Ini Adalah Cara Mudah Buat Semakan CCRIS Tanpa Perlu Ke Bank Negara

Friday, 31 August 2018

Dapat Laporan Lengkap CCRIS Dalam Masa 1 Jam Sahaja!


Beberapa hari lepas, saya sedang membuat semakan untuk membuat permohonan pembelian rumah. Antara dokumen yang diperlukan oleh bank untuk membuat pinjaman perumahan adalah laporan CCRIS - laporan mengenai status kedudukan dan kesihatan kewangan anda.

Untuk makluman anda, laporan CCRIS boleh didapati secara online dengan melayari eccris.bnm.gov.my.



Namun begitu, bagi pengguna berdaftar baru, anda perlu ke Bank Negara atau mana-mana pejabat BNM yang terdekat untuk mendapatkan nombor pin.

Nombor pin ini diperlukan semasa anda membuat pendaftaran pertama kali di laman eccris.

Memandangkan saya kini menetap di luar Kuala Lumpur, untuk ke Bank Negara bagi mendapatkan laporan CCRIS sangat tidak praktikal.

Selepas membuat beberapa carian, akhirnya saya dapati ada cara yang lebih mudah berbanding mendaftar di eccris - iaitu menggunakan sistem MyCreditInfo.

MyCreditInfo adalah satu sistem yang dibangunkan oleh RAM, dimana anda boleh mendapatkan bukan sahaja Laporan CCRIS yang lengkap, malah status kesihatan kewangan anda secara menyeluruh dan juga rating atau skor pemarkahan anda sebagai penghutang. Semuanya dibuat secara online dan dalam masa 1 jam sahaja anda sudah boleh dapat laporan tersebut melalui email. Sangat cepat, jimat dan senang.



Ikuti 3 langkah mudah seperti di bawah:

#1 Daftar akaun di MyCreditInfo




#2 Pilih jenis laporan yang anda perlukan & buat bayaran mengikut jenis laporan



Terdapat 2 jenis laporan dengan harga yang berbeza. Pilih ikut keperluan anda.

Di bawah adalah contoh Personal Credit Report BASIC (PCRB), RM10








Ini pula contoh Personal Credit Report Plus (PCRP), RM15









Selepas bayaran dibuat secara online, anda akan dapat email seperti ini.


#3 Anda akan mendapat laporan CCRIS melalui email

Selepas sejam, anda akan mendapat email susulan bersama lampiran laporan yang anda pilih.


Mudah, bukan?

Selain laporan CCRIS, anda juga sebenarnya boleh melindungi data atau MyID anda dari disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mungkin anda sendiri pernah mengalami situasi di mana anda tidak pernah membuat permohonan kad kredit, tetapi tiba-tiba anda mendapat surat atau panggilan dari bank yang menuntut bayaran. Apabila anda membuat semakan di bank, ternyata memang ada akaun kad kredit yang dibuka dengan nama anda.

Dengan JagaMYID, anda akan diberi notifikasi melalui email jika terdapat apa-apa perubahan maklumat kredit anda secara bulanan.



Kongsikan pandangan atau pengalaman anda menggunakan sistem MyCreditInfo diruangan komen untuk manfaat bersama.

Our ID, our responsibility 

Post a Comment

Latest Instagrams

© nuraziatie. Design by FCD.