Boleh dikatakan setiap 9 per 10 orang dari rakan dan kenalan saya menjalankan perniagaan atau memiliki bisnes sendiri - sama ada secara online ataupun offline.
Manakala bakinya; iaitu 1 per 10 menunjukkan minat untuk mula berniaga.
Soalan yang saya selalu terima adalah; "Macam mana nak jual secara online?" - selalunya soalan ini bukan bermaksud secara literal. Biasanya, ada 10 lagi soalan sebenar disebalik pertanyaan seumpama ini; iaitu:
1. Macam mana nak buat duit tambahan atau paling kurang dapat seperti gaji bulanan yang saya dapat sekarang?
2. Platform jualan yang mana bagus untuk saya mulakan bisnes trading secara retail?
3. Macam mana saya nak dapatkan barangan atau pembekal yang dapat memberikan barangan pada harga yang murah?
4. Macam mana saya nak dapatkan untung tanpa mengeluarkan sebarang modal untuk memulakan bisnes?
5. Barang yang macam mana patut saya jual?
6. Barang apa yang laku keras?
7. Macam mana saya nak setup bisnes di Shopee dan Lazada?
8. Macam mana penghantaran? Bagaimana barangan saya akan sampai kepada pelanggan jika saya guna Shopee?
9. Berapa lama saya boleh dapatkan bayaran setelah saya proses transaksi pelanggan?
10. Berapa keuntungan bersih saya jika saya jual barang X atau Y?
Sebelum menjawab soalan-soalan di atas, suka untuk saya berkongsi, cabang bisnes ini sangat luas sebenarnya. Ia tidak terhad kepada 'menjual secara online' sahaja. Tetapi untuk newbie, berdasarkan pengalaman peribadi saya, 2 bentuk bisnes yang boleh menjana income serta-merta; iaitu bisnes secara trading dan servis
Bisnes Trading atau Servis?
Trading atau menjual barangan adalah salah satu cara mudah untuk dimulakan oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Jualan barangan kepada pengguna atau membekalkan barangan secara pukal kepada peniaga adalah perniagaan berbentuk trading.Ada macam-macam cara untuk buat bisnes trading. Ada yang perlu keluarkan modal untuk dapatkan stok barangan dari pembekal, kemudian jual balik pada harga pasaran. Ada juga yang dapatkan stok barangan secara kredit atau hutang dan bayaran dibuat setelah barangan tersebut dijual atau berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui oleh pembekal/pengeluar. Ada juga yang menjalankan bisnes trading dengan cara mengambil tempahan.
Saya sendiri pernah menjalankan bisnes trading secara tempahan iaitu bisnes membekalkan bekas kaca dan plastik kepada syarikat startup dalam sektor kosmetik dan pengeluar makanan Bagusnya model bisnes ini adalah saya dapat mengurangkan risiko barang tidak laku atau modal mati atau modal tidak dapat dipusing akibat barang tidak laku.
Bagi mereka yang buntu untuk bermula, suka saya untuk berkongsi pengalaman saya supaya anda dapat gambaran awal atau idea. Ini adalah perkara awal yang saya lakukan:
1. Senaraikan pengeluar atau pembekal yang berpontensi.
Antara kriteria yang saya cari adalah:- Pengeluar/pembekal tersebut berada berdekatan - Base saya ketika itu adalah di Ampang. Oleh itu, saya cuba mencari pengeluar atau pembekal yang ada di sekitar Lembah Klang. Saya hanya menggunakan tool yang paling power untuk membuat carian - iaitu Google. Dan kedua adalah Yellow Pages. Saya tidak membuat carian di AliBaba atau AliExpress walaupun saya tahu saya boleh dapatkan barangan yang sapa pada harga jauh lebih murah. Banyak faktor yang perlu diambil kira bagi startup seperti saya. Antaranya tempoh masa yang diambil untuk barang tersebut sampai ke tangan saya, kos tambahan yang bakal dikenakan oleh pihak shipping, risiko barang rosak atau barang yang dihantar tidak mengikut spesifikasi tempahan dan sebagainya.
- Harga yang murah dan boleh beli dalam kuantiti yang kecil - Pelanggan sasaran saya adalah pemilik atau pengeluar set penjagaan kulit secara organik atau handmade serta pengeluar makanan dalam sekala yang kecil. Bagi saya, mudah untuk mendekati golongan ini memandangkan kebiasaannya mereka tidak memiliki pembekal tetap dan kebanyakannya proses procurement dilakukan oleh pemilik sendiri. Kebarangkalian untuk mereka menjadi pelanggan saya adalah tinggi.
2. Dapatkan Sebutharga atau Harga
Setelah saya buat senarai pengeluar/pembekal beserta dengan contact info, saya menghubungi mereka dengan 2 cara; iaitu email dan telefon. Kebiasaannya, saya akan menelefon terlebih dahulu untuk mendapatkan person in charge yang betul. Disamping itu juga saya akan 'mengorek' maklumat mengenai pengeluar/pembekal tersebut sama ada ia menepati ciri-ciri pengeluar/pembekal yang saya inginkan. Apabila saya sudah dapat PIC yang betul, saya akan berurusan direct dengan beliau untuk dapatkan sebutharga (RFQ).
Melalui sebutharga ini, saya tahu produk apa yang mereka ada (mengikut spesifikasi botol yang saya mahu), berapa MOQ bagi setiap botol tersebut, spesifikasi atau ciri-ciri botol beserta kos. Info ini akan saya guna untuk langkah seterusnya.
Namun, selain dari email dan telefon, saya juga walk-in ke premis pengeluar/pembekal tersebut. Cara ini sebenarnya lebih bagus memandangkan saya boleh dapatkan lebih banyak info dalam satu masa - harga, spesifikasi dan gambar produk (atau katalog)
3. Buat Costing dan Pricing bagi Setiap Produk
Menggunakan excel, saya membuat costing dan kira-kira untuk penetapan harga jualan kepada pelanggan sasaran. Semasa proses ini dibuat, saya juga membuat sedikit market research dan comparison dengan penjual lain supaya harga yang saya tetapkan tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi - supaya saya masih mendapat keuntungan yang selesa.
4. Ambil Gambar dan Buat Keterangan Produk
Saya setup tempat ambil gambar secara lean - hanya menggunakan natural lighting, kamera telefon dan kertas A4 sebagai background (atau kadangkala dinding rumah sahaja). Yang penting, gambar jelas!
5. Pilih Platform Pemasaran Yang Digunakan Oleh Pelanggan Sasaran
Platform yang paling mudah adalah Facebook Page! Untuk produk jenis ini, saya tidak perlu membuat pemasaran secara besar-besaran. Cukup sekadar menggunakan Facebook Page sahaja. Ini kerana, psikologi pelanggan sasaran saya adalah; mereka akan meng-Google nama produk tersebut di facebook search.
Satu tips atau basic mudah apabila menggunakan facebook page sebagai platform pemasaran adalah saya tidak menggunakan nama syarikat atau brand (label) sebagai nama page. Contoh nama bisnes saya adalah Hipac. Hipac adalah perniagaan membekal botol atau bekas kaca dan plastik.
Kedai atau fb page saya namakan adalah 'Pembekal Botol Kaca dan Plastik' dan bukan Hipac. Kerana kenyataannya adalah tiada siapa yang mengenali apa itu Hipac!
6. Kongsi Idea Penggunaan Produk atau Idea Packaging
Kemudian, saya mula berkongsi gambar-gambar produk yang ada beserta spesifikasi. Adakalanya saya akan kongsi gambar beserta spesifikas dan idea-idea packaging untuk produk tersebut. Saya dapati, post yang paling engage adalah posting yang berkongsi idea-idea packaging. Jika dilihat, like untuk setiap posting saya tidaklah mencecah ribuan like, hanya beberapa like sahaja. Tetapi, dengan 'beberapa like' itu sahaja, ia convert kepada beberapa panggilan telefon/whatsapp dan paling penting ia convert kepada pelanggan. Ka-ching!7. Click-to-action
Penting! Setiap posting tersebut mesti ada click-to-action.8. Jualan Pertama!
Invois pertama saya yang menghasilkan keuntungan adalah berjumlah RM414 dengan keuntungan sebanyak 48%9. Ulang. Ulang. Ulang
Jadi, untuk memulakan bisnes pertama, saya tidak memerlukan ecommerce atau kedai online. Cukup dengan facebook sahaja untuk bermula.Good Luck! :)
Kongsikan pengalaman anda memulakan bisnes pertama di ruangan komen atau email ke aziatie.work@gmail.com
Post a Comment