Bisnes Pertama Yang Saya Buat Selepas Berhenti Kerja

Thursday, 19 April 2018



Saya memilih untuk menjalankan bisnes jenis B2B memandangkan ia adalah satu cabang bisnes yang pernah saya ceburi sebelum ini.

Hanya berbeza dari segi produk sahaja.


3 sebab mudah kenapa saya memilih bisnes jenis ini adalah:

1. Senang untuk Mula


Proses untuk mentality shifting selepas berhenti dari makan gaji agak mencabar dan memenatkan. Jadi, pemilihan bisnes pertama untuk eksperimentasi tentulah berdasarkan risiko yang rendah. Jika eksperimen tidak menjadi, paling tidak kos yang terbakar adalah dalam jangkaan dan dapat diterima dengan mudah.

2. Pasaran yang Matang & Produk Yang Sentiasa ada Demand

Hipac adalah bisnes yang membekalkan barangan seperti botol kaca & plastik, plastik kurier, sticker dan pakejing lain.

Waktu pertama kali saya mula, saya memerhati pasaran kecantikan dan makanan tumbuh dengan sangat rancak. Masing-masing berlumba-lumba untuk membuat produk atau label sendiri. 

Mereka adalah target market Hipac.

3. Kos Pemasaran yang Rendah (Hampir Kosong)

Tempat saya beraksi, atau platform untuk dapatkan pelanggan hanya dengan facebook page dengan kos pemasaran RM0.

Barangan keperluan, lebih-lebih lagi untuk bisnes lain tidak memerlukan kos pemasaran yang besar. Berbanding bisnes jenis retail (runcit). Margin yang sangat rendah tetapi volume juga rendah.

Contohnya, jika menjadi ejen bagi satu-satu produk kecantikan, margin adalah 20-30%. Setiap sasaran pelanggan tak mungkin akan beli produk itu sehingga 10 unit dalam satu transaksi. Kerja dan masa yang digunakan untuk mendapatkan seorang pelanggan hampir sama jika dibandingkan dengan bisnes jenis B2B.

Saya berpegang pada Rule 20:80

Walaupun secara relatif margin ibisnes ini sangat rendah, namun volume adalah besar. Jadi, 20% hustle untuk dapatkan 1 pelanggan dengan 80% pulangan.





Latest Instagrams

© nuraziatie. Design by FCD.