30 Muharram 1442H bersamaan 18 September 2020 (Jumaat)
"Sayang, nak tak jika kita try buat pes asam pedas tu 50kg? Agak-agak periuk kita saiz 55 cm tu boleh muat ke?"
"Kalau nak cuba, better buat 20kg dulu", jawab suamiku.
"Kitakan dah try 5kg sebelum ni?" pancingku lagi.
"Ya, tapi buatnya jika 50kg tu tak muat, macam mana?"
Betul juga. Bulan lepas aku ada buat bubur lambuk daging untuk majlis tahlil arwah sepupuku yang meninggal akibat lemas. Guna periuk paling besar yang ada di dapur, 38cm. Aku terpaksa kurangkan air dan guna 2 buah periuk.
-
Hasil:
Pes agak sedikit manis
Langsung tak pedas
Agak cair atau kurang pekat
How to improve next time:
- kurangkan gula jadi 150g
- cili kering biasa 1.5kg, cili kering kerinting 0.5kg
- buat jadi pekat
--
7-8 ekor ikan saiz sederhana
1 pek pes
2 cawan air
Post a Comment