"Tie Letak Apa Dalam Lassi Mangga ni?"
Monday, 18 May 2020
MANGO LASSI LEBAM? 😫
"Tie letak apa apa dalam ni? Bau dan rasa dia lain dari biasa yang Tie buat", tanya si suami sambil terus meneguk laju cecair kuning terang dalam gelas kaca. Dengan gaya dia minum andai letak 5 gelas pon boleh licin dengan sekali jeling ni.
"Macam biasa je, tak ada letak minyak senyonyong ke apa pun. Tie blend setengah biji mangga lemak manis dan mangga che ana, 3-4 sudu plain yogurt, 2 sudu susu pekat sikit, segelas air kosong dan lemon. Tu je", ujar aku tersengih sambil terus menyuapkan nasi ke mulut.
"Betullah, rasa lagi lemak dan sedap. Langsung tak muak walaupun pekat betul", pancing suami, tak puas hati dengan peneranganku tadi.
"Kan dah bagitahu tadi", kali ni nada suara aku hanya bersahaja. Sambil terus mencedok kuah asam pedas ke dalam pinggan nasi.
Dia hanya senyum dan diam. Meneruskan minumannya tanpa menjamah walau sebiji nasi yang terhidang di atas meja.
"Yela, ni ha. Tie letak ni", kataku sambil meletakkan satu botol bewarna kuning bersaiz kecil dihadapannya.
"Patutlah rasa lain betul. Lagi sedap dari biasa tie buat. Serious!", nada suaranya berbaur rasa puas hati. Telahannya mengena. Hebat betul lidah orang peminum kopi tegar ni. Boleh beza rasa perahan jus lemon dari buah dengan Lemon Essential Oil (EO).
"Memanglah, sayang oii..letak setitik dua je memang terus bangkit rasa lassi tu. Mango tu pon tak berubah warna jadi kusam atau lebam. Sebabnya antioksida dalam EO lemon ni sangat tinggi.
Kalau sayang nak tahu, sebotol EO lemon diektrak dari 70 biji lemon, tau!
Selain tu, EO lemon ni bantu melancarkan penghadaman, elok sangat kalau jenis yang sembelit. Nak-nak bulan puasa ni. Sekaligus boleh singkirkan toksin dari badan tau!
Nak study atau mengaji tafsir quran Ibnu Kathir pun elok. Boleh meningkatkan fokus dan mood cergas. Rasa refresh je. Tak adalah setiap kali belek halaman menguap sampai 10 kali.
Kalau campur dalam night cream boleh buat kulit yang ada kesan terbakar sebab berjemur lebih cerah tau", panjang lebar aku kongsi kebaikan EO lemon yang aku tahu.
"Tu, tak nak makan ke nasi tu. Bak sinilah, biar Tie habiskan. Rasa sedap pula nasi ni makan dengan ikan asam pedas"
"Boleh, kita buat sistem barter, Tie ambil nasi, abang ambil lassi Tie"
Usul dia aku sambut dengan hanya satu jelingan maut
😒
...
Nota: Letak Orange Essential Oil pon sedap!!
Bread & Cheese Pudding
Wednesday, 13 May 2020
![]() |
BREAD & BUTTER PUDDING♥♥♥♥♥ |
Bahan-bahan
(4 orang makan)
• 5-6 keping roti
• 250 ml susu uht@ fresh milk
• 150 ml whip@fresh cream
• 3 biji telur
• 60 gm gula castor
• 60 gm cheese
• 30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
• butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
• 1 sudu kecil esen vanilla
Penyediaan
- Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream, cheese and esen vanilla dan pukul sebati.susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.lapisan roti dan lapisan adunan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi.
- Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 25 minit.(ikut oven masing2)
Sotong Bakar Thai
Sunday, 3 May 2020
🦑🦑Sotong Bakar Thai 🦑🦑
Bahan 2 :
Sotong saiz besar
Isi Udang segemgam
Telur 1 biji
Bahan Sos:
5 ulas Cili kecil
4 sudu Gula
secubit Garam
3 sudu Cuka makan
3 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
sedikit air
Hirisan daun ketumbar
Bahan kisar utk inti:
1 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 hirisan Halia
Cara2 buat inti:
Hancurkan isi udang & Gaul dgn telur & bahan Kisar
Cara sumbat:
Sumbat inti tadi dlm sotong.Ambil lidi atau apa shj yg blh cucuk utk tutup sotong & kepala bersatu.
Cara2 masak sotong:
Bakar sotong sumbat tadi,(sy guna pemanggang ajaib shj) kemudian bila sudah masak potong sedikit tp buat jgn bagi terpisah.
Cara2Buat Sos:
Tumis semua Bahan. Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Cara2 hidangan:
Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis& Siap utk dimakan. 😋
Bahan 2 :
Sotong saiz besar
Isi Udang segemgam
Telur 1 biji
Bahan Sos:
5 ulas Cili kecil
4 sudu Gula
secubit Garam
3 sudu Cuka makan
3 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
sedikit air
Hirisan daun ketumbar
Bahan kisar utk inti:
1 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 hirisan Halia
Cara2 buat inti:
Hancurkan isi udang & Gaul dgn telur & bahan Kisar
Cara sumbat:
Sumbat inti tadi dlm sotong.Ambil lidi atau apa shj yg blh cucuk utk tutup sotong & kepala bersatu.
Cara2 masak sotong:
Bakar sotong sumbat tadi,(sy guna pemanggang ajaib shj) kemudian bila sudah masak potong sedikit tp buat jgn bagi terpisah.
Cara2Buat Sos:
Tumis semua Bahan. Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Cara2 hidangan:
Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis& Siap utk dimakan. 😋
Mufin Raspberi & Blueberi
Saturday, 2 May 2020
preparation time: 15 mins
cooking time: 25 mins
Serving 10 jumbo size
Bahan-bahan:
300gm (2 cawan) tepung naik sendiri
155gm (3/4 cawan) gula perang
150gm frozen blueberries
150gm frozen raspberries
250ml (1 cawan) buttermilk
60ml (1/4 cawan) minyak sayur
1 biji telur - whisked
cara:
1. panaskan oven pada suhu 190C dan aturkan 10 cawan muffin cup ke dalam muffin pan. ketepikan
2. satukan tepung dan gula di dalam mangkuk besar
3. masukkan blueberries dan raspberries dan kacau sebati supaya ianya bersalut dengan adunan tepung
4. campurkan buttermilk, minyak dan telur, kacau dengan spatula sehingga sebati tetapi jangan overmix nanti adunan jadi keras
5. letakkan adunan ke dalam acuan muffin dan bakar selama 25 min atau sehingga masak
6. alihkan muffin dari acuan pembakar dan biarkan sejuk pada suhu bilik. hidangkan
7. boleh disimpan di dalam bekas kedap udara dan tahan selama 1 hari
note: kalau tak ada raspberry bolehlah letakkan sukatan 300gm frozen blueberries
Bahan-bahan (4 org mkn )
- 5-6 keping roti
- 250 ml susu uht@ fresh milk
- 150 ml whipping atau fresh cream
- 3 biji telur
- 60 gm gula castor
- 60 gm cream cheese
- 30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
- butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
- 1 sudu kecil esen vanilla
Penyediaan
- Telur dan gula di pukul hingga gula hancur.
- Tambah susu, whipping cream, cream cheese, esen vanila dan kacau sebati.
- Susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.
- Tuang bancuhan susu tadi. Tabur gula castor dan serbuk kulit kayu manis di atas roti adunan sebelum dibakar
- Bakar di dalam preheated oven pada suhu 180 c secara water bath (letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 25 minit.(ikut oven masing2)
Ayam Goreng Rangup Berempah
Friday, 1 May 2020
Perapan Ayam
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit
- Ketumbar
- Jintan manis
- Jintan putih
- Daun limau purut
- Daun kari
- Serbuk kari
- Serbuk cili
- Sos tiram
- Kicap
- Serai
- Garam
- Limau nipis
- Telur
Tepung
- Tepung gandum
- Tepung jagung
- Ketumbar
- Jintan manis
- Jintan putih
- Serbuk kari
- Serbuk kunyit
- Ambil 1/4 dari tepung untuk buat tepung basah iaitu dicampurkan terus dalam perapan ayam dan gaul sebati
- 3/4 dari tepung buat tepung kering atau celupan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons