Tiga (3) Idea Bisnes Yang Anda Boleh Buat Serta Merta
Friday, 27 December 2019
Sebelum saya berhenti kerja di salah sebuah syarikat swasta 2016/2017 yang lepas, saya telah mengenalpasti beberapa peluang perniagaan atau kerja yang boleh mendatangkan pendapatan tanpa perlu bekerja di bawah mana-mana majikan (kerja sendiri).
Tidak dinafikan apabila telah terbiasa makan gaji, untuk mengambil langkah pertama kerja sendiri (atau berniaga) sangat-sangat susah terutamanya dari segi mentaliti. Dari sini juga kita sebenarnya boleh lihat berapa besar (atau kecil) kebergantungan kita pada Allah SWT melalui konsep tawakkal.
Ini adalah antara kriteria yang saya tetapkan dalam menapis pelbagai jenis idea bisnes yang ada dan saya sesuaikan dengan preference dan personaliti saya. Antaranya adalah:
#1 Bisnes Itu Tidak Menggunakan Modal Kewangan Yang Besar (Kalau Boleh Zero Kos)
#2 Boleh Dimulakan Semalam (Baca Serta Merta)
#3 Tidak Memerlukan Saya Ikut Waktu Pejabat
#4 Effort Pemasaran Yang Minima (Pun Kalau Boleh Zero Effort)
#5 Kena Dengan Jiwa
Penting untuk anda tahu keinginan dan matlamat anda secara asas. Apa yang anda perlu 3-5 tahun datang.
Sepertinya 'too good to be true', kan? Adakah bisnes yang tidak memerlukan kelima-lima di atas. Bagi saya, ADA!
Ini adalah yang saya rasakan 90 - 99% menepati kriteria-kriteria di atas. Dan ia mungkin tidak sama dengan pandangan anda.
#1 Menjual Barang Keperluan Bisnes Orang Lain
#2 Menjual Barang Keperluan Pelanggan Yang Niche Secara Borong
Newbie Yang Tiada Channel/Lead
Pertama, saya lebih suka beraksi di lapangan borong berbanding runcit. Sebab utamanya adalah saya tidak perlu menjual berkali-kali kepada orang yang berlainan hanya untuk mendapatkan margin yang sederhana (20-30%). Ini kerana, untuk mendapatkan seorang pelanggan yang membeli secara runcit bagi saya amat susah. Ia memerlukan beberapa siri engagement sebelum dia memutuskan untuk beli barang dari kita dan ia sangatlah memakan masa.
Contohnya menjual produk kecantikan atau kesihatan. Katakan satu krim kecantikan, margin keuntungannya sekitar 30% jika anda menjadi ejen dan 10% jika anda dropship.
- RRP, RM60
- Keuntungan, 30% atau RM18; atau
- Keuntungan 10% atau RM6
Jika saya sasarkan hasil keuntungan sebanyak RM1,500/bulan untuk memenuhi keperluan asas saya, saya perlu menjual sebanyak 84 unit kepada 84 orang pelanggan (jika margin keuntungan 30%) atau 250 unit kepada 250 orang pelanggan (jika margin keuntungan 10%) dalam masa sebulan. Untuk newbie yang tidak ada sebarang channel/leads macam saya ketika itu, jumlah ini adalah sangat besar!
Borong Kepada Pengguna Akhir
Jadi, saya lebih sukakan pilihan kedua - menjual barang keperluan dalam kuantiti yang besar dalam satu-satu transaksi - sama ada kepada peruncit atau pengguna akhir. Dan pilihan saya, saya akan elak menjual kepada peruncit, kecuali dengan terma tunai. Kebiasaannya, peruncit berurus niaga secara belian kredit. Jadi, saya lebih suka jual secara borong kepada pengguna akhir secara tunai.
Contohnya, melalui Ecolinen, kami membekalkan barang kelengkapan asrama seperti bantal, selimut dan cadar kepada sekolah-sekolah, hospital dan pusat peranginan.
Sebagai contoh, jika margin keuntungan kasar sekitar 8%:
- WP, RM20
- Keuntungan, 8% atau RM1.80; dan kuantiti yang dijual secara volume adalah 500 bagi satu (1) pelanggan, maka;
- Keuntungan kasar adalah RM900 (Tidak termasuk penghantaran, operasi dan lain-lain)
- Jika saya hanya mensasarkan 10 pelanggan untuk bulan pertama, maka keuntungan kasar saya pada bulan tersebut adalah RM9,000
Namun anda mesti tanam dalam fikiran bahawa model bisnes seperti ini memerlukan kita memberi perkhidmatan yang terbaik dan servis keperluan pelanggan terhadap bisnes kita, sebelum, semasa dan selepas urus niaga.
#3 Menjual Servis Terapi Urutan
Bisnes Kerana Minat atau Pilihan? Bolehkah Anda Sustain?
Thursday, 26 December 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons