Xinjiang Cumin Lamb Stir Fry & Terung SoyaBelancan Style

Sunday, 17 August 2025

 Xinjiang Cumin Lamb Stir Fry 


Bahan-bahan:

Perapan daging:
  • 500g daging kambing, hiris nipis (tapi tidak terlalu nipis)
  • 1 sb kicap cair
  • 1 sb cuka beras + jus anggur putih
  • ½ sk garam
  • 1 ¼ sk soda bikarbonat (untuk lembut)
  • 2 sb tepung jagung
Rempah:
  • 2 sb jintan manis
  • ½ sk sichuan pepper – kisar halus @ ¼ sk lada putih
  • ½ sk gula
Stir Fry (Goreng):
  • 4 sb minyak masak
  • 20 – 25 biji cili kering
  • 1 biji bawang holland
  • 5 ulas bawang putih – hiris halus
  • 2 sb halia – cincang halus
  • ½ cawan daun ketumbar – cincang kasar
  • 1 sk biji bijan

Penyediaan:

  1. Perap daging kambing selama 30 minit.
  2. Goreng daging dengan sedikit minyak dalam kuali non-stick selama 1 ½ minit (1 lapisan sahaja, jika tak muat, goreng by batch). Ketepikan.
  3. Satukan bahan rempah.
  4. Tumis bahan gorengan hingga layu dan wangi. Masukkan daging goreng dan bahan rempah. Sebatikan rempah dengan daging, tak perlu lama, cukup untuk salut sahaja.
  5. Masukkan daun ketumbar dan biji bijan. 


Terung SoyaBelacan style



Bahan-bahan:

  • 1 biji terung panjang – potong memanjang
  • 2 biji cili merah besar – buang biji cincang kasar
  • 2 biji cili hijau besar – buang biji cincang kasar
  • 2 – 3 ulas bawang putih – cincang kasar
  • Daun ketumbar – cincang kasar
  • Minyak Bijan
  • Minyak Panas
  • Kicap Cair
  • Sos tiram
  • Cuka Hitam
  • Gula

Penyediaan:

  1. Stim terung selama 10 minit. Bila dah sejuk, lerai-lerai memanjang
  2. Satukan semua bahan-bahan untuk sos (kecuali terung)
  3. Tuang sos pada terung dan masukkan kacang (pilihan). Sebatikan.
  4. Tips: Sos jangan bubuh banyak sangat. Nanti siap, rasa tak cukup baru tambah lagi.

Banyak Stok Serunding Ikan Dirumah? Makan dengan Ini...

Friday, 15 July 2022

 

#1 Roti

#2 Nasi Impit

#3 Pulut/Ketupat

#4 Popia Simpul

#5 Bubur Nasi 

#6 Lontong

#7 Pulut Panggang






















Soto

Saturday, 7 May 2022

 RESIPI SOTO sedap 😋❤️


Resipi Kuah Soto (resipi ni utk 2 liter air/ 6 org makan)

•lengkuas 1 inci

•halia 1 inci

•bawang merah besar 4 biji (mmg Klau byk lg sdp)

•bawang putih 1 ulas

•buah keras 1 biji

*blend semua bahan di atas

•Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti

•serai 2 batang (ketuk)

•minyak utk menumis

•Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)

•Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)

•kiub ayam 1

•akar daun sup (potong n cuci bersih)

•air 2 liter/ sejug

*atau kalau xnk guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kdg guna rempah soto je boleh dpt kan jenama apa saja. Bahan lain jgn ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jgn bergantung dgn rempah semata2.

Cara masak:

•tumis bahan blend, serai n akar daun sup sehingga naik bau/betul2 masak/sedikit garing. Supaya bawang smua tu x rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akn jd wangi.

•masukkan serbuk sup n kurma / rempah soto.

•masukkan ayam. Agak2 air ayam da hampir kering baru masukkan air.

•masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti)

•Siap!

Resipi Begedil kentang

•ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.

•lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat2 kan then leperkan sedikit.

•Telur 1 biji

•lada sulah

•garam secukup rasa

*pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nnti jadi mcm bersarang.

*cara goreng begedil supaya x hancur, panaskan minyak agak2 tenggelam separuh begedil je. Jgn penuh k. Panas kan dgn api yg kecil sehingga betul2 panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik2kan selagi yg sebelah kena minyak tu x garing/kekuningan. Da garing bru balikkan ye. Klau balikkan awl2 mmg pecah ler.

kredit: fara lome







Lontong

 Alhamdulillah Kuah lontong in the house😋 

.

.

Request dari my lovelly husben semalam, katenya teringin nak makan lontong 😍

.

.

Dekat bawah nie cikraa share resepi kuah lontong 

👇👇👇

Bahan² kuah lemak lontong :


1/4 biji kubis

1 batang carrot - potong panjang

9 batang kacang panjang

1 ikat soo hoon 

1 keping fucuk - potong panjang

1 keping tempe - potong dadu dan goreng dahulu

2 batang serai - ketuk

1 cawan udang hidup 

1/2 biji kelapa parut 

Garam gula secukup rasa

Serbuk kunyit


Bahan kisar :


8 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup

1 inci halia

2 sudu besar udang kering


Cara² :


1) Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya. 


2) Masukkan udang dan sayur² yg keras.


3) Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.


4) Masukkan kunyit sampai warna nmpk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yg digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api slow je.


5) Last skali, masukkan gula dan garam secukup rasa.


Kredit : NurSabihaRosli













Latest Instagrams

© nuraziatie. Design by FCD.