posts in Usahawan

Kepimpinan - Tanggungjawab sebagai Sponsor

Saturday, 27 June 2020


Ini Langkah Mudah Untuk Menyertai Program 'FREE 5kg Shipping' di Shopee

Tuesday, 26 February 2019

4 Sebab Kenapa Anda Perlu Menyertai Program Ini


#1 Penghantaran Percuma


Salah satu cara mudah untuk menarik pelanggan membeli di kedai anda adalah dengan mengenakan kos penghantaran serendah yang boleh.

Pada masa yang sama, anda boleh membantu mereka untuk berjimat sehingga RM20.96* (bersamaan 81% dari jumlah asal) bagi setiap penghantaran!

Lihat pengiraan ini:

Penghantaran barangan seberat 5kg ke Zon 2 adalah seperti berikut:

poslaju rate by zones
Menggunakan perkhidmatan PosLaju seperti biasa, pelanggan anda perlu membayar sebanyak RM26* bagi setiap parcel dengan berat 5kg.

Tetapi, dengan menggunakan Shopee Free 5kg Free Shipping Program, pelanggan anda hanya perlu membayar RM5.04 untuk barang yang sama!

Sangat Jimat!!

#2 Serahan di Kaunter Tanpa Bayaran Awal


Anda boleh menjimatkan masa anda dari beratur panjang semata-mata untuk membuat serahan di Kaunter.

Kebanyakan pejabat PosLaju mempunyai drive-tru seperti McDonalds & Starbucks!

Anda hanya perlu menyerahkan parcel anda melalui tingkap. Jangan lupa untuk menyimpan satu (1) salinan yang tertulis " Salinan Pengirim' pada bahagian bawah sebelah kanan di Waybill. Bagi sesetengah Courier seperti Skynet, mereka akan cop tarikh penerimaan parcel pada salinan pengirim sebelum salinan tersebut dikembalikan kepada anda. Salah satu sebabnya adalah untuk mengelakkan sebarang claim oleh syarikat pengendali seperti Shopee atau Lazada menolak tuntutan anda sekiranya barang anda tidak sampai kepada pembeli.

Sebelum ini, saya menggunakan perkhidmatan Lazada (dengan Skynet sebagai shipping partner), saya telah berdepan dengan beberapa masalah di mana pelanggan saya tidak menerima parcel yang telah saya hantar. Apabila saya merujuk atau report kepada Lazada, mereka akan meminta saya memberi salinan waybill yang telah dicop tarikh penerimaan oleh Skynet. Jika saya gagal berbuat demikian, maka susah bagi saya membuktikah kesilapan tersebut berlaku bukan kerana kelalaian saya. Sehingga artikel ini ditulus, PosLaju masih tidak mempraktis prosedur ini.

#3 Anda Tidak Perlu Lagi Mengisi Borang Consignment Secara Manual



#4 Combine Shipping Support



Ini adalah langkah-langkah mudah untuk anda menyertai program ini.

#1 Klik link ini untuk mendaftar >> http://bit.ly/2EvRWTl << 

#2 

Perlukah Saya Setup Ecommerce atau Kedai Online Sendiri Untuk Memulakan Bisnes?

Monday, 24 December 2018


Boleh dikatakan setiap 9 per 10 orang dari rakan dan kenalan saya menjalankan perniagaan atau memiliki bisnes sendiri - sama ada secara online ataupun offline.

Manakala bakinya; iaitu 1 per 10 menunjukkan minat untuk mula berniaga.

Soalan yang saya selalu terima adalah; "Macam mana nak jual secara online?" - selalunya soalan ini bukan bermaksud secara literal. Biasanya, ada 10 lagi soalan sebenar disebalik pertanyaan seumpama ini; iaitu:

1. Macam mana nak buat duit tambahan atau paling kurang dapat seperti gaji bulanan yang saya dapat sekarang?

2. Platform jualan yang mana bagus untuk saya mulakan bisnes trading secara retail?

3. Macam mana saya nak dapatkan barangan atau pembekal yang dapat memberikan barangan pada harga yang murah?

4. Macam mana saya nak dapatkan untung tanpa mengeluarkan sebarang modal untuk memulakan bisnes?

5. Barang yang macam mana patut saya jual?

6. Barang apa yang laku keras?

7. Macam mana saya nak setup bisnes di Shopee dan Lazada?

8. Macam mana penghantaran? Bagaimana barangan saya akan sampai kepada pelanggan jika saya guna Shopee?

9. Berapa lama saya boleh dapatkan bayaran setelah saya proses transaksi pelanggan?

10. Berapa keuntungan bersih saya jika saya jual barang X atau Y?

Sebelum menjawab soalan-soalan di atas, suka untuk saya berkongsi, cabang bisnes ini sangat luas sebenarnya. Ia tidak terhad kepada 'menjual secara online' sahaja. Tetapi untuk newbie, berdasarkan pengalaman peribadi saya, 2 bentuk bisnes yang boleh menjana income serta-merta; iaitu bisnes secara trading dan servis

Bisnes Trading atau Servis?

Trading atau menjual barangan adalah salah satu cara mudah untuk dimulakan oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Jualan barangan kepada pengguna atau membekalkan barangan secara pukal kepada peniaga adalah perniagaan berbentuk trading.

Ada macam-macam cara untuk buat bisnes trading. Ada yang perlu keluarkan modal untuk dapatkan stok barangan dari pembekal, kemudian jual balik pada harga pasaran. Ada juga yang dapatkan stok barangan secara kredit atau hutang dan bayaran dibuat setelah barangan tersebut dijual atau berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui oleh pembekal/pengeluar. Ada juga yang menjalankan bisnes trading dengan cara mengambil tempahan.

Saya sendiri pernah menjalankan bisnes trading secara tempahan iaitu bisnes membekalkan bekas kaca dan plastik kepada syarikat startup dalam sektor kosmetik dan pengeluar makanan Bagusnya model bisnes ini adalah saya dapat mengurangkan risiko barang tidak laku atau modal mati atau modal tidak dapat dipusing akibat barang tidak laku.

Bagi mereka yang buntu untuk bermula, suka saya untuk berkongsi pengalaman saya supaya anda dapat gambaran awal atau idea. Ini adalah perkara awal yang saya lakukan:

1. Senaraikan pengeluar atau pembekal yang berpontensi.

Antara kriteria yang saya cari adalah:
  1. Pengeluar/pembekal tersebut berada berdekatan - Base saya ketika itu adalah di Ampang. Oleh itu, saya cuba mencari pengeluar atau pembekal yang ada di sekitar Lembah Klang. Saya hanya menggunakan tool yang paling power untuk membuat carian - iaitu Google. Dan kedua adalah Yellow Pages. Saya tidak membuat carian di AliBaba atau AliExpress walaupun saya tahu saya boleh dapatkan barangan yang sapa pada harga jauh lebih murah. Banyak faktor yang perlu diambil kira bagi startup seperti saya. Antaranya tempoh masa yang diambil untuk barang tersebut sampai ke tangan saya, kos tambahan yang bakal dikenakan oleh pihak shipping, risiko barang rosak atau barang yang dihantar tidak mengikut spesifikasi tempahan dan sebagainya. 
  2. Harga yang murah dan boleh beli dalam kuantiti yang kecil - Pelanggan sasaran saya adalah pemilik atau pengeluar set penjagaan kulit secara organik atau handmade serta pengeluar makanan dalam sekala yang kecil. Bagi saya, mudah untuk mendekati golongan ini memandangkan kebiasaannya mereka tidak memiliki pembekal tetap dan kebanyakannya proses procurement dilakukan oleh pemilik sendiri. Kebarangkalian untuk mereka menjadi pelanggan saya adalah tinggi.

2. Dapatkan Sebutharga atau Harga


Setelah saya buat senarai pengeluar/pembekal beserta dengan contact info, saya menghubungi mereka dengan 2 cara; iaitu email dan telefon. Kebiasaannya, saya akan menelefon terlebih dahulu untuk mendapatkan person in charge yang betul. Disamping itu juga saya akan 'mengorek' maklumat mengenai pengeluar/pembekal tersebut sama ada ia menepati ciri-ciri pengeluar/pembekal yang saya inginkan. Apabila saya sudah dapat PIC yang betul, saya akan berurusan direct dengan beliau untuk dapatkan sebutharga (RFQ).

Melalui sebutharga ini, saya tahu produk apa yang mereka ada (mengikut spesifikasi botol yang saya mahu), berapa MOQ bagi setiap botol tersebut, spesifikasi atau ciri-ciri botol beserta kos. Info ini akan saya guna untuk langkah seterusnya.

Namun, selain dari email dan telefon, saya juga walk-in ke premis pengeluar/pembekal tersebut. Cara ini sebenarnya lebih bagus memandangkan saya boleh dapatkan lebih banyak info dalam satu masa - harga, spesifikasi dan gambar produk (atau katalog)

3. Buat Costing dan Pricing bagi Setiap Produk


Menggunakan excel, saya membuat costing dan kira-kira untuk penetapan harga jualan kepada pelanggan sasaran. Semasa proses ini dibuat, saya juga membuat sedikit market research dan comparison dengan penjual lain supaya harga yang saya tetapkan tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi - supaya saya masih mendapat keuntungan yang selesa.

4. Ambil Gambar dan Buat Keterangan Produk


Saya setup tempat ambil gambar secara lean - hanya menggunakan natural lighting, kamera telefon dan kertas A4 sebagai background (atau kadangkala dinding rumah sahaja). Yang penting, gambar jelas!

5. Pilih Platform Pemasaran Yang Digunakan Oleh Pelanggan Sasaran


Platform yang paling mudah adalah Facebook Page! Untuk produk jenis ini, saya tidak perlu membuat pemasaran secara besar-besaran. Cukup sekadar menggunakan Facebook Page sahaja. Ini kerana, psikologi pelanggan sasaran saya adalah; mereka akan meng-Google nama produk tersebut di facebook search.

Satu tips atau basic mudah apabila menggunakan facebook page sebagai platform pemasaran adalah saya tidak menggunakan nama syarikat atau brand (label) sebagai nama page. Contoh nama bisnes saya adalah Hipac. Hipac adalah perniagaan membekal botol atau bekas kaca dan plastik.

Kedai atau fb page saya namakan adalah 'Pembekal Botol Kaca dan Plastik' dan bukan Hipac. Kerana kenyataannya adalah tiada siapa yang mengenali apa itu Hipac!

6. Kongsi Idea Penggunaan Produk atau Idea Packaging

Kemudian, saya mula berkongsi gambar-gambar produk yang ada beserta spesifikasi. Adakalanya saya akan kongsi gambar beserta spesifikas dan idea-idea packaging untuk produk tersebut. Saya dapati, post yang paling engage adalah posting yang berkongsi idea-idea packaging. Jika dilihat, like untuk setiap posting saya tidaklah mencecah ribuan like, hanya beberapa like sahaja. Tetapi, dengan 'beberapa like' itu sahaja, ia convert kepada beberapa panggilan telefon/whatsapp dan paling penting ia convert kepada pelanggan. Ka-ching!

7. Click-to-action

Penting! Setiap posting tersebut mesti ada click-to-action.

8. Jualan Pertama!

Invois pertama saya yang menghasilkan keuntungan adalah berjumlah RM414 dengan keuntungan sebanyak 48%

9. Ulang. Ulang. Ulang

Jadi, untuk memulakan bisnes pertama, saya tidak memerlukan ecommerce atau kedai online. Cukup dengan facebook sahaja untuk bermula.


Good Luck! :)

Kongsikan pengalaman anda memulakan bisnes pertama di ruangan komen atau email ke aziatie.work@gmail.com


Bisnes Pertama Yang Saya Buat Selepas Berhenti Kerja

Thursday, 19 April 2018



Saya memilih untuk menjalankan bisnes jenis B2B memandangkan ia adalah satu cabang bisnes yang pernah saya ceburi sebelum ini.

Hanya berbeza dari segi produk sahaja.


3 sebab mudah kenapa saya memilih bisnes jenis ini adalah:

1. Senang untuk Mula


Proses untuk mentality shifting selepas berhenti dari makan gaji agak mencabar dan memenatkan. Jadi, pemilihan bisnes pertama untuk eksperimentasi tentulah berdasarkan risiko yang rendah. Jika eksperimen tidak menjadi, paling tidak kos yang terbakar adalah dalam jangkaan dan dapat diterima dengan mudah.

2. Pasaran yang Matang & Produk Yang Sentiasa ada Demand

Hipac adalah bisnes yang membekalkan barangan seperti botol kaca & plastik, plastik kurier, sticker dan pakejing lain.

Waktu pertama kali saya mula, saya memerhati pasaran kecantikan dan makanan tumbuh dengan sangat rancak. Masing-masing berlumba-lumba untuk membuat produk atau label sendiri. 

Mereka adalah target market Hipac.

3. Kos Pemasaran yang Rendah (Hampir Kosong)

Tempat saya beraksi, atau platform untuk dapatkan pelanggan hanya dengan facebook page dengan kos pemasaran RM0.

Barangan keperluan, lebih-lebih lagi untuk bisnes lain tidak memerlukan kos pemasaran yang besar. Berbanding bisnes jenis retail (runcit). Margin yang sangat rendah tetapi volume juga rendah.

Contohnya, jika menjadi ejen bagi satu-satu produk kecantikan, margin adalah 20-30%. Setiap sasaran pelanggan tak mungkin akan beli produk itu sehingga 10 unit dalam satu transaksi. Kerja dan masa yang digunakan untuk mendapatkan seorang pelanggan hampir sama jika dibandingkan dengan bisnes jenis B2B.

Saya berpegang pada Rule 20:80

Walaupun secara relatif margin ibisnes ini sangat rendah, namun volume adalah besar. Jadi, 20% hustle untuk dapatkan 1 pelanggan dengan 80% pulangan.





Latest Instagrams

© nuraziatie. Design by FCD.