Biskut Oat

Saturday, 1 May 2021


Bahan-Bahan

  • 1 Cawan (125 gram) Tepung Serbaguna
  • 1/4 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • 1/4 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
  • 1/4 Sudu Kecil Garam
  • 1/2 Cawan @ 113 gram Mentega Asli Tanpa Garam
  • 1/2 Cawan Gula Kastor
  • 1 Biji Telur (gred A)
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila
  • 1 Cawan Oat Yogood Blissful Blueberry & Cranberry
  • 1/2 Cawan Oat Yogood Nuts & Chia

Cara-Cara

  1. Ayak tepung serbaguna bersama serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan dahulu.
  2. Pukul mentega tanpa garam dan gula sehingga gebu dan ringan serta mentega bertukar menjadi pucat.
  3. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan tepung tadi dan gaulkan dengan menggunakan spatula sahaja sehingga sebati.
  5. Tambahkan Oat Yogood Blissful Blueberry & Cranberry dan Oat Yogood Nuts & Chia ke dalam adunan dan gaul sehingga rata dan sekata.
  6. Sementara itu, panaskan oven lebih kurang 10 minit.
  7. Sudukan atau scoopkan adunan biskut ke atas tray atau loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar mengikut saiz yang sesuai dan disukai.
  8. Bakar pada suhu 180°C selama 15 hingga 18 atau sehingga keperangan bergantung kepada saiz biskut dan oven masing-masing. Siap! Sedia untuk dimakan.

Post a Comment

Latest Instagrams

© nuraziatie. Design by FCD.