posts in Cara Hidup

KPI Orang Mukmin

Wednesday, 23 December 2020

Bagaimana menjadi Pekerja Mukmin Yang Hebat Di Dunia & Akhirat? Ini KPI yang kita perlu capai. 


Sifat ke-5 Beribadat

Solat sunat 12 rakaat setiap hari
- 4 rakaat sebelum zuhur
- 2 rakaat selepas zuhur
- 2 rakaat lepas maghrib
- 2 rakaat lepas isya'
- 2 rakaat sebelum solat fardhu subuh

Solat witir 11 rakaat (minima 3 rakaat) Dhuha minima 4 rakaat
Tahajjud

Sifat ke-6 Bersederhana & Beri Hak Orang


Sifat ke-7 Sucikan Tauhid kepada Allah

Beriman dan berserah diri bulat-bulat kepada Allah SWT


Sifat ke-8 Tak Boleh Menyakiti Orang Lain

Khianat yang paling besar adalah membunuh. Jangan menyakiti hatta binatang dan jiran

Sifat ke-9 Tidak Menghampiri Zina, Fitnah

Tidak menyebarkan fitnah


KPI besar - dekatkan diri dengan Allah dengan memperbanyakkan berzikir pagi (sebelum zuhur) dan petang (lepas asar) 

  1. Subhanallah, 100x
  2. Alhamdulillah, 100x
  3. Allahu Akbar, 100x
  4. Lailahaillah, 100x
  5. Selawat, 100x
  6. Subhanallahiwabihamdihi, subhanallahiladzim, 100x

Disampaikan oleh Ustaz Saibon bin Ismail

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah

Senarai Doa Yang Anda Mesti Minta Dari Allah SWT

Friday, 25 September 2020

 


 


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ


Tuhanku, aku memohon (pertolongan) kepada-Mu. Aku bersaksi bahwa Engkau adalah Allah. Tiada tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan, serta tiada apapun yang menyamai-Nya.

 

#1   Keampunan


اللّٰهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِيْ، فَاغْفِرْ لِيْ، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلَّاأَنْتَ۔


Ya Allah,

Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Aku sedar aku berbuat banyak maksiat...hingga tidak terkira kesalahan dan dosa-dosa hamba kepada-Mu Ya Allah, tapi hamba yakin akan Engkau yang pernah berjanji bahawa Engkau mengampuni setiap hamba yang bertaubat.


Ya Allah, Ya Khaliq (Maha Mencipta),

Aku hamba-Mu, yang telah Kau ciptakan dari tanah dan air yang terpancar, semata-mata untuk beribadah kepadaMu...dan aku ingin kembali...kembali kepada fitrah kejadianku, kembali kepadaMu...jika kepada penerima taubat tidak dikabulkan, kepada siapa lagi aku mesti kembali? Oleh itu...


Ya Allah, Ya Tawwab (Maha Penerima Taubat),

terimalah taubatku...


Ya Allah, Ya 'Afuw (Maha Pengampun), Ya Ghaffar (Maha Mengampuni),

ampunilah segala dosa-dosaku,
ampunilah segala dosa-dosa suamiku,
ampunilah segala dosa-dosa ibubapa kami,
adik-beradik kami, anak-anak kami, saudara-mara kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, mereka yang telah membantu kami sama ada kami ketahui dan tidak ketahui, serta muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun telah kembali...


Ya Allah, Ya Waliy (Maha Melindungi), Ya Muhaimin (Maha Menjaga), Ya Hafiz (Maha Pemelihara),

jagalah kami, bimbinglah kami, redhailah dan kasihilah kami...tetapkanlah hati-hati kami diatas Islam 


Ya Allah, Ya Muiz (Maha Pemberi Kemuliaan),

angkatlah darjat kami disisiMu 


Ya Allah, Ya Wahhab (Maha Pemberi yang Memberi Tanpa Batas), Ya Fattahu (Maha Membebaskan) Ya Rozzaq (Maha Pemberi Rezeki),

kurniakanlah kepada kami rezeki yang tidak pernah putus sebagaimana Engkau berikan kepada orang-orang alim dan soleh yang hidup sebelum kami dan kepada orang yang Kau kehendaki, kurniakanlah rezeki yang membawa kami dan seluruh ahli keluarga kami semakin dekat kepadaMu...

Ya Allah, Ya Mujib


Makbulkanlah doa-doa kami,
hadirlah dalam setiap urusan kami, janganlah Kau tinggalkan kami atau 


#2    Akhirat

1.    Syurga Tanpa Hisab & Azab




  • Melihat  Wajah Allah
  • Bersama Rasulullah SAW, sahabat, solihin, syuhada, keluarga
  • Beroleh nikmat syurga 

#3    Mati

  • Taubat Sebelum Mati
  • Mati dalam husnul khatimah
  • Mati dijauhkan dari fitnah
  • Dapat bersyahadah - La ilaha illallah, muhammadur rasulullah 
  • Mati saat berjihad di jalan Allah
  • Dilapangkan kubur - jadikan kuburku tempat istirehat, dan sebahagian dari taman-taman syurga, bercahaya dan terang benderang dan dinampakkan tempat tinggalku disyurga kelak


#4    Hidup di Dunia

1.    Perbaiki Hidup

Bebas Hutang 1


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ 

“Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu dari kekhawatiran dan kesedihan dan saya berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan dan saya berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, dan saya berlindung kepada-Mu dari keutamaan agama dan menaklukkan orang-orang berkata, Saya dapat melakukannya, Tuhan Yang Mahaperkasa lagi Maha Mulia, dan telah melunasi hutangku kepadaku.” (HR Daud)
[Doa yang diajarkan kepada Muadz bin Jabal RA. Usai mendawamkan doa ini, Allah SWT memenuhi utang yang dimiliki Muadz]

 

Bebas Hutang 2


اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ 
“Ya Allah! Cukupilah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Perkayalah aku dengan karuniaMu (hingga aku tidak minta) kepada selainMu.” (HR Tirmidzi)
[Doa yang diajarkan kepada Ali bin Abi Thalib RA]

Catatan:

  1. Ustaz Adi Hidayat dalam ceramahnya (https://www.youtube.com/watch?v=GU59no0BBrw) menganjurkan supaya diperbanyakkan doa ini pada hari jumaat waktu mustajab doa - iaitu antara khutbah dan ATAU selepas asar 

  

 Bebas Hutang 3


 
اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء وتعز من تشاء وتذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شيء قدير رحمن الدنيا والآخرة ورحيمهما تعطيهما من تشاء وتمنع منهما من تشاء ارحمني رحمة تغنيني بها عن رحمة من سواك

“Ya Allah, Engkau pemilik kerajaan. Hargai siapa pun yang Kau kehendaki dan hina siapa pun yang Kau kehendaki, di tangan-Mu kebaikan , karena Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu, Yang Maha Penyayang di dunia dan di akhirat, dan Yang Maha Penyayang di antara mereka. Engkau memberikannya kepada siapa pun yang Engkau kehendaki dan mencegahnya dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Kasihanilah aku dengan rahmat yang cukup kepada saya, Tak ada yang dapat memberi rahmat selain Engkau ya Allah.” (HR At Thabrani)
[Doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Abu Umamah RA] 


2.    Lapangan Ibadah

  • Dikurniakan sakinah & mawaddah (ketenangan)  dalam keluarga dan ibadah

 

3.    Rezeki


يااَللّٰه الْوَهَّابُ الْفَتَّاحُ الرَّزَّاقُ


Ya Allah, Ya Wahhab (Maha Mengurniakan), Ya Fattahu (Maha Membuka), Ya Razzak (Maha Memberi Rezeki),

Kurniakanlah kepada kami rezeki seluas langit-Mu…
  1. Rezeki yang berkat,
  2. Rezeki yang tak pernah putus umpama air zam zam-Mu yang bertebaran diseluruh pelusuk bumi sejak zaman berzaman,
  3. Rezeki yang membawa kami ke arah kebaikan,
  4. Rezeki yang membawa kami semakin dekat kepada-Mu,
  5. Rezeki yang membawa kami ke Syurga Firdaus, tanpa hisab dan tanpa azab,
  6. Rezeki yang menjauhkan kami dari kemurkaan-MU serta azab kubur dan api neraka,
  7. Rezeki yang langsung tidak disangka-sangka,
  8. Rezeki yang menjangkau akal fikiran,
  9. Rezeki yang boleh membantu kami dalam jalan dakwah dan jihad serta perkembangan Islam di negara ini dan negara-negara lain,
  10. Rezeki yang boleh membantu saudara-saudara kami yang sedang berjuang dan berjihad di jalan-Mu,
  11. Rezeki yang boleh membantu saudara-saudara kami di Palestine, yang telah kehadapan menjadi wakil kami, yang telah membenteng badan mereka, keluarga mereka, rumah-rumah mereka menjadi bantaian kekejaman musuh-musuh-Mu demi mempertahankan Islam di bumi Palestine Engkau rahmati dan berkati;
  12. Rezeki yang membawa kami, ibubapa kami, adik-beradik kami, pasangan-pasangan kami, anak-anak kami, saudara-saudara kami, guru-guru kami, jiran-jiran kami, muslimin dan muslimat ke Syurga Firdaus-Mu, tanpa hisab dan tanpa azab

 





Dikurniakan Kesihatan


Dikurniakan Keselamatan



اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

"Ya Allah, aku mohon kepadaMu keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku mohon kepadaMu ampunan dan keselamatan dalam urusan agamaku, urusan duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aib-aibku, berilah keamanan pada hatiku dari ketakutan-ketakutan. Ya Allah, jagalah aku dari marabahaya yang mengancamku dari arah depan, arah belakang, arah kanan, arah kiri, dan arah atas. Aku berlindung dengan kebesaranMu dari pembunuhan secara licik dari arah bawah"
Sumber: HR. Abu Daud No. 4412, Ibnu Majah No. 3861, dan Ahmad No. 4554. Dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami' Ash-Shaghir No. 1274

___

Catatan:
  1. Menurut penuturan sahabat, Abdullah bin Umar, Rasullah SAW tidak pernah meninggalkan bacaan doa ini pada waktu pagi dan petang.
  2. Doa ini sentiasa dibaca oleh baginda, baik pada saat damai mahupun perang, saat di Madinah ataupun dalam perjalanan ke luar dari Madinah.

 






Baca Ini Sebagai Pembuka Doa



Pernah suatu ketika, Nabi Muhammad S.A.W pernah terdengar seorang lelaki berdoa dgn doa yg dimulakan dgn nama Allah, Nabi Muhammad S.A.W berkata; Barangsiapa membaca doa ini, maka doanya tidak akan ditolak


Amalkan doa ini: 


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ


Allâhumma innî as’aluka bi annî asyhadu annaka antallâhu, lâ ilâha illâ antal ahadus shamad, alladzî lam yalid wa lam yûlad, wa lam yakullahû kufuwan ahad.

Tuhanku, aku memohon (pertolongan) kepada-Mu. Aku bersaksi bahwa Engkau adalah Allah. Tiada tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan, serta tiada apapun yang menyamai-Nya.


Dua (2) Cara Berdoa agar Dikabulkan Sepantas Kilat

Thursday, 24 September 2020



رَبِّ إِنِّى وَهَنَ ٱلۡعَظۡمُ مِنِّى وَٱشۡتَعَلَ ٱلرَّأۡسُ شَيۡبً۬ا وَلَمۡ أَڪُنۢ بِدُعَآٮِٕكَ رَبِّ شَقِيًّ۬ا (٤) وَإِنِّى خِفۡتُ ٱلۡمَوَٲلِىَ مِن وَرَآءِى وَڪَانَتِ ٱمۡرَأَتِى عَاقِرً۬ا فَهَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ وَلِيًّ۬ا (٥) يَرِثُنِى وَيَرِثُ مِنۡ ءَالِ يَعۡقُوبَ‌ۖ وَٱجۡعَلۡهُ رَبِّ رَضِيًّ۬ا 


Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku dan telah putih melepaklah uban kepalaku dan aku wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. (4) Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. (5) Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub dan jadikanlah dia wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai"

Surah Maryam (19) Ayat 4 - 6 



#1 Gunakan Kalimat Indah Yang 'Menyentuh' Allah SWT


Seru Allah menggunakan kalimat yang indah dan menyentuh sebagaimana doa nabi Zakaria. Beliau memohon dan menyeru kepada Allah dengan menyatakan keadaan fizikal dirinya, keyakinannya terhadap Allah yang tidak akan memungkiri janji-Nya, dan keazamannya untuk terus berdoa. Beliau memohon dengan bersungguh-sungguh lebih kurang berbunyi seperti ini; "Ya Allah, aku selalu berdoa kepada-Mu tanpa putus asa, dari mulai menikah sampai rambut beruban, fizik sudah letih, tak pernah berputus asa, aku yakin kau pasti kabulkan, andai sampai...jika sampai beruban belum dikabulkan sampai bila-bila pun akan aku mohon dan tidak putus asa"

#2 Cepat Buat Baik dan Niat Beribadah Kepada Allah SWT


Susuli doa dengan niat kerana Allah 


Contoh 1


Doa untuk Bertaubat dan Memohon Keampunan


"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...

Hamba sedar hamba berbuat banyak maksiat...hingga tidak terkira kesalahan dan dosa-dosa hamba kepada-Mu Ya Allah, tapi hamba yakin akan Engkau yang pernah berjanji bahawa Engkau mengampuni setiap hamba yang bertaubat sebagaimana kalam-Mu...


وَهُوَ ٱلَّذِى يَقۡبَلُ ٱلتَّوۡبَةَ عَنۡ عِبَادِهِۦ وَيَعۡفُواْ عَنِ ٱلسَّيِّـَٔاتِ وَيَعۡلَمُ مَا تَفۡعَلُونَ


Maksudnya: "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan"

Surah al-Syura (42) Ayat 25


Ya Allah, Ya Khaliq (Maha Mencipta)...aku hamba-Mu, yang telah Kau ciptakan dari tanah dan  air yang terpancar, semata-mata untuk beribadah kepadaMu...

dan aku ingin kembali...kembali kepada fitrah kejadianku, kembali kepadaMu...

jika kepada penerima taubat tidak dikabulkan, kepada siapa lagi aku mesti kembali? 

Oleh itu, Ya Allah, Ya Tawwab (Maha Penerima Taubat)... terimalah taubatku, 

Ya Allah, Ya 'Afuw (Maha Pengampun), Ya Ghaffar (Maha Mengampuni)...ampunilah segala dosa-dosaku,

Ya Allah, Ya Waliy (Maha Melindungi), Ya Muhaimin (Maha Menjaga), Ya Hafiz (Maha Pemelihara) ... jagalah aku, bimbinglah aku, redhailah dan kasihilah aku,

Ya Allah, Ya Muiz (Maha Pemberi Kemuliaan)... angkatlah darjatku disisiMu 

Ya Allah, Ya Wahhab (Maha Pemberi yang Memberi Tanpa Batas), Ya Fattahu (Maha Membebaskan) Ya Rozzaq (Maha Pemberi Rezeki)... kurniakanlah kepadaku rezeki yang tidak pernah putus sebagaimana Engkau berikan kepada orang-orang alim dan soleh yang hidup sebelumku dan kepada orang yang Kau kehendaki, kurniakanlah rezeki yang membawa aku dan seluruh ahli keluargaku semakin dekat kepadaMu...

Ya Allah, Ya Mujib (Maha Mengabulkan), Ya Samii' (Maha Mendengar), Ya 'Alim (Maha Mengetahui), Ya Arhamarrohimin



Contoh 2


Doa Ibu atau Pemimpin untuk Anak atau Pimpinannya

"Ya Allah...mereka memang salah, kesalahannya banyak, sampai tidak terkira kesalahannya...tapi jika Engkau ampuni, Engkaulah yang punya sifat Penyayang, tapi sekalipun harus dihukum, mereka hamba-Mu ya Allah..


Untuk mohon ampun dari ibu, gunakan konsep doa yang sama


"Ibu, saya memang salah, kesalahan saya banyak, sampai tidak terkira kesalahan saya terhadap ibu...tapi saya mohon kepada ibu, jika ibu maafkan, ibukan punya sifat kasih sayang, tapi jika ibu mahu marah juga, ini anak ibu, yang ibu tunggu untuk Allah beri kepada ibu sejak bertahun lamanya, yang ibu kandung dari rahim ibu, yang ibu susui, yang ibu jaga, yang ibu besarkan dengan penat lelah, sekarang saya mahu kembali...maafkanlah saya, ibu"


atau gunakan ayat menyentuh ini untuk memohon maaf bagi pihak anak kepada ibunya...


"Puan, apa yang anak puan buat itu memang salah, kesalahan dia mungkin banyak, sampai tidak terkira kesalahannya terhadap puan...tapi saya mohon kepada puan, jika puan maafkan, puan seorang ibu yang punya sifat kasih sayang, tapi jika puan mahu marah juga, dia juga anak puan, yang puan tunggu untuk Allah beri kepada puan sejak bertahun lamanya, yang puan kandung dari rahim puan, yang puan susui, yang puan jaga dengan penuh kasih sayang, yang puan besarkan dengan penat lelah, sekarang dia mahu kembali...maafkanlah dia, redhailah dia"




Contoh 3

Doa Apabila Dianiaya/Berdepan dengan Bahaya atau Kejahatan


Oleh itu, Ya Allah, Ya Malik (Maha Merajai), Ya Jabbar (Maha Perkasa), 


اللهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ

Maksudnya: "Cukupkanlah aku dari kejahatan mereka dengan cara sesuai yang Engkau kehendaki"

Ya Allah, Ya Khaafidh (Maha Menjatuhkan)

Ya Allah, Ya Mujib (Maha Mengabulkan), 

Ya Allah, Ya Samii' (Maha Mendengar), 

Ya Allah, Ya 'Alim (Maha Mengetahui), 

Ya Arhamarrohimin



Lakukan juga ini supaya doa-doa langsung tidak terhijab dan terus dimakbul Allah SWT


إِذۡ قَالَتِ ٱمۡرَأَتُ عِمۡرَٲنَ رَبِّ إِنِّى نَذَرۡتُ لَكَ مَا فِى بَطۡنِى مُحَرَّرً۬ا فَتَقَبَّلۡ مِنِّىٓ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ (٣٥) فَلَمَّا وَضَعَتۡہَا قَالَتۡ رَبِّ إِنِّى وَضَعۡتُہَآ أُنثَىٰ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا وَضَعَتۡ وَلَيۡسَ ٱلذَّكَرُ كَٱلۡأُنثَىٰ‌ۖ وَإِنِّى سَمَّيۡتُہَا مَرۡيَمَ وَإِنِّىٓ أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ ٱلرَّجِيمِ (٣٦) فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ۬ وَأَنۢبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنً۬ا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا‌ۖ كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيۡهَا زَكَرِيَّا ٱلۡمِحۡرَابَ وَجَدَ عِندَهَا رِزۡقً۬ا‌ۖ قَالَ يَـٰمَرۡيَمُ أَنَّىٰ لَكِ هَـٰذَا‌ۖ قَالَتۡ هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ (٣٧)

Maksudnya: (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (35) Maka apabila dia melahirkannya, berkatalah dia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki) dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Mariam dan aku perlindungkan dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan). (36) Maka dia (Mariam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Mariam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: Wahai Mariam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini? Mariam menjawab; Ia adalah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira. (37)

Surah Al-Imran (3) Ayat 35 - 37

Mulakan dengan;


(1) Bertaubat, jauhi maksiat, janji untuk perbaiki diri - "Ya Allah, mulai saat ini aku ingin menjadi hamba yang baik dalam pandangan-Mu, mohon bimbing aku"

(2) Tingkatkan Ibadah dari Kebiasaan yang Biasa, siapkan diri untuk meningkatkan ibadah kerana Allah, tingkat ke level tidak biasa...lebih tinggi...contoh jika tak pernah puasa, anda puasa Isnin Khamis, tak pernah tahajjud, mulai tahajjud. Tak ada tempat yang khusus untuk beribadah, jadikan satu ruangan khas dalam rumah kita sebagai mihrab. Disitulah kita sekeluarga sama-sama mengerjakan tahajjud dan sebagainya. 


Sumber: Ustaz Adi Hidayat
Rujukan Asal: https://www.youtube.com/watch?v=pSBBOLitcwk&t=229s

"Tie Letak Apa Dalam Lassi Mangga ni?"

Monday, 18 May 2020

MANGO LASSI LEBAM? 😫

"Tie letak apa apa dalam ni? Bau dan rasa dia lain dari biasa yang Tie buat", tanya si suami sambil terus meneguk laju cecair kuning terang dalam gelas kaca. Dengan gaya dia minum andai letak 5 gelas pon boleh licin dengan sekali jeling ni. 



"Macam biasa je, tak ada letak minyak senyonyong ke apa pun. Tie blend setengah biji mangga lemak manis dan mangga che ana, 3-4 sudu plain yogurt, 2 sudu susu pekat sikit, segelas air kosong dan lemon. Tu je", ujar aku tersengih sambil terus menyuapkan nasi ke mulut. 

"Betullah, rasa lagi lemak dan sedap. Langsung tak muak walaupun pekat betul", pancing suami, tak puas hati dengan peneranganku tadi. 

"Kan dah bagitahu tadi", kali ni nada suara aku hanya bersahaja. Sambil terus mencedok kuah asam pedas ke dalam pinggan nasi. 



Dia hanya senyum dan diam. Meneruskan minumannya tanpa menjamah walau sebiji nasi yang terhidang di atas meja. 

"Yela, ni ha. Tie letak ni", kataku sambil meletakkan satu botol bewarna kuning bersaiz kecil dihadapannya. 

"Patutlah rasa lain betul. Lagi sedap dari biasa tie buat. Serious!", nada suaranya berbaur rasa puas hati. Telahannya mengena. Hebat betul lidah orang peminum kopi tegar ni. Boleh beza rasa perahan jus lemon dari buah dengan Lemon Essential Oil (EO). 

"Memanglah, sayang oii..letak setitik dua je memang terus bangkit rasa lassi tu. Mango tu pon tak berubah warna jadi kusam atau lebam. Sebabnya antioksida dalam EO lemon ni sangat tinggi. 

Kalau sayang nak tahu, sebotol EO lemon diektrak dari 70 biji lemon, tau! 

Selain tu, EO lemon ni bantu melancarkan penghadaman, elok sangat kalau jenis yang sembelit. Nak-nak bulan puasa ni. Sekaligus boleh singkirkan toksin dari badan tau! 

Nak study atau mengaji tafsir quran Ibnu Kathir pun elok. Boleh meningkatkan fokus dan mood cergas. Rasa refresh je. Tak adalah setiap kali belek halaman menguap sampai 10 kali. 

Kalau campur dalam night cream boleh buat kulit yang ada kesan terbakar sebab berjemur lebih cerah tau", panjang lebar aku kongsi kebaikan EO lemon yang aku tahu. 

"Tu, tak nak makan ke nasi tu. Bak sinilah, biar Tie habiskan. Rasa sedap pula nasi ni makan dengan ikan asam pedas"

"Boleh, kita buat sistem barter, Tie ambil nasi, abang ambil lassi Tie"

Usul dia aku sambut dengan hanya satu jelingan maut 
😒



...
Nota: Letak Orange Essential Oil pon sedap!!



My Reading Journal: List of Books I Read for Storytelling

Tuesday, 21 April 2020


My reading journal regarding storytelling:

1. The Art of Storytelling by John Walsh



Ini Cara Mudah Dan Cepat Untuk Membaca Sehingga 20 Buku Sehari

Friday, 3 April 2020


Pernahkah anda berazam untuk menghabiskan sebuah buku dalam masa 1 hari tetapi tidak pernah berjaya mencapainya? Atau anda mempunyai waktu yang sangat terhad untuk membaca?

Ada cara yang lebih mudah untuk anda memahami satu-satu buku bukan sahaja dalam masa yang singkat, malah anda dapat membaca sehingga 20 buku hanya dalam masa satu hari!

Caranya adalah langgani GetAsbtract.com dan anda boleh memuat turun pelbagai jenis buku dengan mengabstrak isi-isi penting yang telah diringkaskan namun padat.

Sesuai dengan langkah kebanyakan negara di dunia yang sedang menjalankan perintah kawalan pergerakan, GetAbstract.com menawarkan akses secara percuma untuk tempoh yang terhad. Anda boleh memuat turun sehingga 20 buku sehari.


Klik di sini > www.getabstract.com

Doa Keselamatan yang Diajar oleh Rasulullah SAW



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي



Maksudnya;

"Ya Allah, aku mohon kepadaMu keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku mohon kepadaMu ampunan dan keselamatan dalam urusan agamaku, urusan duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aib-aibku, berilah keamanan pada hatiku dari ketakutan-ketakutan. Ya Allah, jagalah aku dari marabahaya yang mengancamku dari arah depan, arah belakang, arah kanan, arah kiri, dan arah atas. Aku berlindung dengan kebesaranMu dari pembunuhan secara licik dari arah bawah"

 Sumber: HR. Abu Daud No. 4412, Ibnu Majah No. 3861, dan Ahmad No. 4554. Dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami' Ash-Shaghir No. 1274

___


  • Menurut penuturan sahabat, Abdullah bin Umar, Rasullah SAW tidak pernah meninggalkan bacaan doa ini pada waktu pagi dan petang.


  • Doa ini sentiasa dibaca oleh baginda, baik pada saat damai mahupun perang, saat di Madinah ataupun dalam perjalanan ke luar dari Madinah.


Wallahua'lam.



Dipetik dari buku bertajuk Zikir Akhir Zaman, ditulis oleh Abu Fatiah Al-Adnani dan dicetak oleh Granada Mediatama

HAFAL, AMAL & KONGSI  kepada ahli keluarga, jiran, rakan-rakan dan kenalan

ELAK DARI MEMBELI BARANG YANG ANDA TIDAK PERLU DENGAN CARA INI.

Tuesday, 31 March 2020



Tidak dinafikan, membeli-belah dan window shopping adalah kepakaran hampir setiap wanita. Dari barangan dapur atau groceries, alat mekap, pakaian untuk suami dan anak-anak, hampir kesemuanya dilakukan oleh wanita terutamanya seperti saya sendiri.


Selalunya selepas keluar membeli barang, saya akan menyusun dan menyimpan barang-barang yang dibeli di tempat masing-masing. Groceries akan disimpan dalam kabinet dapur, barang basah akan diproses terlebih dahulu sebelum disimpan dalam peti ais.

Kerapkali sebelum saya praktis pembelian secara berhemah (saya kongsikan caranya di bawah), saya dapati sebahagian barang tersebut sebenarnya tidak ada dalam perancangan awal dan lebih malang lagi saya langsung tak perlu.

Kenapa saya beli?

Salah satu sebab yang dapat saya kenalpasti adalah kerana terpengaruh dengan diskaun yang kononnya diberi oleh kedai tersebut - Jualan separuh harga, diskaun 60% walaupun sebenarnya harga sebelum diskaun dinaikkan secara tak masuk akal. Pembelian seperti ini dipanggil impulse buying. 


Untuk mengelakkan barangan yang tidak perlu, ini yang saya lakukan dan cara ini sangat berkesan dan membantu saya menguruskan kewangan keluarga saya.

1. Tetapkan Bajet


Sebagaimana anda membuat bajet bulanan untuk membayar segala hutang dan pinjaman setiap kali anda menerima gaji, lakukan perkara sama untuk pembelian dan perbelanjaan harian anda.

2. Asingkan Bajet Mengikut Jenis Perbelanjaan


Asingkan wang mengikut jenis perbelanjaan yang anda tetapkan dalam dompet yang berbeza (atau dalam akaun bank yang berbeza jika anda adalah seorang yang cashless). Contohnya, untuk perbelanjaan dapur, anda letakkan wang tersebut dalam dompet A (Maybank). Manakala untuk perbelanjaan kereta, minyak kereta dan tol, letakkan wang dalam dompet B (Bank Islam).



Untuk memudahkan pengurusan wang, anda boleh guna 'Cash Envelope' untuk asingkan wang perbelanjaan mengikut kategori.

3. Komit Dengan Bajet Yang Telah Ditetapkan


Bersikap tegas walaupun dengan diri anda sendiri. Patuhi bajet yang anda telah tetapkan.

4. Buat Senarai Barangan beserta Harga


Tulis senarai barangan yang ingin dibeli serta anggaran harga barangan tersebut. Dengan itu, anda sedikit sebanyak dapat mengelak dari membeli barangan yang tidak ada dalam senarai tersebut.

Atau, anda serahkan senarai tersebut kepada suami untuk beli bagi pihak anda. Confirm beliau akan beli sebagaimana senarai sahaja (anda perlu berkompromi jika suami membeli barangan tidak menepati spesifikasi atau standard anda)

5. Bawa Duit Tidak Melebihi Bajet


Saya teringat kepada cerita suami saya semasa beliau belajar dahulu. Salah seorang kawannya, Akram, mempunyai satu tabiat yang boleh kita contohi - beliau akan membawa duit cukup-cukup dengan barangan yang ingin dibeli setiap kali ke kedai. Sebagai contoh, beliau ingin membeli sebotol kicap, beliau akan membawa RM2.80 hanya untuk membeli kicap tersebut. Tidak lebih dan tidak kurang.

Kedengaran agak mustahil untuk dipraktikkan, tapi anda boleh cuba. Pasti boleh dengan syarat anda tidak membawa kad debit atau kad kredit.

Dan Akram juga menggunakan taktik ini untuk mengelakkan di 'paw' oleh rakan-rakan lain apabila keluar makan bersama 😅

6. Kongsi dengan pasangan barangan yang anda mahu beli


Suami sebagai neutralizer atau check and balance. Kadang-kadang, kita rasa kita perlu, tapi sebenarnya pendapat kita dipengaruhi oleh keinginan. Jadi, pendapat orang kedua - suami kita boleh justify balik rasional setiap pembelian yang akan dibuat walaupun apa yang kita mahu beli itu dengan duit sendiri, apatah lagi jika duit suami.



Adakah anda mempunyai cara anda sendiri? kongsikan di ruangan komen :)

Latest Instagrams

© nuraziatie. Design by FCD.