Doa Keselamatan yang Diajar oleh Rasulullah SAW

Friday, 3 April 2020



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي



Maksudnya;

"Ya Allah, aku mohon kepadaMu keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku mohon kepadaMu ampunan dan keselamatan dalam urusan agamaku, urusan duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aib-aibku, berilah keamanan pada hatiku dari ketakutan-ketakutan. Ya Allah, jagalah aku dari marabahaya yang mengancamku dari arah depan, arah belakang, arah kanan, arah kiri, dan arah atas. Aku berlindung dengan kebesaranMu dari pembunuhan secara licik dari arah bawah"

 Sumber: HR. Abu Daud No. 4412, Ibnu Majah No. 3861, dan Ahmad No. 4554. Dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami' Ash-Shaghir No. 1274

___


  • Menurut penuturan sahabat, Abdullah bin Umar, Rasullah SAW tidak pernah meninggalkan bacaan doa ini pada waktu pagi dan petang.


  • Doa ini sentiasa dibaca oleh baginda, baik pada saat damai mahupun perang, saat di Madinah ataupun dalam perjalanan ke luar dari Madinah.


Wallahua'lam.



Dipetik dari buku bertajuk Zikir Akhir Zaman, ditulis oleh Abu Fatiah Al-Adnani dan dicetak oleh Granada Mediatama

HAFAL, AMAL & KONGSI  kepada ahli keluarga, jiran, rakan-rakan dan kenalan

ELAK DARI MEMBELI BARANG YANG ANDA TIDAK PERLU DENGAN CARA INI.

Tuesday, 31 March 2020



Tidak dinafikan, membeli-belah dan window shopping adalah kepakaran hampir setiap wanita. Dari barangan dapur atau groceries, alat mekap, pakaian untuk suami dan anak-anak, hampir kesemuanya dilakukan oleh wanita terutamanya seperti saya sendiri.


Selalunya selepas keluar membeli barang, saya akan menyusun dan menyimpan barang-barang yang dibeli di tempat masing-masing. Groceries akan disimpan dalam kabinet dapur, barang basah akan diproses terlebih dahulu sebelum disimpan dalam peti ais.

Kerapkali sebelum saya praktis pembelian secara berhemah (saya kongsikan caranya di bawah), saya dapati sebahagian barang tersebut sebenarnya tidak ada dalam perancangan awal dan lebih malang lagi saya langsung tak perlu.

Kenapa saya beli?

Salah satu sebab yang dapat saya kenalpasti adalah kerana terpengaruh dengan diskaun yang kononnya diberi oleh kedai tersebut - Jualan separuh harga, diskaun 60% walaupun sebenarnya harga sebelum diskaun dinaikkan secara tak masuk akal. Pembelian seperti ini dipanggil impulse buying. 


Untuk mengelakkan barangan yang tidak perlu, ini yang saya lakukan dan cara ini sangat berkesan dan membantu saya menguruskan kewangan keluarga saya.

1. Tetapkan Bajet


Sebagaimana anda membuat bajet bulanan untuk membayar segala hutang dan pinjaman setiap kali anda menerima gaji, lakukan perkara sama untuk pembelian dan perbelanjaan harian anda.

2. Asingkan Bajet Mengikut Jenis Perbelanjaan


Asingkan wang mengikut jenis perbelanjaan yang anda tetapkan dalam dompet yang berbeza (atau dalam akaun bank yang berbeza jika anda adalah seorang yang cashless). Contohnya, untuk perbelanjaan dapur, anda letakkan wang tersebut dalam dompet A (Maybank). Manakala untuk perbelanjaan kereta, minyak kereta dan tol, letakkan wang dalam dompet B (Bank Islam).



Untuk memudahkan pengurusan wang, anda boleh guna 'Cash Envelope' untuk asingkan wang perbelanjaan mengikut kategori.

3. Komit Dengan Bajet Yang Telah Ditetapkan


Bersikap tegas walaupun dengan diri anda sendiri. Patuhi bajet yang anda telah tetapkan.

4. Buat Senarai Barangan beserta Harga


Tulis senarai barangan yang ingin dibeli serta anggaran harga barangan tersebut. Dengan itu, anda sedikit sebanyak dapat mengelak dari membeli barangan yang tidak ada dalam senarai tersebut.

Atau, anda serahkan senarai tersebut kepada suami untuk beli bagi pihak anda. Confirm beliau akan beli sebagaimana senarai sahaja (anda perlu berkompromi jika suami membeli barangan tidak menepati spesifikasi atau standard anda)

5. Bawa Duit Tidak Melebihi Bajet


Saya teringat kepada cerita suami saya semasa beliau belajar dahulu. Salah seorang kawannya, Akram, mempunyai satu tabiat yang boleh kita contohi - beliau akan membawa duit cukup-cukup dengan barangan yang ingin dibeli setiap kali ke kedai. Sebagai contoh, beliau ingin membeli sebotol kicap, beliau akan membawa RM2.80 hanya untuk membeli kicap tersebut. Tidak lebih dan tidak kurang.

Kedengaran agak mustahil untuk dipraktikkan, tapi anda boleh cuba. Pasti boleh dengan syarat anda tidak membawa kad debit atau kad kredit.

Dan Akram juga menggunakan taktik ini untuk mengelakkan di 'paw' oleh rakan-rakan lain apabila keluar makan bersama 😅

6. Kongsi dengan pasangan barangan yang anda mahu beli


Suami sebagai neutralizer atau check and balance. Kadang-kadang, kita rasa kita perlu, tapi sebenarnya pendapat kita dipengaruhi oleh keinginan. Jadi, pendapat orang kedua - suami kita boleh justify balik rasional setiap pembelian yang akan dibuat walaupun apa yang kita mahu beli itu dengan duit sendiri, apatah lagi jika duit suami.



Adakah anda mempunyai cara anda sendiri? kongsikan di ruangan komen :)

Kekal Produktif Walaupun Bekerja Dari Rumah

Sunday, 22 March 2020


Sejak Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytihar Perintah Kawalan Pergerakan pada 16 Mac 2020 baru-baru ini, pelbagai reaksi yang timbul dan memberi kesan yang sangat signifikan kepada setiap lapisan masyarakat. Antara mereka adalah pekerja-pekerja di barisan hadapan dalam menangani pesakit-pesakit Covid-19 seperti doktor, jururawat, serta kakitangan hospital. Mereka terpaksa bekerja lebih dari waktu normal sebagaimana kebiasaan.

Tidak kurang juga bagi kakitangan kerajaan, NGOs, syarikat-syarikat swasta, serta usahawan, penjaja dan sebagainya. Ada diantara mereka yang terpaksa diberhentikan kerja, diwajibkan mengambil cuti tanpa gaji, bekerja dari rumah dan cuti dengan gaji masih lagi berjalan seperti biasa.

Sama-sama kita doakan agar situasi ini tidak berpanjangan dan negara kita kembali bebas dari sebarang wabak dan ancaman-ancaman lain.

Menyentuh isu bekerja dari rumah bagi kakitangan kerajaan atau swasta (atau mereka yang bekerja sendiri), usahlah kita menjadikan itu sebagai halangan untuk kita kekal produktif lebih-lebih lagi dalam memanfaatkan masa yang ada. Jadikan masa #StayatHome sebagai satu bonus dalam kehidupan kita untuk kita sama-sama audit diri dan pencapaian sepanjang tempoh kita diberi nafas untuk hidup di muka bumi ini sebagai khalifah. Lihat diri kita, lihat anak-anak kita, lihat ibu bapa kita, adik beradik, saudara mara, sahabat dan jiran. Apakah selama ini kita cukup peduli pada mereka dan diri kita sendiri?

Bekerja Dari Rumah


Bekerja secara remote atau bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang baru bagi sesetengah orang. Sama ada kerja hakiki dalam mencari rezeki atau kerja yang kita perlu lakukan walaupun kita sendirian. Setiap kita mempunyai tanggungjawab masing-masing - jika kita adalah suri rumah, kerja kita adalah menguruskan rumahtangga - termasuklah urusan dapur, anak-anak dan sebagainya. Jika kita seorang pelajar, kerja hakiki kita adalah berusaha meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengetahuan - membaca dan mengulangkaji atau membuat latihan.

Saya masih ingat semasa di darjah satu (1) lagi, cikgu akan memberi tugasan dengan membacakan nombor muka surat dalam buku teks sehingga beberapa muka surat - hampir setiap minggu hari terakhir persekolahan atau cuti penggal. Tugasan atau 'kerja rumah' perlu disiapkan walaupun keluarga mempunyai agenda sendiri - seperti bercuti diluar negeri. Ibu akan pastikan kami adik beradik membawa bersama 'kerja rumah' tersebut. Meningkat usia dewasa apabila bergelar mahasiswa, kita masih perlu 'bekerja' menyiapkan assignment ataupun thesis di hostel atau di rumah. Tanpa pengawasan, yang ada cuma deadline.

Bagaimana kita berjaya menyiapkan assignment atau thesis tepat pada masa? Kerana kita tahu, jika tidak hantar pada masa yang ditetapkan, markah akan dipotong dan seterusnya besar kemungkinan kita gagal untuk subjek tersebut. Lebih malang lagi kita mungkin tak akan grad pada tahun itu. Sedar akan implikasi ini, kita secara tidak langsung akan lebih fokus, lebih berdisiplin dalam pengurusan diri dan masa, lebih konsisten dan paksa diri dalam mencapai matlamat kita.

Konsep yang sama untuk situasi bekerja dari rumah. Apa yang berbeza adalah konteks sahaja.

Bersediakah Kita?


Walaupun ia bukan perkara baru, kerja dari rumah adalah realiti baru yang perlu diambil kira oleh setiap organisasi sebagai satu inisiatif dan mitigasi dalam pengurusan risiko syarikat. Kerja dari rumah untuk skala dan skop yang besar; sebagai contoh melibatkan organisasi yang jumlah pekerjanya melebihi 2,000 atau 10,000 dalam satu tempoh masa singkat belum pernah berlaku sebelum ini. Lebih-lebih lagi jika mereka diberi notis yang sangat singkat untuk berbuat demikian.

Jadi, bagi anda yang pertama kali perlu bekerja dari rumah kerana #SocialDistancing atau #StayatHome, bagaimana cara untuk kita kekal produktif di zon selesa (di rumah)?

Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Majikan atau Ketua Pasukan

1. Infrastruktur Yang Menyokong Sistem Bekerja Dari Rumah

s

2. Equip Employees with basic guideline how it can be done

- routine, ritual, discipline

3. Check ins

- start with group  conversation
- have a discussion with team member how it can be done. Agree on that
- once agreed, have a once a week meeting

4. Kekalkan Budaya Kerja Yang Positif dan Produktif

- Jika di pejabat anda biasa mengadakan morning briefing atau meeting, teruskan dengan rutin tersebut secara maya.
-

5. Kekalkan Momentum dan Kesihatan Psikologi

- Peluang untuk sembang kopi bersama rakan sekerja antara rehat pukul 10 pagi tak akan berlaku jika bekerja luar dari pejabat. Untuk mengekalkan momentum produktiviti, fokus, motivasi dan kegembiran ahli pasukan, sesuaikan waktu santai bersama rakan sepasukan menggunakan teknologi yang ada. Ada sesetengah orang selesa berbual melalui whatsapp atau facebook. Ada juga yang lebih suka bersemuka melalui video conference atau telefon. Terserah. Yang penting, hadkan waktu supaya tidak berlarutan sehingga mengganggu kerja hakiki.

Selain itu, pastikan ahli pasukan aktif bersenam walaupun bekerja dari bilik tidur. Selain pemakanan yang sihat, senaman merupakan aktiviti yang sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental.

6. Bina Budaya Kerja Dari Rumah

- Majikan atau ketua pasukan perlu membina budaya kerja remote yang bagus dengan cara berkomunikasi dengan ahli pasukan yang lain tentang apa yang berlaku di peringkat organisasi. Ini kerana, pekerja cenderung untuk berasa terasing. Jadi, banyakkan berkongsi maklumat atau email.

1. Tingkatkan Komunikasi Dua Hala

Jika anda mempunyai tim, pastikan anda dan tim ada berkomunikasi secara dua hala. Komunikasi dua hala bermaksud; satu pihak menyampaikan maklumat, dan pihak yang lainnya memberi respon atau maklumbalas sewajarnya.

Satu kajian yang dilakukan oleh agensi pembangunan jenama, Buffer, menunjukkan bahawa kesunyian merupakan cabaran kedua paling tinggi yang direkodkan. Rasa sunyi membuatkan motivasi dan produktiviti seseorang menurun. Oleh itu, risiko ini dapat dikurangkan jika setiap tim atau pasukan berkomunikasi dan mempunyai pemahaman dan ekpektasi yang sama. Jika anda adalah ketua pasukan atau majikan, cuba luangkan satu masa khas setiap hari bercakap mengenai matlamat atau objektif yang perlu dicapai pada hari tersebut. Luangkan 10 minit setiap pagi sebelum mula bekerja. Tetapkan satu masa yang mana semua ahli bersedia.

Guna Teknologi Secara Optima

Selain komunikasi rasmi yang biasa kita gunakan di pejabat seperti telefon dan email, ada pelbagai medium komunikasi yang lebih advance dan mesra pengguna seperti aplikasi slack, trello, video conference seperti Zoom, Jive, Yammer dan lain-lai sekiranya anda perlu mengadakan mesyuarat secara maya bersama pasukan.

Cuba adakan sekurang-kurangnya sekali seminggu mesyuarat atau perjumpaan secara maya bersama ahli pasukan agar kita sama-sama fokus. Mulakan dengan soalan yang paling simple tetapi sangat penting seperti 'Apa khabar? Macam mana keadaan anda semua hari ini? atau Ada apa-apa yang anda perlu dari saya?'.

After all, we are human being. 


2. Anda Dalam Mod Bekerja. Bukan Bercuti. 

– so, suit your self as you are in your office
- Berikutan pengumuman oleh PM pada 16hb, Ada diantara kita yang diberi cuti bergaji
penuh, ada juga cuti tanpa gaji, tak kurang juga yang perlu bekerja terutamanya bagi
mereka yang bekerja di sektor penting seperti utility dll.
- Bergantung kepada peraturan kerajaan dan polisi majikan, bagi mereka masih perlu
bekerja dari rumah, perlu diingatkan bahawa anda bukan dalam tempoh percutian /
vacation.
-

- Take ur morning shower, get change to a formal dress, treat it like a real job (it is
actually)

3. Cipta Suasana Bekerja Mengikut Preference Anda.

- Try your best to setup a space like an office at home – exclusively for work
- Don’t be too leisure – lying on the bed with pyjamas with your laptop on. It won’t work
with a strong motivation, perseverance and grit. It just won’t.
- You can be creative to create your own working space. Music. Gym alike etc…whichever
that can boost your motivation to work
- As for me, I hate cubic desk. I love to have a nice scenery…

4. Wujudkan Boundaries antara Anda dan Keluarga Supaya Tidak Terganggu Waktu Kerja.

- Make some rule – when the door is close, pretends that I’m not here

5. Wujudkan & Amalkan Rutin yang Unik

bookend your day to help your mind differentiate / boundaries
of when to start work and when to stop work. E.g. 20 minutes coffee in the morning to kick off
the day and 20 minutes workout to call of the day

6. Elakkan Rasa Terpinggir

- Teams try to sustain a semblance of normalcy and camaraderie (gaya hidup dan
persahabatan) in unconventional way. E.g. ike virtual pizza parties or remote happy
hours where people dial in and share a cocktail on Slack or Skype.
- Create a happy hour – where you can still socialised with coworkers, virtually

7. Rancang Aktiviti Anak

For those with kids at home with you, make your kids busy as well. Plan for their activities
everyday so they wont get bored and less distraction or req attention from you
8. For employers, have a trust on your employees. Equip them. You may not able to monitor their
process but monitoring can be done with result-based or outcome based.

Cara Sujud Sajadah / Tilawah - Panduan Lengkap

Wednesday, 15 January 2020





Cara Sujud Sajadah / Tilawah (Panduan Lengkap)


sujud sajadah
Bagaimana cara melakukan sujud sajadah?
Sujud sajadah atau tilawah ini biasanya dilakukan pada solat subuh berjemaah pada hari jumaat.
Oleh itu, artikel ini akan memberi panduan secara lengkap dan mudah tentang bagaimana untuk melaksanakan sujud sajadah ini.
Jika ini adalah topik yang anda perlukan, jom kita mulakan..

Pengenalan

Sujud sajadah juga turut dikenali sebagai sujud tilawah.
Perkataan tilawah disini bermaksud bacaan.
Sujud tilawah bermaksud sujud yang dilakukan apabila kita membaca ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran.
Sujud sajadah terbahagi kepada kepada dua iaitu:
  1. Sujud sajadah di dalam solat
  2. Sujud sajadah di luar solat

Hukum Sujud Sajadah

Hukum sujud sajadah adalah sunat.
Di dalam solat, sekiranya sujud tilawah dilakukan sebelum atau bukan pada ayat sujud sajadah, maka terbatal solat tersebut.
Di dalam solat jemaah, sekiranya imam melakukan sujud tilawah, maka makmum wajib untuk turut melakukan sujud tilawah
Batal solat makmum sekiranya tidak turut melakukan sujud tilawah.
Namun jika dalam solat jemaah, imam tidak melakukannya, maka makmum tidak perlu sujud tilawah kerana makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam.

Ayat Yang Disunatkan Untuk Sujud

Ayat-ayat al-Quran yang disunatkan sujud tilawah (sajadah) padanya ada 15 tempat.
Di dalam al-Quran, ayat-ayat ini diberikan tanda kubah masjid atau ditulis perkataan sajadah.
Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1.Surah al-A’raf, ayat 206


al-a'raf 206
Maksudnya:
Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.


2.Surah Ar-R’ad, ayat 15


Maksudnya:
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.


3.Surah an-Nahl, ayat 50


Maksudnya:
Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.


4.Surah Isra’, ayat 109


Maksudnya:
Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.


5.Surah Maryam, ayat 58


Maksudnya:
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.


6.Surah al-Hajj 18


Maksudnya:
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.


7.Surah al-Hajj, ayat 77


Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).


8.Surah al-Furqan, ayat 60


Maksudnya:
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): “Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!” Mereka bertanya: “Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?” Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.


9.Surah an-Naml, ayat 26


Maksudnya:
“Allah! – Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar “.

10.Surah As-Sajdah, ayat 15


Maksudnya:
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.


11.Surah Saad, ayat 24

Maksudnya:
Nabi Daud berkata: ” Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!” Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).


12.Surah Fussilat, ayat 38


Maksudnya:
Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya, maka tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu.


13.Surah an-Najm, ayat 62


Maksudnya:
Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).


14.Surah al-Insyiqaq, ayat 21


Maksudnya:
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?


15.Surah al-‘Alaq, ayat 19


al-'Alaq, ayat 19
Maksudnya:
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Cara Melakukan Sujud Sajadah

Dalam Solat

Cara-cara melakukan sujud tilawah didalam solat adalah apabila selesai membaca ayat al-Quran yang disunatkan sujud sajadah padanya, maka disunatkan terus sujud dan membaca tasbih sujud sajadah.
Bacaan tasbih ketika sujud sajadah ialah:
tasbih sujud sajadah
Dalam rumi:
Sa-ja-da  waj-Hi-ya  lil-la-dziy  kho-la-qo-hu  wa-shaw-wa-ra-Hu  wa-syaq-qo  sam-‘a-Hu  wa-ba-sho-ro-Hu  bi-hau-li-hi  wa-quw-wa-ti-Hi  fa-ta-baa-ro-kaL  Laa-Hu  ah-san-ul  khoo-li-qiyn .
Maksudnya:
Aku sujudkan wajahku ini kepada Allah yang menciptanya dan membentuk rupanya, yang membuka pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuasaannya dan penglihatannya dengan kekuasaanNya dan kudratNya. Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.
Seterusnya kembali semula berdiri tanpa perlu mengangkat tangan dan meneruskan bacaan sambungan ayat al-Quran tadi.

Diluar Solat

Cara melakukan sujud tilawah di luar solat pula adalah dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan membaca tasbih sujud tilawah (seperti di atas ↑).
Kemudian kembali duduk dan memberi salam.

Perkongsian dari https://akuislam.com/blog/ibadah/sujud-sajadah/

Hanya Rindu oleh Syed - Versi Arab beserta Makna ❤

Friday, 10 January 2020



Aku mencintaimu, wahai orang yang kudedikasikan kata-kataku padanya
panjangkan umurnya wahai tuhan seluruh alam.
Kalaulah aku kumpulkan saat-saat gembira dalam hidupku
semuanya tidak akan dapat menyamai indahnya waktu yang aku habiskan denganmu.

Engkau adalah cinta, dan Syurga berada di bawah telapak kakimu
Hati takkan mudah percaya kecuali hanya padamu
Bilangan denyut nadi takkan mampu membalas semerbak pemberianmu
Ya Allah, bantulah aku untuk berbakti padanya
untuk ibuku yang tercinta

Selamat pagi untuk pemilik segala kebaikan
Maka hanya engkau yang pantas dicintai
Ibuku yang paling dikasihi
Wahai lautanku dan matahariku
Aku selalu memerlukanmu wahai ibuku

Tuhan, jauhkan ibuku dari masalah dunia,
Dan tidak merasakan sebarang kesakitan Wahai Maha Penyembuh
Dan dari air mata kesedihan, Gembirakannya dan jagalah dia untukku
Ya Allah, bantulah aku untuk berbakti padanya
untuk ibuku yang tercinta – Yang Tercinta – Wahai Ummi



أُحِبُّكِ يَا مَنْ إِلَيْهَا أَهْدِي كَلِمَاتِي
أَطَالَ فِي عُمْرِهَا يَا رَبَّ العَالَمِين
لَوْ جُمِعَتْ أَيَّام عُمْرِي مِن فَرْحٍ
مَا تُسَاوِي لَحْظَة مِنْ وَقْتِي مَعَكِ

أَنْـتِ الحُـبُّ وَالجَنَّـةُ تَحْتَ قَدَمَيْـك
لَا تَـؤُمُّ القُلُـوْبُ إِلَّا إِلَيْـك
خَفْـقُ الـرُّوْحِ لَـنْ يَجْـزِيْ عَبِيْـرًا فَـاحَ بِعَطَـائِك
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى الإِحْسَانِ إِلَيْهَا
لِلأُمِّي الحَبِيبَةِ

صَبَـاحُ الخَيْـرِ يَا كُلَّ الخَيْـر
فَأَنْتِ فَقَـطْ تَسْتَحِقِّيْـنَهَـا
أُمِّـيْ الحَبِيبَةِ
يَا بَحْـرِي وَشَمْسِي
أَنَا أَحْتَـاجُكِ دَوْمًـا يَا أُمِّي

رَبِّي أَبْعَدَ عَن أُمِّي مَتَاعِبَ الدُّنْيَا،
وَلَا تَذُقْهَا طَعْمَ الأَلَمِ يَا شَافِي
وَلَا دُمُوعَ الحُزْنِ أَسْعَدَهَا وَاحْفِظْهَا لِي
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى الإِحْسَانِ إِلَيْهَا
للأُمِّي الحَبِيبَةِ – حَبِيبَتِي – يَا أُمِّي


Tiga (3) Idea Bisnes Yang Anda Boleh Buat Serta Merta

Friday, 27 December 2019


Sebelum saya berhenti kerja di salah sebuah syarikat swasta 2016/2017 yang lepas, saya telah mengenalpasti beberapa peluang perniagaan atau kerja yang boleh mendatangkan pendapatan tanpa perlu bekerja di bawah mana-mana majikan (kerja sendiri).

Tidak dinafikan apabila telah terbiasa makan gaji, untuk mengambil langkah pertama kerja sendiri (atau berniaga) sangat-sangat susah terutamanya dari segi mentaliti. Dari sini juga kita sebenarnya boleh lihat berapa besar (atau kecil) kebergantungan kita pada Allah SWT melalui konsep tawakkal.

Ini adalah antara kriteria yang saya tetapkan dalam menapis pelbagai jenis idea bisnes yang ada dan saya sesuaikan dengan preference dan personaliti saya. Antaranya adalah:

#1 Bisnes Itu Tidak Menggunakan Modal Kewangan Yang Besar (Kalau Boleh Zero Kos)


#2 Boleh Dimulakan Semalam (Baca Serta Merta)


#3 Tidak Memerlukan Saya Ikut Waktu Pejabat


#4 Effort Pemasaran Yang Minima (Pun Kalau Boleh Zero Effort)


#5 Kena Dengan Jiwa

Penting untuk anda tahu keinginan dan matlamat anda secara asas. Apa yang anda perlu 3-5 tahun datang.


Sepertinya 'too good to be true', kan? Adakah bisnes yang tidak memerlukan kelima-lima di atas. Bagi saya, ADA!

Ini adalah yang saya rasakan 90 - 99% menepati kriteria-kriteria di atas. Dan ia mungkin tidak sama dengan pandangan anda.

#1 Menjual Barang Keperluan Bisnes Orang Lain

#2 Menjual Barang Keperluan Pelanggan Yang Niche Secara Borong

Newbie Yang Tiada Channel/Lead

Pertama, saya lebih suka beraksi di lapangan borong berbanding runcit. Sebab utamanya adalah saya tidak perlu menjual berkali-kali kepada orang yang berlainan hanya untuk mendapatkan margin yang sederhana (20-30%). Ini kerana, untuk mendapatkan seorang pelanggan yang membeli secara runcit bagi saya amat susah. Ia memerlukan beberapa siri engagement sebelum dia memutuskan untuk beli barang dari kita dan ia sangatlah memakan masa.

Contohnya menjual produk kecantikan atau kesihatan. Katakan satu krim kecantikan, margin keuntungannya sekitar 30% jika anda menjadi ejen dan 10% jika anda dropship.

  • RRP, RM60
  • Keuntungan, 30% atau RM18; atau
  • Keuntungan 10% atau RM6

Jika saya sasarkan hasil keuntungan sebanyak RM1,500/bulan untuk memenuhi keperluan asas saya, saya perlu menjual sebanyak 84 unit kepada 84 orang pelanggan (jika margin keuntungan 30%) atau 250 unit kepada 250 orang pelanggan (jika margin keuntungan 10%) dalam masa sebulan. Untuk newbie yang tidak ada sebarang channel/leads macam saya ketika itu, jumlah ini adalah sangat besar!

Borong Kepada Pengguna Akhir

Jadi, saya lebih sukakan pilihan kedua - menjual barang keperluan dalam kuantiti yang besar dalam satu-satu transaksi - sama ada kepada peruncit atau pengguna akhir. Dan pilihan saya, saya akan elak menjual kepada peruncit, kecuali dengan terma tunai. Kebiasaannya, peruncit berurus niaga secara belian kredit. Jadi, saya lebih suka jual secara borong kepada pengguna akhir secara tunai.

Contohnya, melalui Ecolinen, kami membekalkan barang kelengkapan asrama seperti bantal, selimut dan cadar kepada sekolah-sekolah, hospital dan pusat peranginan.

Sebagai contoh, jika margin keuntungan kasar sekitar 8%:
  • WP, RM20
  • Keuntungan, 8% atau RM1.80; dan kuantiti yang dijual secara volume adalah 500 bagi satu (1) pelanggan, maka;
  • Keuntungan kasar adalah RM900 (Tidak termasuk penghantaran, operasi dan lain-lain)
  • Jika saya hanya mensasarkan 10 pelanggan untuk bulan pertama, maka keuntungan kasar saya pada bulan tersebut adalah RM9,000
Namun anda mesti tanam dalam fikiran bahawa model bisnes seperti ini memerlukan kita memberi perkhidmatan yang terbaik dan servis keperluan pelanggan terhadap bisnes kita, sebelum, semasa dan selepas urus niaga.

#3 Menjual Servis Terapi Urutan





Bisnes Kerana Minat atau Pilihan? Bolehkah Anda Sustain?

Thursday, 26 December 2019


Jika sertai seminar-seminar memulakan perniagaan, rata-ratanya akan syorkan supaya anda memulakan bisnes dengan apa yang anda minat. Sebahagian kecil menyarankan agar anda bermula dengan apa yang ada di tangan. Jadi, mana satu yang patut anda ikuti?


Latest Instagrams

© nuraziatie. Design by FCD.