Misteri Bilik Tok Umi

Sunday, 14 June 2020




Ini adik Haris, Haraz nama dia.

Haris dan Haraz bila balik kampung dia ada satu port yang dia suka sangat. Bilik tok umi (nenek) dia.

Mula-mula tu peliklah juga.

Mana tidaknya, si abang, Haris, seorang perumah sangat-sangat. Pergilah mana pun, shopping mall, playground, makan angin sana sini, tak sampai 10 minit dia akan ajak balik rumah. Selagi tak nampak rumah dia selagi itulah dia akan tantrum. Sejak dari baby lagi macam tu.

Ada sekali tu, Haris satu keluarga baru sampai rumah di Kuantan dari kampung. Waktu tu dah lewat malam. Elok sahaja Haris buka mata dan nampak pagar rumah dia, tiba-tiba dia beritahu, "Mama, saya nak tidur dalam bilik tok umi".

"Eh, kitakan baru sampai rumah kita ni" tanya mama dia, agak pelik dengan permintaan Haris. Selalunya dialah yang paling happy setiap kali sampai rumah.

"Saya tak kira! Saya nak balik rumah tok umi sekarang! Saya nak tidur dalam bilik tok umi sekarang juga!", dengan tiba-tiba Haris membentak dan pitching suara Haris naik bila dengar jawapan mama.

Malam itu memang jenuh juga mama dan ayah dia pujuk Haris. Sudahlah penat jalan jauh tak hilang lagi, anak pulak tantrum dan mengamuk tengah-tengah malam buta. Nasib baik si adik tak terjaga.

Esoknya pagi-pagi mama call mama tie. Cerita kejadian pelik abang Haris.

"Saya rasa saya tahu kenapa dia dah attached sangat dengan bilik tok umi dia", jawab saya dengan gelak yang masih tersisa.

"Kenapa?"

"Saya rasa sebab diffuser dalam bilik umi. Memang setiap kali Haris dan Haraz nak tidur, saya akan on diffuser tu. Bayangkanlah Haraz yang 3 tahun tu pun dah pandai buka penutup diffuser supaya kita letak air dalam tu. EO dia main capai yang mana ada depan mata dia, buka sendiri dan titis sendiri. Tak bagi orang lain buatkan. Lepas tu pandai pulak dia tutup balik, buka suis dekat soket utama dan tekan butang on. Suka betul dia tengok lampu diffuser bertukar warna sambil mulut dia ulang-ulang sebut warna yang keluar. Ada 10 warna, sepuluh-sepuluh tulah dia sebut", cerita saya panjang lebar.

"Ooo...patutlah...."

"Haris pun sama macam adik dia. Bila dah buka aircond, buka diffuser, diffuse pulak Lavender EO, memang cepat je layu mata dia.. Dia akan tengok lampu diffuser bertukar warna sampailah dia terlelap sendiri"

"Erm...sebab mama tielah ni", pangkah mama. Memang dapat bayang muka mama macam mana masa ni > 😑 + 😂

"Nampak gaya memang awak kena beli satu letak dalam bilik budak-budak tu..." saran saya sambil tergelak besar.

"Adeh"


-

Terminologi:
EO: Essential Oils atau Minyak Pati
Diffuser: Sejenis pembaur, iaitu alat untuk membebas/memecah molekul minyak pati ke udara

-

1. Ada ketika, apabila saya terbau satu-satu bauan, serta-merta ia spark memori lama saya bersama arwah nenek. Saya masih ingat apabila pulang ke kampung, neneklah yang paling sibuk di dapur. Apa yang saya ingat apabila terbau rempah asli ditumis di atas dapur kayu, bauan harum rempah berbaur dengan asap yang keluar dari kayu yang terbakar mengingatkan saya kepada arwah nenek, sekaligus bagaikan terbayang dilayar mata, nenek yang tengah sibuk mengacau gulai, sambil meniup kayu api. Ada ketika dia ke sinki, air dari sumber telaga laju keluar dari kepala paip, seolah-olah ternampak-nampak nenek jemur periuk belanga di rak kayu atas sinki selepas membilas...hanya bau itu itu...rindu...sekarang, hanya doa menjadi penghubung antara kami...

2. Mungkin lepas ini akan tercipta sebuah memori manis antara haris, haras dan nenek mereka...bauan lavender, akan terpahat dalam hati mereka...bahawa mereka pernah bersama tok umi....

Post a Comment

Latest Instagrams

© nuraziatie. Design by FCD.