Ini cara yang saya buat berdasarkan kedua-dua resipi di bawah
- Saya guna sukatan ikut resipi Che Nom
- Ayak tepung sebelum sangai dan selepas sangai. Tujuan pertama adalah untuk buang sebarang bendasing dalam tepung kerana tepung yang disimpan cenderung untuk ada bubuk dll. Ayak selepas sangai pula untuk haluskan kembali tekstur tepung kerana proses sangai yang bertujuan untuk ringankan tekstur tepung tu membuatkan tepung jadi berketul sikit
- Kuantiti gula dan minyak sapi yang saya guna masing-masing adalah 145g dan 125g.
- Saya sebatikan gula dengan minyak sapi dan kacau hingga warnanya berubah menjadi pucat
- Saya tak guna sebarang pewarna
- Masa bentukkan adunan menjadi bulat, teksturnya ala-ala magnatic sand tapi boleh dibentuk
- Saya salut biskut yang dah disejukkan dengan susu tepung
- Menurut penggemar tegar (hubby) biskut arab, rasa biskut yang dibuat adalah sangat sempurna, lembut dan cair di dalam mulut. Tapi bagi saya personally agak manis. Saya bercadang untuk kurangkan gula apabila buat next time (tapi hubby sis cakap tak perlu dan maintain resipi sebagaimana yang saya buat)
Resipi dari Che Nom
Bahan-Bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula kastor - kurangkan (saya cuba letak 145g)
- 1 tin kecil mintak sapi (anggaran 125g)
- pewarna kuning
- pewarna pink atau merah
- pewarna biru
Cara Penyediaan
- Ayak tepung gandum di dalam bekas dan goreng di dalam kuali tanpa minyak di atas api yang perlahan sampai rasa tepung ringan dan gebu. Angkat dan sejukkan.Kaedah ini dipanggil sangai.
- Ayak lagi sekali tepung gandum
- Gaulkan gula kastor bersama tepung. Kemudian sudukan minyak sapi sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan uli sehingga terbentuknya doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
- Bahagikan kepada 3 bahagian dan uli dengan pewarna sehingga sekata.
- Cubit sedikit doh secara sama rata dari 3 warna doh dan uli sehingga menjadi bulat pada saiz yang agak-agak muat ke dalam paper cup.
- Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160 °C. Angkat dan sejukkan.Golek kuih bersama gula kastor atau/dan susu tepung dan masukkan ke dalam paper cup.
Resipi dari Suami Isteri
Bahan-bahan
- 3/4 cawan minyak sapi /190g
- 1/2 cawan gula aising /113g
- 3 cawan tepung gandum / 430g
Cara Penyediaan
- Campur minyak sapi dan gula aising, kacau hingga warna berubah menjadi pucat
- Masukkan tepung gandum. Sebatikan
- Bentukkan menjadi bulat. Bakar dalam suhu 150 darjah selama 20 minit. Sejukkan
- Golekkan dalam gula ising
- Jika adunan terlalu lembik dan melekat di tangan, boleh tambahkan tepung sehingga adunan tidak melekit. Jika adunan terasa keras, boleh tambahkan minyak sapi
Post a Comment