Sos Cheesy
Tuesday, 28 September 2021
Tak payah lah beli serbuk cheese yang dah siap tu, baik buat sendiri je, puas hati.😋
Ok ni bahan2nya
Butter 1/2 ketol
Susu cair 1/2 tin
Tpg gandum 1sudu besar, bancuh dgn ckit air
Cheese 4 keping
1sudu kecik serbuk lada hitam
Pewarna kuning
1 ketol Kuib ayam
Garam
Cara2nya...
Cairkan butter,pastu masukkan susu cair,tepung gaul rata,kmudian masukkan cheese,kacau lagi pastu masukkan serbuk lada hitam,kuib ayam,garam dan pewarna,kacau sebati..boleh tambah air kalo pekat.
Ok semoga berjaya
Kredit: NizSa Mil
Roti canai
Sy halal kn resepi ni untuk semua...
-Tepung gandung 1kg
-gula
-garam
-air suam
-planta 2sudu
-minyak masak 3sudu
-kuning telur sahaja(sebijik)
-larut kan garam,gula bersama air suam..
-planta,telur dan minyak masak gaulkan bersama tepung td..
-masuk kan air td sedikit demi sedikit..
-uli sampai doh x melekat di tangan
(Jika lembik tambah kn tepung...klu keras renjis kan air dan uli semula
-siap di uli biarkan dlm 10 minit..kemudian boleh buat doh bulat2..
-doh td sapu dengan Planta,,biar semalaman esok pg baru tebar..
Kredit: resepi MAMA
Kuew Teaw Goreng Chinese Style
Monday, 27 September 2021
Memang sedap
KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE 😋😋
Bahan-bahan
(A)
1/2 kg kuey teow
3 biji telur - pukul hancur sahaja
(B)
5-7 ulas bawang putih - cincang halus
Udang dan sotong jika suka
minyak secukupnya untuk menumis
(C)
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdt kicap cair
1sdt kicap pekat manis - Sue tambah
1/2 sdt kicap pekat - untuk warna sahaja
1/2 sdt pitis otak udang - Sue tambah
1 sdm sos cili - Sue tambah
*Satukan sebati*
Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka
Cara
1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*
Credit: sue
Resipi Kek Span Coklat
Monday, 20 September 2021
Resepi sponge milky cocolate cakes
bahan2
5 biji telur gred B
1 sb ovalate
1 cawan gula halus (200-210g)
2 cawan tepung self rising(200g)
4sb /30g serbuk koko
1sb emolco coklat
1sk esen creamy vanila
1/4 cawan (60g) susu kotak coklat ducth lady
mix semua guna low speed
dah sebati guna hight speed sampai warna dark brown jd soft brown (bergantung kelajuan mixer masing2)
matikan mixer
masukkan 1/2 cawan butter cair kalau xde minyak jagung pn boleh..(70-80g)
alas loyang 6 dgn baking paper
tuang adunan 420g akan dapat 2 loyang
panas kan oven dulu 180 5 mnt
hentak sket loyang dan bakar suhu 170 masa 45 mnt api atas bawah
dah siap tebalik kan di board yg dilapik tisu dapur kemudian tebalik kan semula ya.
done kek geboo kite.mudah je kan🤩sape kate buat kek susah
Kredit resipi Azlina Ina
Resipi Bakso
Monday, 6 September 2021
RESEPI KUAH BAKSO
Credit wawa
🍲Bahan A:
Bwg putih = 2 labu
Bawang besar = 5 biji
Lada hitam(biji)= 2 paket kecil
Halia sekerat jari / 2 cm
👉Tumbuk@blend halus bahan A.
🍲Bahan B
=Daging 1kg (rebus hga empuk)
=Bebola bakso 1 paket
Cara2nya:
1) masukkan bahan A dlm periuk.
2) masukkan air (saya letak 3 jug blender)
3) masuk bahan B (termasuk air rebusan daging)
4) Garam secukup rasa.
**Bebola bakso tu, just nak bagi rebus seketika saja. Dah lembut, angkat bebola bakso (jgn biar dlm periuk bersama kuah terlalu lama SEBAB nanti hilang sedap bebola tu)
P/S: kalau rasa kurang garam, tambah2 la ye.
Cabai bakso🌶
(Blend kesemua ini)
1) 10 biji cabai burung
2) 10 biji cabai kering
3) 2 biji cabai merah
4) 3 sudu cuka makan
5) sedikit garam
6) 5-6 ulas bwg putih
7) sedikit air masak
🍲Kuah bakso, tidak perlu dimasak sesedap rasa SEBAB nanti kita kena makan bersama Cabai + Kicap + Sos cili.
(Campur perasa2 ini waktu nak makan)
📌Hidangan bakso, paling penting kna pndai main 3 bahan ni masa nak makan ( kicap, sos & cabai) JANGAN TERlebih & JANGAN TERkurang. Kena pandai alter😉
🍾Saya guna Kicap Pekat Mudim, sos cili kimball.
Selamat mencuba 😊
Resipi Kuah Satay Sate
Sunday, 5 September 2021
KUAH SATAY ATAU KUAH KACANG
Untuk juadah Hujung Minggu
》600 gm kacang tanah ~ digoreng, dibuang kulit dan separuh blender halus dan separuh lagi tumbuk kasar dengan batu lesung.
Bahan Kisar
》4 biji buah keras
》1 sudu kecil serbuk jintan putih ~ di sangai dan kisar halus
》1 sudu besar biji ketumbar ~ di sangai dan kisar halus
》20 gm udang kering ~ rendam sebentar dan cuci bersih
》5 biji bawang merah ros ~ belah 4 dan di goreng dengan sedikit minyak
》3 ulas bawang putih ~ di belah 2 dan di goreng dengan sedikit minyak
》20 tangkai cili kering ~ di goreng dengan sedikit minyak
》3 batang serai ~ ambil bahagian putih sahaja
》3 cm lengkuas
》1/2 inc belacan bakar
Sangai jintan dan biji ketumbar dahulu, angkat dan ketepikan
Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih
Setelah layur angkat dan ketepikan
Kemudian goreng pula lada kering, jangan sampai hangus ya nanti kuahnya pahit.
Satukan semua bahan dan kisar halus.
Bahan Lain
》1 cawan gula Melaka atau gula kabung
》1/2 cawan minyak untuk menumis
》1/2 cawan santan
》1 batang serai ~ di titik
》40 gm asam jawa ~ di campur air dan ambil jusnya
》Garam dan gula secukup rasa
》Air secukupnya ~ air anggaran 5 cawan bila di campur dengan air lebihan perapan daging
》Air lebihan perapan daging
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai yang telah di titik
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air perapan daging, renihkan hingga terbit minyak
Kemudian masukkan kacang tanah yang di tumbuk halus sedikit-sedikit sambil di kacau hingga kacang sebati dan betul-betul masak.
Jika kuah agak pekat, tambahkan air. Kuah satay ni kalau dia sejuk nanti dia akan pekat, jadi pandai-pandai agak sukatan air.
Renihkan hingga mendidih
Kemudian masukkan gula Melaka, air asam , garam dan gula secukup rasa.
Kuah satay ni dia kena manis-manis pedas baru sedap!
Akhir sekali masukkan santan
Masak hingga kuah sedikit pekat
Dah siap boleh lah di hidangkan bersama satay kita tadi.
Tapi biasa buat kuah dahulu tau sebelum bakar satay. Kuah dah siap baru kita bakar satay
, baru sedap makan satay panas dengan kuah lemak manis!
Resipi Donut Gebu
Saturday, 4 September 2021
Resepi donat lembut dan gebu!
250g tpg high protein @ tpg gandum
3 Sudu B gula kastor
2 Sudu B susu tpg (tk letak pn boleh)
1/2 Sudu B (1/2 paket) yis-akak gna saf
1/2 Sudu k garam
1/2 Sudu k cream super kfine
30g Marjerin
Air sejuk dr peti + 1 biji kuning telur jadikan 135ml @ 135g
.
-Akak uli guna breadmaker
-masukkan dahulu bhn cecair diikuti bhn2 kering
-uli selama lbih kurang 40 minit hingga doh jadi licin dan elastik
-lpas uli timbang doh dan rounding cantik2 ye..supaya hasilnya pn cun gitew..
-habis rounding terus leperkan sedikit doh dan tebuk lubang
-Perap selama 30-40 min sehingga doh jadi ringan baru la goreng
-guna air sejuk dr peti hanya utk yg uli guna breadmaker @ mixer je ye..tujuannya utk menggelakkan doh jdi panas
-jika uli guna tgn guna air suam & air biasa je..
-sukatan cwn akak guna cwn metrik
.
Sumber : Rahmah Rosmin
Social Icons