandum, sedikit garam, jus lemon.
- Tuangkan dalam loyang yang telah dilapisi 2 lapis baking paper
- Bakar dalam suhu 200C selama 45 - 50 minit dalam acuan bulat 8"
Sumber: CheNom
Bahan untuk Crust (Kisar):
- 1 cawan pecan
- 1 cawan mulberi kering
- 2 cawan kurma
- 1 tsp cinnamon
- 1/2 tsp garam himalaya
- sedikit cacao powder (1 tsp atau lebih sket)
Bahan untuk Filling (Kisar & Tuang atas Crust):
- 1 cawan dragon fruit merah
- 2 cawan cashew
- 3-4 cawan air kelapa
- 1 tsp psyllium husk
- 4 biji kurma
- 1 biji jus limau nipis
- 2-4 tsp coconut nectar
- 1/2 sudu kecil garam himalaya
Bahan untuk Glaze (Tuang atas Filling):
- 2 cawan ceri/strawberry/dragon fruit
- Dates syrup (banyak)
Sejukkan dalam freezer semalaman. Keluarkan 15 minit lebih awal sebelum dimakan.
Sumber: FullyRawKristina
Khao Mok
Sunday, 25 April 2021
Resipi Khao Mok Orang Yang Menghargai Waktu (Baca Malas 😂)
Untuk Penyediaan Ayam
1. Ayam perap dengan:
- Bahan tumbuk: halia + garlic + akar/batang ketumbar + garam
- Nampla 1-2 sudu
- Yogurt kosong (atau susu + limau/cuka)
- Rempah beriani Ayah Mat
2. Goreng bawang merah
3. Goreng ayam dalam minyak goreng bawang (shallow fry sahaja)
Untuk Penyediaan Nasi
4. Tumis bawang besar (Kak Wea buat dalam pan yang sama masa goreng ayam untuk dapatkan extra flavour)
5. Masuk tomato yang dipotong dadu lepas bawang layu
6. Lepas tomato agak lembik, masuk lebihan rempah perap ayam
7. Bila rempah dah agak-agak wangi, masuk beras, goreng sekejap sampai rempah kering
8. Masuk air
9. Bila beras dah separuh masak, susun ayam bersama bawang goreng
10. Tutup dengan foil atau penutup kuali, reduce heat (mcm masak nasi atas dapur)
* Untuk step 8-10, boleh guna rice cooker atau pressure cooker
Penyediaan Sambal
11. Blend semua bahan, sesuaikan rasa
- Cili merah + cili api + air + cuka + garam + gula + batang/daun ketumbar
- Limau kasturi belah dua, buang biji (blend sekali dengan kulit)
Perkongsian resipi oleh kakak ipar, Kak Wea
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons