Dana Pemfailan Harta Intelek - Mohon Dana Ini Untuk Daftar Trademark Anda Sebelum 31 Julai 2019 (Rabu)!
Saturday, 20 July 2019
Peluang keemasan untuk mereka yang masih belum mendaftar cap dagang (trademark), hakcipta dan reka bentuk untuk perniagaan atau harta intelek anda
Dengan dana ini, anda boleh jimat sehingga RM2,650 (atau lebih) bagi tempoh 10 tahun jika permohonan daftar cap dagang anda diluluskan.
Caranya adalah:
#1 Lengkapkan Borang Permohonan dan Borang TM5
#2 Hantar permohonan yang lengkap sebelum atau pada 31 Julai 2019 (Rabu) ke pejabat MyIPO
atau email permohonan lengkap (Borang Permohonan, Salinan Kad Pengenalan dan Borang TM5) ke dana@myipo.gov.my
#3 Tunggu Makluman dalam masa 3 hingga 6 bulan.
Keputusan permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui email.Apa yang Berlaku dalam Proses Ini?
1. Permohonan anda akan disaring dan dinilai oleh Urus Setia Dana Pemfailan Harta Intelek. Permohonan yang lengkap sahaja akan dinilai untuk kelulusan. Kelulusan adalah berdasarkan first come first serve basis dan kekosongan kuota dana.2. Permohonan yang berjaya akan menerima notifikasi keputusan melalui email. Anda kemudiannya perlu menandatangani Aku Janji Dana sebelum proses pemfailan dibuat. Syarat-syarat sebagaimana dalam Aku Janji Dana perlu dipatuhi.
3. Setelah itu, anda akan dibantu untuk proses seterusnya - iaitu pemfailan. Proses ini dibuat di kaunter MyIPO berdekatan atau di ibu pejabat. Masa ini, anda perlu ke Pesuruhjaya Sumpah (depan ibu pejabat MyIPO) untuk lengkapkan Statutory Declaration untuk proses selanjutnya.
4. Bagi anda yang tidak menerima sebarang notifikasi, boleh hubungi Urus Setia Dana dalam jangka masa tersebut.
Untuk makluman, syarat utama permohonan adalah pemohon mestilah pelajar ataupun belia (40 tahun ke bawah)
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh ke laman sesawang MyIPO.
Kongsikan posting ini dengan rakan-rakan supaya orang kita dapat merebut peluang yang diberikan!
Bagaimana Memacu Prestasi Diri dan Pekerja Menggunakan format KPI ini
Wednesday, 17 July 2019
Apabila sebut sahaja KPI, banyak kontroversi dalaman yang timbul. Ada yang menyambut baik, tak kurang juga yang 'tidak selesa'.
Walau bagaimanapun, KPI adalah sangat-sangat penting dalam pengurusan operasi syarikat (ataupun bisnes secara kecil-kecilan atau sendirian).
Dengan adanya KPI, kita boleh refokus kembali kepada objektif asal.
Apakah Perkara Yang Perlu Ada Apabila Membangunkan KPI?
#1 Bajet Kewangan
#2 Garis Masa
#3 KPI
#4 Pelan Tindakan
#5 Laporan & Pemantauan
#6 Dokumen Sokongan
Walau bagaimanapun, KPI adalah sangat-sangat penting dalam pengurusan operasi syarikat (ataupun bisnes secara kecil-kecilan atau sendirian).
Dengan adanya KPI, kita boleh refokus kembali kepada objektif asal.
Apakah Perkara Yang Perlu Ada Apabila Membangunkan KPI?
#1 Bajet Kewangan
#2 Garis Masa
#3 KPI
#4 Pelan Tindakan
#5 Laporan & Pemantauan
#6 Dokumen Sokongan
Agar Dipermudahkan Saat Kematian
Monday, 15 July 2019
Apam Tepung Gula Merah
Saturday, 11 May 2019
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air suam
- 1 cawan gula merah
- 2 sudu makan gula putih
- 1 paket yis mauripan
- Larutkan gula merah dalam air suam
- Dalam bekas lain, sebatikan tepung, mauripan & gula putih
- Tapis gula merah dalam sebatian tepung. Perap selama 1 jam
- Tuangkan sebatian ke dalam Loyang yang telah digris dengan minyak
- Kukus selama 45 minit
- Hidangkan bersama kelapa parut dan garam yang telah dikukus
Ini Langkah Mudah Untuk Menyertai Program 'FREE 5kg Shipping' di Shopee
Tuesday, 26 February 2019
4 Sebab Kenapa Anda Perlu Menyertai Program Ini
#1 Penghantaran Percuma
Pada masa yang sama, anda boleh membantu mereka untuk berjimat sehingga RM20.96* (bersamaan 81% dari jumlah asal) bagi setiap penghantaran!
Lihat pengiraan ini:
Penghantaran barangan seberat 5kg ke Zon 2 adalah seperti berikut:

Menggunakan perkhidmatan PosLaju seperti biasa, pelanggan anda perlu membayar sebanyak RM26* bagi setiap parcel dengan berat 5kg.
Tetapi, dengan menggunakan Shopee Free 5kg Free Shipping Program, pelanggan anda hanya perlu membayar RM5.04 untuk barang yang sama!
Sangat Jimat!!
#2 Serahan di Kaunter Tanpa Bayaran Awal
Anda boleh menjimatkan masa anda dari beratur panjang semata-mata untuk membuat serahan di Kaunter.
Kebanyakan pejabat PosLaju mempunyai drive-tru seperti McDonalds & Starbucks!
Anda hanya perlu menyerahkan parcel anda melalui tingkap. Jangan lupa untuk menyimpan satu (1) salinan yang tertulis " Salinan Pengirim' pada bahagian bawah sebelah kanan di Waybill. Bagi sesetengah Courier seperti Skynet, mereka akan cop tarikh penerimaan parcel pada salinan pengirim sebelum salinan tersebut dikembalikan kepada anda. Salah satu sebabnya adalah untuk mengelakkan sebarang claim oleh syarikat pengendali seperti Shopee atau Lazada menolak tuntutan anda sekiranya barang anda tidak sampai kepada pembeli.
Sebelum ini, saya menggunakan perkhidmatan Lazada (dengan Skynet sebagai shipping partner), saya telah berdepan dengan beberapa masalah di mana pelanggan saya tidak menerima parcel yang telah saya hantar. Apabila saya merujuk atau report kepada Lazada, mereka akan meminta saya memberi salinan waybill yang telah dicop tarikh penerimaan oleh Skynet. Jika saya gagal berbuat demikian, maka susah bagi saya membuktikah kesilapan tersebut berlaku bukan kerana kelalaian saya. Sehingga artikel ini ditulus, PosLaju masih tidak mempraktis prosedur ini.
#3 Anda Tidak Perlu Lagi Mengisi Borang Consignment Secara Manual
#4 Combine Shipping Support
Ini adalah langkah-langkah mudah untuk anda menyertai program ini.
#1 Klik link ini untuk mendaftar >> http://bit.ly/2EvRWTl <<
#2
Perlukah Saya Setup Ecommerce atau Kedai Online Sendiri Untuk Memulakan Bisnes?
Monday, 24 December 2018
Boleh dikatakan setiap 9 per 10 orang dari rakan dan kenalan saya menjalankan perniagaan atau memiliki bisnes sendiri - sama ada secara online ataupun offline.
Manakala bakinya; iaitu 1 per 10 menunjukkan minat untuk mula berniaga.
Soalan yang saya selalu terima adalah; "Macam mana nak jual secara online?" - selalunya soalan ini bukan bermaksud secara literal. Biasanya, ada 10 lagi soalan sebenar disebalik pertanyaan seumpama ini; iaitu:
1. Macam mana nak buat duit tambahan atau paling kurang dapat seperti gaji bulanan yang saya dapat sekarang?
2. Platform jualan yang mana bagus untuk saya mulakan bisnes trading secara retail?
3. Macam mana saya nak dapatkan barangan atau pembekal yang dapat memberikan barangan pada harga yang murah?
4. Macam mana saya nak dapatkan untung tanpa mengeluarkan sebarang modal untuk memulakan bisnes?
5. Barang yang macam mana patut saya jual?
6. Barang apa yang laku keras?
7. Macam mana saya nak setup bisnes di Shopee dan Lazada?
8. Macam mana penghantaran? Bagaimana barangan saya akan sampai kepada pelanggan jika saya guna Shopee?
9. Berapa lama saya boleh dapatkan bayaran setelah saya proses transaksi pelanggan?
10. Berapa keuntungan bersih saya jika saya jual barang X atau Y?
Sebelum menjawab soalan-soalan di atas, suka untuk saya berkongsi, cabang bisnes ini sangat luas sebenarnya. Ia tidak terhad kepada 'menjual secara online' sahaja. Tetapi untuk newbie, berdasarkan pengalaman peribadi saya, 2 bentuk bisnes yang boleh menjana income serta-merta; iaitu bisnes secara trading dan servis
Bisnes Trading atau Servis?
Trading atau menjual barangan adalah salah satu cara mudah untuk dimulakan oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Jualan barangan kepada pengguna atau membekalkan barangan secara pukal kepada peniaga adalah perniagaan berbentuk trading.Ada macam-macam cara untuk buat bisnes trading. Ada yang perlu keluarkan modal untuk dapatkan stok barangan dari pembekal, kemudian jual balik pada harga pasaran. Ada juga yang dapatkan stok barangan secara kredit atau hutang dan bayaran dibuat setelah barangan tersebut dijual atau berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui oleh pembekal/pengeluar. Ada juga yang menjalankan bisnes trading dengan cara mengambil tempahan.
Saya sendiri pernah menjalankan bisnes trading secara tempahan iaitu bisnes membekalkan bekas kaca dan plastik kepada syarikat startup dalam sektor kosmetik dan pengeluar makanan Bagusnya model bisnes ini adalah saya dapat mengurangkan risiko barang tidak laku atau modal mati atau modal tidak dapat dipusing akibat barang tidak laku.
Bagi mereka yang buntu untuk bermula, suka saya untuk berkongsi pengalaman saya supaya anda dapat gambaran awal atau idea. Ini adalah perkara awal yang saya lakukan:
1. Senaraikan pengeluar atau pembekal yang berpontensi.
Antara kriteria yang saya cari adalah:- Pengeluar/pembekal tersebut berada berdekatan - Base saya ketika itu adalah di Ampang. Oleh itu, saya cuba mencari pengeluar atau pembekal yang ada di sekitar Lembah Klang. Saya hanya menggunakan tool yang paling power untuk membuat carian - iaitu Google. Dan kedua adalah Yellow Pages. Saya tidak membuat carian di AliBaba atau AliExpress walaupun saya tahu saya boleh dapatkan barangan yang sapa pada harga jauh lebih murah. Banyak faktor yang perlu diambil kira bagi startup seperti saya. Antaranya tempoh masa yang diambil untuk barang tersebut sampai ke tangan saya, kos tambahan yang bakal dikenakan oleh pihak shipping, risiko barang rosak atau barang yang dihantar tidak mengikut spesifikasi tempahan dan sebagainya.
- Harga yang murah dan boleh beli dalam kuantiti yang kecil - Pelanggan sasaran saya adalah pemilik atau pengeluar set penjagaan kulit secara organik atau handmade serta pengeluar makanan dalam sekala yang kecil. Bagi saya, mudah untuk mendekati golongan ini memandangkan kebiasaannya mereka tidak memiliki pembekal tetap dan kebanyakannya proses procurement dilakukan oleh pemilik sendiri. Kebarangkalian untuk mereka menjadi pelanggan saya adalah tinggi.
2. Dapatkan Sebutharga atau Harga
Setelah saya buat senarai pengeluar/pembekal beserta dengan contact info, saya menghubungi mereka dengan 2 cara; iaitu email dan telefon. Kebiasaannya, saya akan menelefon terlebih dahulu untuk mendapatkan person in charge yang betul. Disamping itu juga saya akan 'mengorek' maklumat mengenai pengeluar/pembekal tersebut sama ada ia menepati ciri-ciri pengeluar/pembekal yang saya inginkan. Apabila saya sudah dapat PIC yang betul, saya akan berurusan direct dengan beliau untuk dapatkan sebutharga (RFQ).
Melalui sebutharga ini, saya tahu produk apa yang mereka ada (mengikut spesifikasi botol yang saya mahu), berapa MOQ bagi setiap botol tersebut, spesifikasi atau ciri-ciri botol beserta kos. Info ini akan saya guna untuk langkah seterusnya.
Namun, selain dari email dan telefon, saya juga walk-in ke premis pengeluar/pembekal tersebut. Cara ini sebenarnya lebih bagus memandangkan saya boleh dapatkan lebih banyak info dalam satu masa - harga, spesifikasi dan gambar produk (atau katalog)
3. Buat Costing dan Pricing bagi Setiap Produk
Menggunakan excel, saya membuat costing dan kira-kira untuk penetapan harga jualan kepada pelanggan sasaran. Semasa proses ini dibuat, saya juga membuat sedikit market research dan comparison dengan penjual lain supaya harga yang saya tetapkan tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi - supaya saya masih mendapat keuntungan yang selesa.
4. Ambil Gambar dan Buat Keterangan Produk
Saya setup tempat ambil gambar secara lean - hanya menggunakan natural lighting, kamera telefon dan kertas A4 sebagai background (atau kadangkala dinding rumah sahaja). Yang penting, gambar jelas!
5. Pilih Platform Pemasaran Yang Digunakan Oleh Pelanggan Sasaran
Platform yang paling mudah adalah Facebook Page! Untuk produk jenis ini, saya tidak perlu membuat pemasaran secara besar-besaran. Cukup sekadar menggunakan Facebook Page sahaja. Ini kerana, psikologi pelanggan sasaran saya adalah; mereka akan meng-Google nama produk tersebut di facebook search.
Satu tips atau basic mudah apabila menggunakan facebook page sebagai platform pemasaran adalah saya tidak menggunakan nama syarikat atau brand (label) sebagai nama page. Contoh nama bisnes saya adalah Hipac. Hipac adalah perniagaan membekal botol atau bekas kaca dan plastik.
Kedai atau fb page saya namakan adalah 'Pembekal Botol Kaca dan Plastik' dan bukan Hipac. Kerana kenyataannya adalah tiada siapa yang mengenali apa itu Hipac!
6. Kongsi Idea Penggunaan Produk atau Idea Packaging
Kemudian, saya mula berkongsi gambar-gambar produk yang ada beserta spesifikasi. Adakalanya saya akan kongsi gambar beserta spesifikas dan idea-idea packaging untuk produk tersebut. Saya dapati, post yang paling engage adalah posting yang berkongsi idea-idea packaging. Jika dilihat, like untuk setiap posting saya tidaklah mencecah ribuan like, hanya beberapa like sahaja. Tetapi, dengan 'beberapa like' itu sahaja, ia convert kepada beberapa panggilan telefon/whatsapp dan paling penting ia convert kepada pelanggan. Ka-ching!7. Click-to-action
Penting! Setiap posting tersebut mesti ada click-to-action.8. Jualan Pertama!
Invois pertama saya yang menghasilkan keuntungan adalah berjumlah RM414 dengan keuntungan sebanyak 48%9. Ulang. Ulang. Ulang
Jadi, untuk memulakan bisnes pertama, saya tidak memerlukan ecommerce atau kedai online. Cukup dengan facebook sahaja untuk bermula.Good Luck! :)
Kongsikan pengalaman anda memulakan bisnes pertama di ruangan komen atau email ke aziatie.work@gmail.com
Ini Adalah Cara Mudah Buat Semakan CCRIS Tanpa Perlu Ke Bank Negara
Friday, 31 August 2018
Dapat Laporan Lengkap CCRIS Dalam Masa 1 Jam Sahaja!
Beberapa hari lepas, saya sedang membuat semakan untuk membuat permohonan pembelian rumah. Antara dokumen yang diperlukan oleh bank untuk membuat pinjaman perumahan adalah laporan CCRIS - laporan mengenai status kedudukan dan kesihatan kewangan anda.
Untuk makluman anda, laporan CCRIS boleh didapati secara online dengan melayari eccris.bnm.gov.my.
Namun begitu, bagi pengguna berdaftar baru, anda perlu ke Bank Negara atau mana-mana pejabat BNM yang terdekat untuk mendapatkan nombor pin.
Nombor pin ini diperlukan semasa anda membuat pendaftaran pertama kali di laman eccris.
Memandangkan saya kini menetap di luar Kuala Lumpur, untuk ke Bank Negara bagi mendapatkan laporan CCRIS sangat tidak praktikal.
Selepas membuat beberapa carian, akhirnya saya dapati ada cara yang lebih mudah berbanding mendaftar di eccris - iaitu menggunakan sistem MyCreditInfo.
MyCreditInfo adalah satu sistem yang dibangunkan oleh RAM, dimana anda boleh mendapatkan bukan sahaja Laporan CCRIS yang lengkap, malah status kesihatan kewangan anda secara menyeluruh dan juga rating atau skor pemarkahan anda sebagai penghutang. Semuanya dibuat secara online dan dalam masa 1 jam sahaja anda sudah boleh dapat laporan tersebut melalui email. Sangat cepat, jimat dan senang.
Ikuti 3 langkah mudah seperti di bawah:
#1 Daftar akaun di MyCreditInfo
#2 Pilih jenis laporan yang anda perlukan & buat bayaran mengikut jenis laporan
Terdapat 2 jenis laporan dengan harga yang berbeza. Pilih ikut keperluan anda.
Di bawah adalah contoh Personal Credit Report BASIC (PCRB), RM10
Ini pula contoh Personal Credit Report Plus (PCRP), RM15
Selepas bayaran dibuat secara online, anda akan dapat email seperti ini.
#3 Anda akan mendapat laporan CCRIS melalui email
Selepas sejam, anda akan mendapat email susulan bersama lampiran laporan yang anda pilih.Mudah, bukan?
Selain laporan CCRIS, anda juga sebenarnya boleh melindungi data atau MyID anda dari disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Mungkin anda sendiri pernah mengalami situasi di mana anda tidak pernah membuat permohonan kad kredit, tetapi tiba-tiba anda mendapat surat atau panggilan dari bank yang menuntut bayaran. Apabila anda membuat semakan di bank, ternyata memang ada akaun kad kredit yang dibuka dengan nama anda.
Dengan JagaMYID, anda akan diberi notifikasi melalui email jika terdapat apa-apa perubahan maklumat kredit anda secara bulanan.
Kongsikan pandangan atau pengalaman anda menggunakan sistem MyCreditInfo diruangan komen untuk manfaat bersama.
Our ID, our responsibility
Subscribe to:
Posts (Atom)




















Social Icons