Resepi Nasi Kukus, Ayam Goreng Berempah,Kuah dan Sambal Belacan (Resipi Untuk Berniaga Nasi Kukus)

Monday, 27 April 2020

Food Menu Square |

Nasi Kukus 

Bahan-bahan:

  • Beras secukupnya
  • Air
  • Bekas kecil
  • Daun pandan

Cara Memasak:

  1. Cuci beras dan rendam selama 30 minit
  2. Didihkan air dalam periuk pengukus. Letak daun pandan dalam air rebusan.
  3. Toskan beras, isi ke dalam bekas kecil. Isikan 3/4 bekas sahaja.
  4. Isi penuh air ke dalam bekas tadi.
  5. Kukus selama 20 minit atau hingga nasi betul-betul masak.

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 1-2 sudu makan serbuk kari ayam
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Daun kari
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar:

  • 1 sudu makan biji ketumbar - kisar dulu
  • 1 sudu teh jintan putih - kisar dulu
  • 1 sudu teh jintan manis -kisar dulu
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Memasak:

  1. Gaul semua bahan sebati dengan ayam. Perap selama 1 jam atau semalaman.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk naikkan aroma.

Kuah

Bahan-bahan:

  • 500 g kaki/tengkuk/pedal ayam
  • 150g pes Kerutuk/Gulai Kawah/Kari Ayam Daging Saudagar Rasa
  • 300ml Santan (300ml) - optional
  • 500ml Air 
  • Garam atau gula secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Kaki/tengkuk/pedal ayam dipotong kecil. Basuh & toskan
  2. Rebus dengan air sehingga separuh masak
  3. Masukkan 1 pek pes dan santan*
  4. Masak sehingga mendidih
  5. Rasa masakan, tambah garam atau gula dan bahan perasa* jika perlu

Sambal Belacan

Bahan-bahan:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perahan jus limau kasturi
  • Setengah genggam ikan bilis
  • 2 sudu besat minyak masak
  • 10 biji cili padi

Cara Memasak:

  1. Belah cili padi menjadi 2 bahagian supaya bila goreng nanti tak meletup dan potong bawang
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau sampai layu je.
  3. Angkat dan masukan dalam lesung. Tambahkan dengan perahan limau kasturi td,belacan, cili merah,sedikit gula dan garam. Lepas 2 tumbuk semua bahan tadi dalam lesung. Nak senang,blend je lah sume 2,abis citer..
  4. Akhir sekali, letak sekali sesudu besar kat sebelah nasi kukus.
Nasi Kukus Ayam Kampung Goreng Berempah dan Ayam Kampung Frozen ...


Kredit Resepi: Abdul Razak Bujang

Post a Comment

Latest Instagrams

© nuraziatie. Design by FCD.