Dana Pemfailan Harta Intelek - Mohon Dana Ini Untuk Daftar Trademark Anda Sebelum 31 Julai 2019 (Rabu)!

Saturday, 20 July 2019



Peluang keemasan untuk mereka yang masih belum mendaftar cap dagang (trademark), hakcipta dan reka bentuk untuk perniagaan atau harta intelek anda

Dengan dana ini, anda boleh jimat sehingga RM2,650 (atau lebih) bagi tempoh 10 tahun jika permohonan daftar cap dagang anda diluluskan.

Caranya adalah:

#1 Lengkapkan Borang Permohonan dan Borang TM5


#2 Hantar permohonan yang lengkap sebelum atau pada 31 Julai 2019 (Rabu) ke pejabat MyIPO

atau email permohonan lengkap (Borang Permohonan, Salinan Kad Pengenalan dan Borang TM5) ke dana@myipo.gov.my

#3 Tunggu Makluman dalam masa 3 hingga 6 bulan.

Keputusan permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui email.

Apa yang Berlaku dalam Proses Ini?

1. Permohonan anda akan disaring dan dinilai oleh Urus Setia Dana Pemfailan Harta Intelek. Permohonan yang lengkap sahaja akan dinilai untuk kelulusan. Kelulusan adalah berdasarkan first come first serve basis dan kekosongan kuota dana.

2.  Permohonan yang berjaya akan menerima notifikasi keputusan melalui email. Anda kemudiannya perlu menandatangani Aku Janji Dana sebelum proses pemfailan dibuat. Syarat-syarat sebagaimana dalam Aku Janji Dana perlu dipatuhi.

3. Setelah itu, anda akan dibantu untuk proses seterusnya - iaitu pemfailan. Proses ini dibuat di kaunter MyIPO berdekatan atau di ibu pejabat. Masa ini, anda perlu ke Pesuruhjaya Sumpah (depan ibu pejabat MyIPO) untuk lengkapkan Statutory Declaration untuk proses selanjutnya.

4. Bagi anda yang tidak menerima sebarang notifikasi, boleh hubungi Urus Setia Dana dalam jangka masa tersebut.

Untuk makluman, syarat utama permohonan adalah pemohon mestilah pelajar ataupun belia (40 tahun ke bawah)

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh ke laman sesawang MyIPO.

Kongsikan posting ini dengan rakan-rakan supaya orang kita dapat merebut peluang yang diberikan!

Post a Comment

Latest Instagrams

© nuraziatie. Design by FCD.