Resipi Banana Oats Pancake

Tuesday, 28 April 2020

Fluffy Banana Pancakes - Kitchen Treaty Recipes

Rating: ♥♥♥♥♥

Bahan-bahan


  • 1 cawan oats - saya grind tidak terlalu kasar dan tidak terlalu halus
  • 1 biji pisang - dilecek
  • 1/2 cawan susu segar - boleh guna air putih biasa
  • 1/4 cawan air putih
  • 1 sudu besar gula - optional
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil garam


Penyediaan


  1. Sebatikan kesemua bahan. Tidak perlu kacau lama. Cukup sebatikan sahaja
  2. Panaskan non-stick pan atau kuali yang tidak melekat.
  3. Scoop 3/4 cawan adunan ke dalam kuali. Biarkan seketika sebelum dibalikkan.
  4. Hidang bersama mentega, madu, jem atau sirap coklat.

Resipi Oats Pancake

Gluten-Free Oatmeal Pancakes - Hungry Momma Nutrition

Bahan-bahan


  • 1 cawan oats - saya grind tidak terlalu kasar dan tidak terlalu halus
  • 3/4 cawan susu segar - boleh guna air putih biasa
  • 1 sudu besar gula - optional
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil garam


Penyediaan


  1. Sebatikan kesemua bahan. Tidak perlu kacau lama. Cukup sebatikan sahaja
  2. Panaskan non-stick pan atau kuali yang tidak melekat.
  3. Scoop 3/4 cawan adunan ke dalam kuali. Biarkan seketika sebelum dibalikkan.
  4. Hidang bersama mentega, madu atau jem.

Resipi Mango Lassi Sangat Senang dan Sedap!

Your Gut Will Love This Mango Lassi | HUM Nutrition Blog

MANGO LASSI
♥♥♥♥♥

Bahan-bahan

  • 1-2 biji mangga yang masak - saya guna mangga jenis lemak manis (guna 2 biji jika ingin diminum bersama ais)
  • 3-4 sudu besar plain yogurt
  • 1 cawan air kosong sejuk
  • 2-3 sudu besar susu pekat manis - boleh ganti dengan madu
  • 1/2 biji lemon - diambil jus
  • Serbuk kayu manis untuk tabur di atas lassi - optional

Penyediaan

  1. Kupas mangga. Ambil isinya dan masukkan dalam blender bersama bahan-bahan lain.
  2. Kisar hingga halus.
  3. Sedia untuk dinikmati terus atau ditambah ais.

Catatan:

  • Saya guna personal blender jenama Midea. Didatangkan dengan 2 botol berkapasiti 600ml setiap satu.
  • Resipi di atas sesuai dengan kapasiti 1 botol tersebut.
  • Jika guna mangga lemak manis, warna lassi jadi sedikit pucat berbanding menggunakan mangga jenis lain. Tapi, sangat-sangat sedap! Sangat terasa lemak dan manisnya di mulut dan sangat wangi ♡

MIDEA SLOW JUICER & BLENDER MBL-1000 - SgTan

Resipi Ikan Bakar Wangi

Monday, 27 April 2020

Ikan Bakar - Ang Sarap

Bahan pes – kisar, reneh dengan api kecil;

  • 3-4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 1 batang serai
  • 1-2 helai daun limau purut – buang tulang
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar cili boh
  • ¼ bunga kantan
  • ½ cawan air



Bahan lain – masukkan selepas pes masak;

  • 3 sudu besar kicap manis
  • Air asam jawa atau asam keping
  • Garam, gula
  • Bila dah pecah minyak, masukkan
  • 5 biji cili api – ketuk atau potong

Penyediaan

1.      Sapu sedikit garam pada kedua belah ikan dan dalam (jika ikan besar)
3.      Potong halus 1-2 helai daun kunyit
4.      Alas aluminium foil dalam bekas (loyang/pinggan)
5.      Tabur separuh daun kunyit yg dipotong halus, tuang 1/3 pes, letak ikan. Tuang baki pes dan tabur baki daun kunyit
6.      Bungkus dan bakar

NOTA: 2 ekor ikan kembung size sedang

* Gambar hiasan. Bukan gambar sebenar

Resipi Daging Goreng Ala Thai

Resipi Daging Goreng Thai Style, Menu Special Berbuka Hujung ...

DAGING GORENG ALA THAI
★★★★★

BAHAN-BAHAN
PENYEDIAAN
Perapan Daging
·         800g daging
·         5 sb ketumbar – kisar/tumbuk
·         1 sb lada hitam
·         2 sb sos tiram
·         Garam

Sos:
·         3 ulas bawang merah – mayang
·         2 sb air limau nipis
·         3 sb air asam jawa
·         Serbuk cili Thai
·         Gula kabung/Somtam – boleh diganti dengan 2 sb gula putih
·         Kicap sotong/sos ikan
·         Daun ketumbar
·         Daun bawang

Untuk tumis
·         4 ulas bawang putih – mayang
·         Mentega

1.      Perap daging dengan bahan perapan sekurang-kurangnya 30 minit – 2 jam
2.      Tumis bawang putih bersama mentega
3.      Masukkan daging yang telah diperap. Masak hingga air daging kering dan lembut.
4.      Kemudian masukkan sos yang telah disatukan. Sebatikan

Maklumbalas:

o Bahan perapan yang digunakan adalah ketumbar serbuk (kasar), ditambah dengan serbuk jintan manis dan jintan putih (kasar)
o   Untuk sos, guna 1 biji limau nipis, ½ sb asam jawa adabi, 1/3 sb serbuk cili extra pedas, sedikit air dan tidak dimasukkan kicap sotong atau sos ikan



Resipi Ayam Kukus Halia Yang Sangat Mudah


BAHAN-BAHAN:


  • Ayam – dipotong kecil

BAHAN-BAHAN PERAP:


  • 3cm halia – hiris kecil
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1/2 sudu makan kicap cair
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada putih – jika suka
  • 1/2 sudu makan minyak bijan
  • Daun bawang – dihiris

CARA MEMASAK:


  1. Bersihkan ayam dan toskan airnya. Kemudian lumur ayam dengan bahan-bahan perap selama 30 minit.
  2. Panaskan periuk kukusan dan kukus selama 10-15 minit.
  3. Waktu kukusan juga berbeza bergantung kepada berapa banyak ayam yang digunakan. Jika banyak anda masak, lebihkan masanya supaya semua ayam masak sekata.
  4. Setelah ayam masak, tabur hirisan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.
Sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi ayam

Kredit resepi & foto: Jo Isabelle Joannes

Resepi Nasi Kukus, Ayam Goreng Berempah,Kuah dan Sambal Belacan (Resipi Untuk Berniaga Nasi Kukus)

Food Menu Square |

Nasi Kukus 

Bahan-bahan:

  • Beras secukupnya
  • Air
  • Bekas kecil
  • Daun pandan

Cara Memasak:

  1. Cuci beras dan rendam selama 30 minit
  2. Didihkan air dalam periuk pengukus. Letak daun pandan dalam air rebusan.
  3. Toskan beras, isi ke dalam bekas kecil. Isikan 3/4 bekas sahaja.
  4. Isi penuh air ke dalam bekas tadi.
  5. Kukus selama 20 minit atau hingga nasi betul-betul masak.

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 1-2 sudu makan serbuk kari ayam
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Daun kari
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar:

  • 1 sudu makan biji ketumbar - kisar dulu
  • 1 sudu teh jintan putih - kisar dulu
  • 1 sudu teh jintan manis -kisar dulu
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Memasak:

  1. Gaul semua bahan sebati dengan ayam. Perap selama 1 jam atau semalaman.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk naikkan aroma.

Kuah

Bahan-bahan:

  • 500 g kaki/tengkuk/pedal ayam
  • 150g pes Kerutuk/Gulai Kawah/Kari Ayam Daging Saudagar Rasa
  • 300ml Santan (300ml) - optional
  • 500ml Air 
  • Garam atau gula secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Kaki/tengkuk/pedal ayam dipotong kecil. Basuh & toskan
  2. Rebus dengan air sehingga separuh masak
  3. Masukkan 1 pek pes dan santan*
  4. Masak sehingga mendidih
  5. Rasa masakan, tambah garam atau gula dan bahan perasa* jika perlu

Sambal Belacan

Bahan-bahan:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perahan jus limau kasturi
  • Setengah genggam ikan bilis
  • 2 sudu besat minyak masak
  • 10 biji cili padi

Cara Memasak:

  1. Belah cili padi menjadi 2 bahagian supaya bila goreng nanti tak meletup dan potong bawang
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau sampai layu je.
  3. Angkat dan masukan dalam lesung. Tambahkan dengan perahan limau kasturi td,belacan, cili merah,sedikit gula dan garam. Lepas 2 tumbuk semua bahan tadi dalam lesung. Nak senang,blend je lah sume 2,abis citer..
  4. Akhir sekali, letak sekali sesudu besar kat sebelah nasi kukus.
Nasi Kukus Ayam Kampung Goreng Berempah dan Ayam Kampung Frozen ...


Kredit Resepi: Abdul Razak Bujang

Resipi Kerang Masak Cili yang Ohsem

Image may contain: food

Bahan kisar:

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili besar merah
7-8 biji cili padi merah
2 batang serai

Bahan lain:

1 batang serai – ketuk
Sos tiram
Sos cili
Lada benggala
Maggi Cukup Rasa

Penyediaan:


  1. Rebus kerang 3 minit, angkat dan masukkan ke dalam besen berisi ais untuk mengelakkan kerang kecut dan terlampau masak.
  2. Kopek dan buang sebelah kulit kerang
  3. Manaskan minyak dan serai. Masukkan bahan kisar dan reneh sampai masak
  4. Masukkan sos tiram, sos cili dan Maggi Cukup Rasa serta lada benggala.
  5. Akhir sekali masukkan kerang, kacau rata. Tutup api.


Resipi Pasta Udang Buttermilk dengan Keju

Wednesday, 22 April 2020


  1. Rebus pasta jenis spiral  (masukkan sedikit garam dan minyak). Toskan, air rebusan letak tepi. Sejukkan pasta bawah air.
  2. Untuk sos atau kuah, ikut resipi seperti Udang Buttermilk
  3. Kemudian, masukkan sos prego keju herba. Guna 1/2 tin. Masukkan air rebusan pasta untuk kuah.
  4. Masukkan pasta. siap.

Resipi Udang Buttermilk




  • 15 ekor udang saiz L, garam + kunyit – goreng seketika (jangan lama)
  • 3-4 batang daun kari
  • 3 sb buttermilk (jika tiada boleh guna mentega)
  • 4-5 ulas bawang putih – cincang
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 4-5 biji cili padi
  • ½ - ¾ tin susu cair

Cara Masak:

1. Panaskan sedikit minyak gorengan udang + mentega
2. Tumis bawang + cili + daun kari
3. Masukkan sedikit tepung jagung untuk sedikit pekat + susu cair
4. Masukkan udang + garam + gula

Optional: lada hitam, cheese, serbuk kari, daun bawang, mozzarella cheese untuk hiasan di atas

Feedback:

Guna 3 biji cili pon dah pedas. Guna 1 biji sahaja atau ganti dengan lada hitam. Jika masukkan sedikit serbuk kari, tidak perlu masukkan cili

My Reading Journal: List of Books I Read for Storytelling

Tuesday, 21 April 2020


My reading journal regarding storytelling:

1. The Art of Storytelling by John Walsh



Blogger Lokal Yang Saya Follow

Monday, 20 April 2020


Ina Ainaa - A Food Hunter!



Lea Azleeya - A Beauty Product Reviewer


Ini Cara Mudah Dan Cepat Untuk Membaca Sehingga 20 Buku Sehari

Friday, 3 April 2020


Pernahkah anda berazam untuk menghabiskan sebuah buku dalam masa 1 hari tetapi tidak pernah berjaya mencapainya? Atau anda mempunyai waktu yang sangat terhad untuk membaca?

Ada cara yang lebih mudah untuk anda memahami satu-satu buku bukan sahaja dalam masa yang singkat, malah anda dapat membaca sehingga 20 buku hanya dalam masa satu hari!

Caranya adalah langgani GetAsbtract.com dan anda boleh memuat turun pelbagai jenis buku dengan mengabstrak isi-isi penting yang telah diringkaskan namun padat.

Sesuai dengan langkah kebanyakan negara di dunia yang sedang menjalankan perintah kawalan pergerakan, GetAbstract.com menawarkan akses secara percuma untuk tempoh yang terhad. Anda boleh memuat turun sehingga 20 buku sehari.


Klik di sini > www.getabstract.com

Doa Keselamatan yang Diajar oleh Rasulullah SAW



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي



Maksudnya;

"Ya Allah, aku mohon kepadaMu keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku mohon kepadaMu ampunan dan keselamatan dalam urusan agamaku, urusan duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aib-aibku, berilah keamanan pada hatiku dari ketakutan-ketakutan. Ya Allah, jagalah aku dari marabahaya yang mengancamku dari arah depan, arah belakang, arah kanan, arah kiri, dan arah atas. Aku berlindung dengan kebesaranMu dari pembunuhan secara licik dari arah bawah"

 Sumber: HR. Abu Daud No. 4412, Ibnu Majah No. 3861, dan Ahmad No. 4554. Dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami' Ash-Shaghir No. 1274

___


  • Menurut penuturan sahabat, Abdullah bin Umar, Rasullah SAW tidak pernah meninggalkan bacaan doa ini pada waktu pagi dan petang.


  • Doa ini sentiasa dibaca oleh baginda, baik pada saat damai mahupun perang, saat di Madinah ataupun dalam perjalanan ke luar dari Madinah.


Wallahua'lam.



Dipetik dari buku bertajuk Zikir Akhir Zaman, ditulis oleh Abu Fatiah Al-Adnani dan dicetak oleh Granada Mediatama

HAFAL, AMAL & KONGSI  kepada ahli keluarga, jiran, rakan-rakan dan kenalan

Latest Instagrams

© nuraziatie. Design by FCD.