Doa agar Dikurniakan Cahaya Mata
Wednesday, 30 September 2020
#1 Mohon Keampunan - Istighfar & Doa
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Hamba sedar hamba berbuat banyak maksiat...hingga tidak terkira kesalahan dan dosa-dosa hamba kepada-Mu Ya Allah, tapi hamba yakin akan Engkau yang pernah berjanji bahawa Engkau mengampuni setiap hamba yang bertaubat sebagaimana kalam-Mu...
وَهُوَ ٱلَّذِى يَقۡبَلُ ٱلتَّوۡبَةَ عَنۡ عِبَادِهِۦ وَيَعۡفُواْ عَنِ ٱلسَّيِّـَٔاتِ وَيَعۡلَمُ مَا تَفۡعَلُونَ
Maksudnya: "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan"
Surah al-Syura (42) Ayat 25
Ya Allah, Ya Khaliq (Maha Mencipta)...aku hamba-Mu, yang telah Kau ciptakan dari tanah dan air yang terpancar, semata-mata untuk beribadah kepadaMu...
dan aku ingin kembali...kembali kepada fitrah kejadianku, kembali kepadaMu...
jika kepada penerima taubat tidak dikabulkan, kepada siapa lagi aku mesti kembali?
Oleh itu, Ya Allah, Ya Tawwab (Maha Penerima Taubat)... terimalah taubatku,
Ya Allah, Ya 'Afuw (Maha Pengampun), Ya Ghaffar (Maha Mengampuni)...ampunilah segala dosa-dosaku,
Ya Allah, Ya Waliy (Maha Melindungi), Ya Muhaimin (Maha Menjaga), Ya Hafiz (Maha Pemelihara) ... jagalah aku, bimbinglah aku, redhailah dan kasihilah aku,
Ya Allah, Ya Muiz (Maha Pemberi Kemuliaan)... angkatlah darjatku disisiMu
Ya Allah, Ya Wahhab (Maha Pemberi yang Memberi Tanpa Batas), Ya Fattahu (Maha Membebaskan) Ya Rozzaq (Maha Pemberi Rezeki)... kurniakanlah kepadaku rezeki yang tidak pernah putus sebagaimana Engkau berikan kepada orang-orang alim dan soleh yang hidup sebelumku dan kepada orang yang Kau kehendaki, kurniakanlah rezeki yang membawa aku dan seluruh ahli keluargaku semakin dekat kepadaMu...
#2 Mohon Doa Yang Lebih Spesifik
Ya Allah, Ya Mujib (Maha Mengabulkan), Ya Samii' (Maha Mendengar), Ya 'Alim, Ya Arhamarrohimin
Senarai Doa Yang Anda Mesti Minta Dari Allah SWT
Friday, 25 September 2020
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي
أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الأَحَدُ الصَّمَدُ
الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Tuhanku,
aku memohon (pertolongan) kepada-Mu. Aku bersaksi bahwa Engkau adalah Allah.
Tiada tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan
dan tiada dilahirkan, serta tiada apapun yang menyamai-Nya.
#1 Keampunan
Ya Allah,
Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Aku sedar aku berbuat banyak maksiat...hingga tidak terkira kesalahan dan dosa-dosa hamba kepada-Mu Ya Allah, tapi hamba yakin akan Engkau yang pernah berjanji bahawa Engkau mengampuni setiap hamba yang bertaubat.
Ya Allah, Ya Khaliq (Maha Mencipta),
Aku hamba-Mu, yang telah Kau ciptakan dari tanah dan air yang terpancar, semata-mata untuk beribadah kepadaMu...dan aku ingin kembali...kembali kepada fitrah kejadianku, kembali kepadaMu...jika kepada penerima taubat tidak dikabulkan, kepada siapa lagi aku mesti kembali? Oleh itu...
Ya Allah, Ya Tawwab (Maha Penerima Taubat),
terimalah taubatku...
Ya Allah, Ya 'Afuw (Maha Pengampun), Ya Ghaffar (Maha Mengampuni),
ampunilah segala dosa-dosaku,
Ya Allah, Ya Waliy (Maha Melindungi), Ya Muhaimin (Maha Menjaga), Ya Hafiz (Maha Pemelihara),
jagalah kami, bimbinglah kami, redhailah dan kasihilah kami...tetapkanlah hati-hati kami diatas Islam
Ya Allah, Ya Muiz (Maha Pemberi Kemuliaan),
angkatlah darjat kami disisiMu
Ya Allah, Ya Wahhab (Maha Pemberi yang Memberi Tanpa Batas), Ya Fattahu (Maha Membebaskan) Ya Rozzaq (Maha Pemberi Rezeki),
kurniakanlah kepada kami rezeki yang tidak pernah putus sebagaimana Engkau berikan kepada orang-orang alim dan soleh yang hidup sebelum kami dan kepada orang yang Kau kehendaki, kurniakanlah rezeki yang membawa kami dan seluruh ahli keluarga kami semakin dekat kepadaMu...
#2 Akhirat
1. Syurga Tanpa Hisab & Azab
- Melihat Wajah Allah
- Bersama Rasulullah SAW, sahabat, solihin, syuhada, keluarga
- Beroleh nikmat syurga
#3 Mati
- Taubat Sebelum Mati
- Mati dalam husnul khatimah
- Mati dijauhkan dari fitnah
- Dapat bersyahadah - La ilaha illallah, muhammadur rasulullah
- Mati saat berjihad di jalan Allah
- Dilapangkan kubur - jadikan kuburku tempat istirehat, dan sebahagian dari taman-taman syurga, bercahaya dan terang benderang dan dinampakkan tempat tinggalku disyurga kelak
#4 Hidup di Dunia
1.
Perbaiki Hidup
“Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu dari kekhawatiran dan kesedihan dan saya berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan dan saya berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, dan saya berlindung kepada-Mu dari keutamaan agama dan menaklukkan orang-orang berkata, Saya dapat melakukannya, Tuhan Yang Mahaperkasa lagi Maha Mulia, dan telah melunasi hutangku kepadaku.” (HR Daud)
Bebas Hutang 2
[Doa yang diajarkan kepada Ali bin Abi Thalib RA]
Catatan:
- Ustaz Adi Hidayat dalam ceramahnya (https://www.youtube.com/watch?v=GU59no0BBrw) menganjurkan supaya diperbanyakkan doa ini pada hari jumaat waktu mustajab doa - iaitu antara khutbah dan ATAU selepas asar
Bebas Hutang 3
2.
Lapangan Ibadah
- Dikurniakan sakinah & mawaddah (ketenangan) dalam keluarga dan ibadah
3.
Rezeki
- Rezeki yang berkat,
- Rezeki yang tak pernah putus umpama air zam zam-Mu yang bertebaran diseluruh pelusuk bumi sejak zaman berzaman,
- Rezeki yang membawa kami ke arah kebaikan,
- Rezeki yang membawa kami semakin dekat kepada-Mu,
- Rezeki yang membawa kami ke Syurga Firdaus, tanpa hisab dan tanpa azab,
- Rezeki yang menjauhkan kami dari kemurkaan-MU serta azab kubur dan api neraka,
- Rezeki yang langsung tidak disangka-sangka,
- Rezeki yang menjangkau akal fikiran,
- Rezeki yang boleh membantu kami dalam jalan dakwah dan jihad serta perkembangan Islam di negara ini dan negara-negara lain,
- Rezeki yang boleh membantu saudara-saudara kami yang sedang berjuang dan berjihad di jalan-Mu,
- Rezeki yang boleh membantu saudara-saudara kami di Palestine, yang telah kehadapan menjadi wakil kami, yang telah membenteng badan mereka, keluarga mereka, rumah-rumah mereka menjadi bantaian kekejaman musuh-musuh-Mu demi mempertahankan Islam di bumi Palestine Engkau rahmati dan berkati;
- Rezeki yang membawa kami, ibubapa kami, adik-beradik kami, pasangan-pasangan kami, anak-anak kami, saudara-saudara kami, guru-guru kami, jiran-jiran kami, muslimin dan muslimat ke Syurga Firdaus-Mu, tanpa hisab dan tanpa azab
Dikurniakan Kesihatan
Dikurniakan Keselamatan
Pernah suatu ketika, Nabi Muhammad S.A.W pernah terdengar seorang lelaki berdoa dgn doa yg dimulakan dgn nama Allah, Nabi Muhammad S.A.W berkata; Barangsiapa membaca doa ini, maka doanya tidak akan ditolak
Amalkan doa ini:
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي
أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الأَحَدُ الصَّمَدُ
الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Tuhanku, aku memohon (pertolongan) kepada-Mu. Aku bersaksi bahwa Engkau adalah Allah. Tiada tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan, serta tiada apapun yang menyamai-Nya.
Dua (2) Cara Berdoa agar Dikabulkan Sepantas Kilat
Thursday, 24 September 2020
رَبِّ إِنِّى وَهَنَ ٱلۡعَظۡمُ مِنِّى وَٱشۡتَعَلَ ٱلرَّأۡسُ شَيۡبً۬ا وَلَمۡ أَڪُنۢ بِدُعَآٮِٕكَ رَبِّ شَقِيًّ۬ا (٤) وَإِنِّى خِفۡتُ ٱلۡمَوَٲلِىَ مِن وَرَآءِى وَڪَانَتِ ٱمۡرَأَتِى عَاقِرً۬ا فَهَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ وَلِيًّ۬ا (٥) يَرِثُنِى وَيَرِثُ مِنۡ ءَالِ يَعۡقُوبَۖ وَٱجۡعَلۡهُ رَبِّ رَضِيًّ۬ا
Surah Maryam (19) Ayat 4 - 6
#1 Gunakan Kalimat Indah Yang 'Menyentuh' Allah SWT
#2 Cepat Buat Baik dan Niat Beribadah Kepada Allah SWT
Contoh 1
Doa untuk Bertaubat dan Memohon Keampunan
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Hamba sedar hamba berbuat banyak maksiat...hingga tidak terkira kesalahan dan dosa-dosa hamba kepada-Mu Ya Allah, tapi hamba yakin akan Engkau yang pernah berjanji bahawa Engkau mengampuni setiap hamba yang bertaubat sebagaimana kalam-Mu...
وَهُوَ ٱلَّذِى يَقۡبَلُ ٱلتَّوۡبَةَ عَنۡ عِبَادِهِۦ وَيَعۡفُواْ عَنِ ٱلسَّيِّـَٔاتِ وَيَعۡلَمُ مَا تَفۡعَلُونَ
Maksudnya: "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan"
Surah al-Syura (42) Ayat 25
Ya Allah, Ya Khaliq (Maha Mencipta)...aku hamba-Mu, yang telah Kau ciptakan dari tanah dan air yang terpancar, semata-mata untuk beribadah kepadaMu...
dan aku ingin kembali...kembali kepada fitrah kejadianku, kembali kepadaMu...
jika kepada penerima taubat tidak dikabulkan, kepada siapa lagi aku mesti kembali?
Oleh itu, Ya Allah, Ya Tawwab (Maha Penerima Taubat)... terimalah taubatku,
Ya Allah, Ya 'Afuw (Maha Pengampun), Ya Ghaffar (Maha Mengampuni)...ampunilah segala dosa-dosaku,
Ya Allah, Ya Waliy (Maha Melindungi), Ya Muhaimin (Maha Menjaga), Ya Hafiz (Maha Pemelihara) ... jagalah aku, bimbinglah aku, redhailah dan kasihilah aku,
Ya Allah, Ya Muiz (Maha Pemberi Kemuliaan)... angkatlah darjatku disisiMu
Ya Allah, Ya Wahhab (Maha Pemberi yang Memberi Tanpa Batas), Ya Fattahu (Maha Membebaskan) Ya Rozzaq (Maha Pemberi Rezeki)... kurniakanlah kepadaku rezeki yang tidak pernah putus sebagaimana Engkau berikan kepada orang-orang alim dan soleh yang hidup sebelumku dan kepada orang yang Kau kehendaki, kurniakanlah rezeki yang membawa aku dan seluruh ahli keluargaku semakin dekat kepadaMu...
Ya Allah, Ya Mujib (Maha Mengabulkan), Ya Samii' (Maha Mendengar), Ya 'Alim (Maha Mengetahui), Ya Arhamarrohimin
Contoh 2
Doa Ibu atau Pemimpin untuk Anak atau Pimpinannya
"Ya Allah...mereka memang salah, kesalahannya banyak, sampai tidak terkira kesalahannya...tapi jika Engkau ampuni, Engkaulah yang punya sifat Penyayang, tapi sekalipun harus dihukum, mereka hamba-Mu ya Allah..
Untuk mohon ampun dari ibu, gunakan konsep doa yang sama
"Ibu, saya memang salah, kesalahan saya banyak, sampai tidak terkira kesalahan saya terhadap ibu...tapi saya mohon kepada ibu, jika ibu maafkan, ibukan punya sifat kasih sayang, tapi jika ibu mahu marah juga, ini anak ibu, yang ibu tunggu untuk Allah beri kepada ibu sejak bertahun lamanya, yang ibu kandung dari rahim ibu, yang ibu susui, yang ibu jaga, yang ibu besarkan dengan penat lelah, sekarang saya mahu kembali...maafkanlah saya, ibu"
atau gunakan ayat menyentuh ini untuk memohon maaf bagi pihak anak kepada ibunya...
"Puan, apa yang anak puan buat itu memang salah, kesalahan dia mungkin banyak, sampai tidak terkira kesalahannya terhadap puan...tapi saya mohon kepada puan, jika puan maafkan, puan seorang ibu yang punya sifat kasih sayang, tapi jika puan mahu marah juga, dia juga anak puan, yang puan tunggu untuk Allah beri kepada puan sejak bertahun lamanya, yang puan kandung dari rahim puan, yang puan susui, yang puan jaga dengan penuh kasih sayang, yang puan besarkan dengan penat lelah, sekarang dia mahu kembali...maafkanlah dia, redhailah dia"
Ya Allah, Ya Khaafidh (Maha Menjatuhkan)
Ya Allah, Ya Mujib (Maha Mengabulkan),
Ya Allah, Ya Samii' (Maha Mendengar),
Ya Allah, Ya 'Alim (Maha Mengetahui),
Ya Arhamarrohimin
Lakukan juga ini supaya doa-doa langsung tidak terhijab dan terus dimakbul Allah SWT
Asam Pedas Chicha #2: Pertama Kali Masak Pes Asam Pedas sebanyak 20kg
Friday, 18 September 2020
30 Muharram 1442H bersamaan 18 September 2020 (Jumaat)
"Sayang, nak tak jika kita try buat pes asam pedas tu 50kg? Agak-agak periuk kita saiz 55 cm tu boleh muat ke?"
"Kalau nak cuba, better buat 20kg dulu", jawab suamiku.
"Kitakan dah try 5kg sebelum ni?" pancingku lagi.
"Ya, tapi buatnya jika 50kg tu tak muat, macam mana?"
Betul juga. Bulan lepas aku ada buat bubur lambuk daging untuk majlis tahlil arwah sepupuku yang meninggal akibat lemas. Guna periuk paling besar yang ada di dapur, 38cm. Aku terpaksa kurangkan air dan guna 2 buah periuk.
-
Hasil:
Pes agak sedikit manis
Langsung tak pedas
Agak cair atau kurang pekat
How to improve next time:
- kurangkan gula jadi 150g
- cili kering biasa 1.5kg, cili kering kerinting 0.5kg
- buat jadi pekat
--
7-8 ekor ikan saiz sederhana
1 pek pes
2 cawan air
Social Icons