Dua (2) Cara Berdoa agar Dikabulkan Sepantas Kilat

Thursday, 24 September 2020



رَبِّ إِنِّى وَهَنَ ٱلۡعَظۡمُ مِنِّى وَٱشۡتَعَلَ ٱلرَّأۡسُ شَيۡبً۬ا وَلَمۡ أَڪُنۢ بِدُعَآٮِٕكَ رَبِّ شَقِيًّ۬ا (٤) وَإِنِّى خِفۡتُ ٱلۡمَوَٲلِىَ مِن وَرَآءِى وَڪَانَتِ ٱمۡرَأَتِى عَاقِرً۬ا فَهَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ وَلِيًّ۬ا (٥) يَرِثُنِى وَيَرِثُ مِنۡ ءَالِ يَعۡقُوبَ‌ۖ وَٱجۡعَلۡهُ رَبِّ رَضِيًّ۬ا 


Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku dan telah putih melepaklah uban kepalaku dan aku wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. (4) Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. (5) Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub dan jadikanlah dia wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai"

Surah Maryam (19) Ayat 4 - 6 



#1 Gunakan Kalimat Indah Yang 'Menyentuh' Allah SWT


Seru Allah menggunakan kalimat yang indah dan menyentuh sebagaimana doa nabi Zakaria. Beliau memohon dan menyeru kepada Allah dengan menyatakan keadaan fizikal dirinya, keyakinannya terhadap Allah yang tidak akan memungkiri janji-Nya, dan keazamannya untuk terus berdoa. Beliau memohon dengan bersungguh-sungguh lebih kurang berbunyi seperti ini; "Ya Allah, aku selalu berdoa kepada-Mu tanpa putus asa, dari mulai menikah sampai rambut beruban, fizik sudah letih, tak pernah berputus asa, aku yakin kau pasti kabulkan, andai sampai...jika sampai beruban belum dikabulkan sampai bila-bila pun akan aku mohon dan tidak putus asa"

#2 Cepat Buat Baik dan Niat Beribadah Kepada Allah SWT


Susuli doa dengan niat kerana Allah 


Contoh 1


Doa untuk Bertaubat dan Memohon Keampunan


"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...

Hamba sedar hamba berbuat banyak maksiat...hingga tidak terkira kesalahan dan dosa-dosa hamba kepada-Mu Ya Allah, tapi hamba yakin akan Engkau yang pernah berjanji bahawa Engkau mengampuni setiap hamba yang bertaubat sebagaimana kalam-Mu...


وَهُوَ ٱلَّذِى يَقۡبَلُ ٱلتَّوۡبَةَ عَنۡ عِبَادِهِۦ وَيَعۡفُواْ عَنِ ٱلسَّيِّـَٔاتِ وَيَعۡلَمُ مَا تَفۡعَلُونَ


Maksudnya: "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan"

Surah al-Syura (42) Ayat 25


Ya Allah, Ya Khaliq (Maha Mencipta)...aku hamba-Mu, yang telah Kau ciptakan dari tanah dan  air yang terpancar, semata-mata untuk beribadah kepadaMu...

dan aku ingin kembali...kembali kepada fitrah kejadianku, kembali kepadaMu...

jika kepada penerima taubat tidak dikabulkan, kepada siapa lagi aku mesti kembali? 

Oleh itu, Ya Allah, Ya Tawwab (Maha Penerima Taubat)... terimalah taubatku, 

Ya Allah, Ya 'Afuw (Maha Pengampun), Ya Ghaffar (Maha Mengampuni)...ampunilah segala dosa-dosaku,

Ya Allah, Ya Waliy (Maha Melindungi), Ya Muhaimin (Maha Menjaga), Ya Hafiz (Maha Pemelihara) ... jagalah aku, bimbinglah aku, redhailah dan kasihilah aku,

Ya Allah, Ya Muiz (Maha Pemberi Kemuliaan)... angkatlah darjatku disisiMu 

Ya Allah, Ya Wahhab (Maha Pemberi yang Memberi Tanpa Batas), Ya Fattahu (Maha Membebaskan) Ya Rozzaq (Maha Pemberi Rezeki)... kurniakanlah kepadaku rezeki yang tidak pernah putus sebagaimana Engkau berikan kepada orang-orang alim dan soleh yang hidup sebelumku dan kepada orang yang Kau kehendaki, kurniakanlah rezeki yang membawa aku dan seluruh ahli keluargaku semakin dekat kepadaMu...

Ya Allah, Ya Mujib (Maha Mengabulkan), Ya Samii' (Maha Mendengar), Ya 'Alim (Maha Mengetahui), Ya Arhamarrohimin



Contoh 2


Doa Ibu atau Pemimpin untuk Anak atau Pimpinannya

"Ya Allah...mereka memang salah, kesalahannya banyak, sampai tidak terkira kesalahannya...tapi jika Engkau ampuni, Engkaulah yang punya sifat Penyayang, tapi sekalipun harus dihukum, mereka hamba-Mu ya Allah..


Untuk mohon ampun dari ibu, gunakan konsep doa yang sama


"Ibu, saya memang salah, kesalahan saya banyak, sampai tidak terkira kesalahan saya terhadap ibu...tapi saya mohon kepada ibu, jika ibu maafkan, ibukan punya sifat kasih sayang, tapi jika ibu mahu marah juga, ini anak ibu, yang ibu tunggu untuk Allah beri kepada ibu sejak bertahun lamanya, yang ibu kandung dari rahim ibu, yang ibu susui, yang ibu jaga, yang ibu besarkan dengan penat lelah, sekarang saya mahu kembali...maafkanlah saya, ibu"


atau gunakan ayat menyentuh ini untuk memohon maaf bagi pihak anak kepada ibunya...


"Puan, apa yang anak puan buat itu memang salah, kesalahan dia mungkin banyak, sampai tidak terkira kesalahannya terhadap puan...tapi saya mohon kepada puan, jika puan maafkan, puan seorang ibu yang punya sifat kasih sayang, tapi jika puan mahu marah juga, dia juga anak puan, yang puan tunggu untuk Allah beri kepada puan sejak bertahun lamanya, yang puan kandung dari rahim puan, yang puan susui, yang puan jaga dengan penuh kasih sayang, yang puan besarkan dengan penat lelah, sekarang dia mahu kembali...maafkanlah dia, redhailah dia"




Contoh 3

Doa Apabila Dianiaya/Berdepan dengan Bahaya atau Kejahatan


Oleh itu, Ya Allah, Ya Malik (Maha Merajai), Ya Jabbar (Maha Perkasa), 


اللهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ

Maksudnya: "Cukupkanlah aku dari kejahatan mereka dengan cara sesuai yang Engkau kehendaki"

Ya Allah, Ya Khaafidh (Maha Menjatuhkan)

Ya Allah, Ya Mujib (Maha Mengabulkan), 

Ya Allah, Ya Samii' (Maha Mendengar), 

Ya Allah, Ya 'Alim (Maha Mengetahui), 

Ya Arhamarrohimin



Lakukan juga ini supaya doa-doa langsung tidak terhijab dan terus dimakbul Allah SWT


إِذۡ قَالَتِ ٱمۡرَأَتُ عِمۡرَٲنَ رَبِّ إِنِّى نَذَرۡتُ لَكَ مَا فِى بَطۡنِى مُحَرَّرً۬ا فَتَقَبَّلۡ مِنِّىٓ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ (٣٥) فَلَمَّا وَضَعَتۡہَا قَالَتۡ رَبِّ إِنِّى وَضَعۡتُہَآ أُنثَىٰ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا وَضَعَتۡ وَلَيۡسَ ٱلذَّكَرُ كَٱلۡأُنثَىٰ‌ۖ وَإِنِّى سَمَّيۡتُہَا مَرۡيَمَ وَإِنِّىٓ أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ ٱلرَّجِيمِ (٣٦) فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ۬ وَأَنۢبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنً۬ا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا‌ۖ كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيۡهَا زَكَرِيَّا ٱلۡمِحۡرَابَ وَجَدَ عِندَهَا رِزۡقً۬ا‌ۖ قَالَ يَـٰمَرۡيَمُ أَنَّىٰ لَكِ هَـٰذَا‌ۖ قَالَتۡ هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ (٣٧)

Maksudnya(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (35) Maka apabila dia melahirkannya, berkatalah dia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki) dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Mariam dan aku perlindungkan dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan). (36) Maka dia (Mariam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Mariam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: Wahai Mariam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini? Mariam menjawab; Ia adalah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira. (37)

Surah Al-Imran (3) Ayat 35 - 37

Mulakan dengan;


(1) Bertaubat, jauhi maksiat, janji untuk perbaiki diri - "Ya Allah, mulai saat ini aku ingin menjadi hamba yang baik dalam pandangan-Mu, mohon bimbing aku"

(2) Tingkatkan Ibadah dari Kebiasaan yang Biasa, siapkan diri untuk meningkatkan ibadah kerana Allah, tingkat ke level tidak biasa...lebih tinggi...contoh jika tak pernah puasa, anda puasa Isnin Khamis, tak pernah tahajjud, mulai tahajjud. Tak ada tempat yang khusus untuk beribadah, jadikan satu ruangan khas dalam rumah kita sebagai mihrab. Disitulah kita sekeluarga sama-sama mengerjakan tahajjud dan sebagainya. 


Sumber: Ustaz Adi Hidayat
Rujukan Asal: https://www.youtube.com/watch?v=pSBBOLitcwk&t=229s

Post a Comment

Latest Instagrams

© nuraziatie. Design by FCD.