Ayam Masak Bawang Tumis

Friday, 30 April 2021

Dalam peti ais saya banyak sangat lebihan tomato puree. Disebabkan tak muat nak letak barang basah yang baru dibeli, terpaksalah tomato puree yang berbaki setengah tin besar dikeluarkan.

Sebab takut rosak, saya masak tomato puree dengan pre-cook bahan tumis (bawang merah, bawang putih dan cili kering) yang dah siap. 

Tambah sikit sos tiram dan sebab dah lewat malam, saya simpan balik dalam peti 😂😂😂

Jadi untuk juadah berbuka nanti fikir nak guna tumisan tomato puree tu untuk masak ayam. Sebelum tu, saya shop idea dulu di vlog che nom dan terjumpa dengan resipi ayam masak bawang (link saya letak kat bawah). Resipi asal yang dikongsi oleh Che Nom adalah:

(A) Bahan-bahan rempah 4 sekawan:

  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

(B) Bahan kisar halus:

  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar

(C) Bahan untuk bawang goreng:

  • 2 biji bawang bombay besar - hiris nipis 

Bahan-bahan lain:

  • 1 ½ cawan minyak masak
  • ½ ekor/ 800g ayam (lumur dengan 1 sudu kecil garam & 1 sudu kecil serbuk kunyit)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 ½ sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kari daging (saya guna rempah cap ayah mat) 
  • ½ sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • ½ sudu kecil serbuk garam masala (saya letak 1 sudu besar rempah sup cap ayah mat jugak) 
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram (tak masuk sebab dah ada dalam tumisan tomato puree)
  • 2 susu besar sos tomato (tak masuk sebab dah ada dalam tumisan tomato puree)
  • air tapisan bahan kisar halus/air biasa
  • garam secukup rasa


Cara masak yang beliau tunjukkan seperti kita masak ayam masak merah atau ayam masak tumis.

Dan ini pula olahan mengikut bahan yang ada didapur saya:

  1. Tumis bahan A seketika. Keluarkan dari minyak.
  2. Kemudian, dari minyak yang sama, tumis pula bahan C hingga kekuningan, jangan garing sangat - keluarkan dan tos bawang tersebut. 
  3. Dari minyak yang sama juga, goreng ayam hingga 3/4 masak. Keluarkan dan tos. 
  4. Keluarkan sedikit minyak tersebut dan masukkan tumisan tomato puree dan bahan-bahan lain - bahan B saya skip sebab dah ada tumisan tomato puree yang saya buat awal-awal
  5. Apabila bahan tersebut dah pecah minyak, masukkan ayam yang dah digoreng dan masak seketika.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang goreng dan sebatikan. Jika nak kuah pekat, masak dengan api kecil dan tutup periuk.
Ini adalah hasilnya! Memang sedap sangat... 




Gambar dari Vlog Che Nom

Link: https://www.youtube.com/watch?v=i6UI53uUSms

Pes Tom Yam Kaw

 



Bahan-bahan kisar halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2-3 biji cili merah besar
  • 5-6 helai daun limau purut
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 cawan pati asam jawa
  • sedikit air jika perlu


Bahan-bahan lain :

  • ½ cawan minyak masak
  • 1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
  • 3 sudu besar sos ikan Thai
  • 1-2 sudu besar gula nisan atau gula melaka

Jus limau nipis dan daun ketumbar letak last sekali

Basque Burnt Cheesecake



Bahan-bahan

  • 500g krim keju
  • ⅔ cawan /150g gula kastor
  • 4 biji telur saiz B (Saiz A 3 biji)
  • 1 cawan /250ml dairy whipping cream
  • 2 sudu besar /15g tepung gandum
  • ¼ sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara

  1. Pukul cream cheese dan gula kastor sampai lembut. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kaup balik.
  2. Masukkan whipping cream. Masukkan tepung gandum, sedikit garam, jus lemon.
  3. Tuangkan dalam loyang yang telah dilapisi 2 lapis baking paper
  4. Bakar dalam suhu 200C selama 45 - 50 minit dalam acuan bulat 8"
Sumber: CheNom



Resipi Ceri Buah Naga 'Cheesecake' - Vegan dan Yummy!!!

 


Bahan untuk Crust (Kisar):

  • 1 cawan pecan
  • 1 cawan mulberi kering
  • 2 cawan kurma
  • 1 tsp cinnamon
  • 1/2 tsp garam himalaya
  • sedikit cacao powder (1 tsp atau lebih sket)
Bahan untuk Filling (Kisar & Tuang atas Crust):

  • 1 cawan dragon fruit merah
  • 2 cawan cashew
  • 3-4 cawan air kelapa
  • 1 tsp psyllium husk
  • 4 biji kurma
  • 1 biji jus limau nipis
  • 2-4 tsp coconut nectar
  • 1/2 sudu kecil garam himalaya
Bahan untuk Glaze (Tuang atas Filling):
  • 2 cawan ceri/strawberry/dragon fruit
  • Dates syrup (banyak)
Sejukkan dalam freezer semalaman. Keluarkan 15 minit lebih awal sebelum dimakan.

Sumber: FullyRawKristina

Khao Mok

Sunday, 25 April 2021

 Resipi Khao Mok Orang Yang Menghargai Waktu (Baca Malas 😂)



Untuk Penyediaan Ayam

1. Ayam perap dengan:

  • Bahan tumbuk: halia + garlic + akar/batang ketumbar + garam 
  • Nampla 1-2 sudu
  • Yogurt kosong (atau susu + limau/cuka)
  • Rempah beriani Ayah Mat

2. Goreng bawang merah

3. Goreng ayam dalam minyak goreng bawang (shallow fry sahaja)


Untuk Penyediaan Nasi

4. Tumis bawang besar (Kak Wea buat dalam pan yang sama masa goreng ayam untuk dapatkan extra flavour)

5. Masuk tomato yang dipotong dadu lepas bawang layu

6. Lepas tomato agak lembik, masuk lebihan rempah perap ayam

7. Bila rempah dah agak-agak wangi, masuk beras, goreng sekejap sampai rempah kering

8. Masuk air

9. Bila beras dah separuh masak, susun ayam bersama bawang goreng

10. Tutup dengan foil atau penutup kuali, reduce heat (mcm masak nasi atas dapur)

* Untuk step 8-10, boleh guna rice cooker atau pressure cooker


Penyediaan Sambal

11. Blend semua bahan, sesuaikan rasa

  • Cili merah + cili api + air + cuka + garam + gula + batang/daun ketumbar
  • Limau kasturi belah dua, buang biji (blend sekali dengan kulit)

Perkongsian resipi oleh kakak ipar, Kak Wea

Latest Instagrams

© nuraziatie. Design by FCD.