LAKSA LEMAK NYONYA MELAKA
1 bungkus laksa beras ~ di rebus hingga lembut, angkat dan toskan (saya guna 2 bungkus laksa jati, untuk 12 - 15 orang makan)
2 batang timun ~ di potong halus mancis(tak habis pun)
1 cawan taugeh (kena lebihkan siki lagi, tak cukup, dan dimakan mentah)
1 ikat daun kesum ~ di hiris halus (guna 1/2 ikat, xcukup)
1 labu bawang besar ~ hiris halus
1 kuntum bunga kantan ~ hiris halus (kena buat 2 kuntum sbb 1 tak cukup)
3 keping tauhu ~ di goreng dan hiris nipis (xguna sbb xde)
2 keping fish cake ~ di goreng dan hiris nipis (6-7 keping fish cake saiz mydin pun xcukup)
Telur rebus ~ jika suka (8-10 biji, rebus, kopek dan belah 2)
Kuah laksa
Sambal tumis
KUAH LAKSA
Bahan Kisar
15 ulas bawang merah (lebihkan dalam 20-22 biji
4 inc lengkuas (6 inci lebih2 sikit)
1 inc kunyit hidup (2 inci)
20 tangkai cili kering ~ rendam lembut (cili sedia ada berkulat, so guna cili boh dalam 2 senduk)
6 biji buah keras (guna 8-12 biji)
1/2 cawan udang kering ~ rendam lembut(sis guna 100gm)
2 inc belacan (1.5 inci sbb ramai gadun dengan belacan)
2 batang serai (sis guna 4 batang saiz biasa)
1 ikan daun kesum - sama
2 kuntum bunga kantan - sama
6 keping asam keping - guna dalam 8 keping
2 kiub ikan bilis - boleh maintain atau tambah lagi setengah kiub
1 keping gula Melaka (dan sis tambah sikit lagi Molasses)
1 cawan santan (sis guna 2 kotak kecil kara, tapi rasanya boleh tambah setengah hingga sekotak lg jika guna rempah ayah mat 24g)
10 biji fish ball - sis guna yang mydin, beli dalam RM7-8...xcukup lg 😂
10 ekor udang (sis guna dalam 15 ekor udang saiz sederhana, tambah lagi udang sedia ada saiz kecil sikit, dalam 15 ekor lg...muat tipuware kecil felcon)
Stock udang secukupnya (1.7L)
Garam dan gula secukup rasa (1.2L ok dah, buat 1.7L mcm cair sket)
24g rempah kari ayah mat (rempah kari jenamq ni mmg kaw sgt...masa 1st time buat resipi ni guna separuh je...tp klu nak tambah santan jd 3 kotak, boleh guna sebungkus rempah kari terus
Udang di buang kepala dan kulitnya.
Kulit dan kepala udang di kisar dengan air untuk di jadikan stock udang
Selepas kisar , tapis
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan stock udang
Masukkan juga daun kesum
Biarkan kuah mendidih
Bila kuah dah didih, masukkan kiub ikan bilis, asam keping dan gula Melaka
Kemudian masukkan bunga kantan dan santan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan bebola ikan dan udang
Biar kuah didih
Post a Comment